perjalanan mencari cinta Tuhan, bermula.

Dari satu video ke satu video aku bukak. Wooaahh. Tak pernah aku tau ada kumpulan rappers islamik cani. Mula-mula terpandang satu link yang member share dalam muka buku tu je. lepas tu terlekat pulak dengan lagu-lagu lain ni. Aku memang prefer muzik camni dari lagu rnb  maher zain tu. Ternganga jugak mula-mula dengar. Lirik memang terkena batang hidung sendiri.

‘Let me speak with my Ikhwan, my brothers in Islam
I said you're looking like the Rock now what was on my mind
Sport the newest clothing line so the sisters think we're fine
Imitate JZ, LL Cool J, Eminem and Genuine
But can't nobody see Islamic identity
Cos we dress just like the people on TV
This life of glitter and commotion and amusement ain't for me
Life after death is the true reality’
‘Life after death is the true reality’
Kehidupan selepas mati. Exactly macam orang kata. Benarlah. Mati itu adalah sebaik-baik peringatan.

Moga Arwah atuk tenang di sana. 

...

"Ayyid, abah ni, guna number kawan abah. beli tiket balik kampung sekarang. atuk dah takde,lepas asar tadi"

sayup-sayup dengar suara abah dari dalam telefon petang tu. aku memang rapat dengan atuk. sebab aku cucu pertama lelaki. dari sudut fizikal pun memang ramai orang kata aku memang seiras dengan atuk. tambah-tambah atuk ni kira macam berjiwa muda jugak lah. semangat tengok bola kalahkan aku. last aku jumpa atuk masa cuti bulan lepas, atuk datang rumah sebab nak tengok adik bongsu aku sunat. bila salam hari tu rasa macam atuk pegang erat je tangan, mata macam nak cakap sesuatu, tapi tak terungkapkan.

sayu. terus basah mata aku lepas dah tak dengar suara abah dalam telefon.

dalam bas on the way balik kampung, entah kenapa tangan aku gatal mesej budak Qayyum tu. rasa macam nak mengadu. dan bila dapat reply dari Qayyum, rasa tenang sikit.

'Abang Ayid, bertabahlah. dari DIA kita datang, dan kepada DIA kita akan kembali. banyakkan baca Al-Fatihah. Banyakkan istighfar, moga arwah tenang di sana'

...

‘Life after death is the true reality’

Atukkkkk.

Lepas je balik dari kampung, aku jadi lagi rapat dengan Qayyum. setiap hari isnin malam selasa, dia ajak jumpa. kadang-kadang buat kat rumah dia, kadang-kadang keluar makan je. tapi yang bestnya kali ni bila keluar makan pun, mesti sembang pasal something yang bermanfaat. takde lah rasa useless bazir masa lagi dah. aku pun walaupun tahu yang dorang-dorang ni budak uni tak habis lagi belajar pun, aku cuba jugak buang ego tu. lagi rasa malu ada lah dengan ilmu so called 'undergraduate- geng-Qayyum' ni.

...

"Macam mana Umar yang dulu sekejam-kejam manusia sampai nak bunuh anak perempuan sendiri boleh jadi lembut bila mana dengar ayat suci Al-Quran.  Betapa kuatnya transformasi Umar. Belum lagi masuk Mus’ab bin Umayr, Muadz bin Jabal, Abdurrahman bin Auf. Mereka ni semua hero yang patut umat Islam contohi. The Muslim heroes.  Bukan pegi puja hero Korea yang entah sapa-sapa kat luar sana."

"Refleks dengan diri kita. kita ni dah lah biasa-biasa je, belum sampai buat dosa bunuh orang lagi kan? agak-agak ALLAH terima tak taubat kita? Pasti dan pasti terima ! sebab Allah Maha Pengampun dan Menerima Taubat. "



Semangat pulak pengisian dari seorang Brother hari sabtu hari tu. Hebatnya Umar. Kerasnya hati aku selama ni. tak terkesan dengar orang azan, tak rasa apa-apa bila orang mengaji, lagi buat nak tukar channel ada lah. Allah... jauhnya aku dengan Mu .Istighfar. 

kenapa zaman sekolah dulu aku tak rasa se'touching' camni? :'[

Bro tu sambung lagi.

"Kita mengaku yang kita beriman. Tapi apa makna sebenar iman? Siapa tahu?"

Jawab sorang audien,

"Iman tu kita benarkan dengan hati, mengaku dengan lidah dan terjemahkan dengan anggota"

"Amboii ni hafal skema jawapan PAI spm dulu ke apa ni?"

Budak-budak kat  situ gelak. Tapi aku rasa hmm biasa je.

"jawapan tu betul. tapi tak nak jawapan teori macam tu. Guna analogi. Siapa yang nak cuba?"

Masing-masing tengok sama sendiri.

Bila diorang tengok aku. Aku telan air liur.

"Ha, abang Ayid macam nak cakap something je"

Aissh. Pandai pulak Qayyum ni nak kenakan aku suruh bercakap. Sabar je la aku dengan budak-budak ni.

"err..errk. iman tu rukun iman kan. yg ada 6 tu. Tp kalau nak analogi, abang tak reti"

"ohh betul la tuu. Takpe2. Haa sekarang. Pegi tutup lampu kejap"

Amar, budak spek mata suka senyum tu bangun, pegi kat suis, tekan punat off.

Reaksi diorang semua terkejut. Sooo apa kaitannya dengan iman? Termasuk aku sekali konfius.

"Haa. Kenapa tutup suis? Kan ana suruh tutup lampu"

"Dah kata nak suruh tutup lampu, mesti la kena tutup suis"

Sorang budak sebelah aku jawab.

"haa. Itu lah analogi iman. Iman ni maksudnya, kita betul-betul yakin. Tak ada ragu-ragu atau was-was lagi. Kita percaya untuk tutup lampu kena tutup suis. Tupp. Amar bangun tekan suis. Takde ragu-ragu lagi kan? Terus buat.

...sama jugak dengan iman. Bila kita ada iman, kita yakin dan percaya dengan Allah, yakin dengan Hari Qiamat, Syurga dan Neraka. Dan kita beramal dengannya. Apa-apa perintah Allah pun kita akan berusaha untuk buat sebab kita yakin ada pahala yang tersedia dan rahmat Allah menanti. Kita yakin yang pasti ada sebab kenapa Allah suruh kita tutup aurat, tak minum arak, puasa di bulan Ramadhan dan sebagainya kan? sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Sekarang ni, kita tengok kawan-kawan luar sana. Kalau tanya, mesti cakap nak masuk syurga, tapi nipisnya iman buat mereka rasa rimas lah pakai tudung, kolotlah fesyen orang Islam ni. mereka tak yakin yang Allah perintahkan adalah semata-mata untuk kebaikan kita hambanya. jadi macam mana nak jadi penghuni syurga kalau tak yakin lagu tu...?"

panjang lebar Bro ni terangkan. buat aku terfikir panjang. memang tersangat betul dan tak dapat dinafi lagi penjelasan dia. dan persoalannya, iman aku macam mana sekarang? 

sebak.
Allahu.

Aku nekad. aku nak teruskan perjalanan ni. aku taknak patah balik dengan aku yang dulu. sebab aku, nak mati dalam Iman.
...

“Muhammad Thaariq. Tahu kenapa atuk bagi along dengan nama ni?”

geleng-geleng kepala, sambil mulut sumbat aiskrim.

"Sempena nama Thaariq bin Ziyad."

"Err sape tu atuk?"
"Penakluk Andalusia, sekarang Andalusia tu Sepanyol. Atuk memang suka baca pasal seerah ni. nanti along dah besar sikit, along baca la kisah-kisah ni. sebab sangat bagi motivasi kalau baca seerah nabi-nabi dan sahabat, dan para tabi'in dulu-dulu. dan yang paling pasti, cerita-cerita tu true story. takde maknanya nak reka macam hero-hero omputeh spiderman lah, batman, superman semua tuhh"

aku gelak je, satu ketika dahulu. masa aku budak-budak lagi.

...

Atuk.

aku rindu. 

Sekarang, along dah kenal Thaariq bin Ziyad.

Thaariq penakluk gagah. soleh. berilmu. punya semangat jihad yang tinggi. dibakarnya kapal kapal tentera Islam semata mahu menaikkan semangat mereka. kalau mahu lari dari musuh, di belakang mereka ada lautan, tentera-tentera Islam tidak punya pilihan melainkan menang dalam pertempuran atau mati sebagai syuhada'.


:’)

 Aku bisik dalam hati,
Aku tak nak jadi Ayid yang selalu pegang rokok, main game, lepak tak tentu hala.
Tapi aku nak jadi Thaariq yang pegang bendera panji islam.
Aku nak jadi golongan yang memenangkan agamaMu Ya Allah.

Perkenankanlah doa hambaMu.
Ameen.
..

Hari ni, genap 6 bulan aku ikut usrah sama-sama dengan Qayyum ni (baru tahu nama yang perjumpaan selama ni tu, usrah ;p) Alhamdulillah. Hati rasa tenang, dah boleh stop smoking, dah rasa hidup ni ada matlamat dan tujuan. Syukur Ya Allah.

Muktamar tahunan hujung minggu di masjid negeri. Kebetulan aku memang nak pergi belah sana sebab adik kat asrama  suruh datang melawat bawak makanan. Fuuuhh. Nasib baik aku memang abang yang prihatin. Ehee.

Dari jauh aku Nampak seorang yang macam aku pernah jumpa. Dia belek majalah Solusi kat gerai bawah masjid tu sambil tangan pegang Quran. Eh. Macam familiar. Dia pandang. Sekali imbas. Berlalu.

Aku cam dia.
Aku kenal.

Dia. Dia yang aku jumpa dalam lrt dulu, sedang asyik membaca Quran comel.
Entah kenapa, aku senyum.

Bukan pada wajah.
Tapi dalam hati.

Aku rasa ada pelangi.


[Tamat]



'Cerita ini mungkin tamat di sini, tapi perjalanan mencari cinta Tuhan itu tidak akan pernah menemui titik henti dan ia bermula dari diri sendiri. moga ALLAH tsabatkan hati, di jalan yang panjang dan sukar ini'

-Ayid

<

Comments

Anonymous said…
analogi iman.thumbs up!
tutup lampu . mesti tutup suis.Allah!

jzkk. nice , moga Allah redha.
Anonymous said…
analogi iman.thumbs up!
tutup lampu . mesti tutup suis.Allah!

jzkk. nice , moga Allah redha.
Anonymous said…
aik, angah.
thariq bin ziyad??

*melampau
umi Hamraa said…
salam alykum

@aku-bukan-robot : pengisian dr seorang ustazah sbenany. sama2 sharing :)

@acik : hihi. syyh. rahsia kita ;p
Faz.M said…
Masyaallah dik. karya yg sgt superb. u should have ur own novel. Akak tggu 1st novel iffah ye.. :)
umi Hamraa said…
kak @fazreen,

terima kasih akk, tp memang sangat byk kena belajar ni.. doakan saya :)
Sky b4 Pinky said…
salam..

saya suka cerita perjalanan ini. semoga ianya istiqamah mencari cinta Allah..
umi Hamraa said…
Hafizah,

Ameen. Semoga kita semua :')

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN