Posts

Showing posts from January, 2012

#6: Boleh saya.. berhenti di sini?

Image
Salam alykum, Dia termenung lagi, menghadap akta-akta tersusun, Companies Act 1965, itu belum masuk IAS, dan standard lain yang perlu dipatuhi, err, bukan. yang perlu dihafal untuk test esok hari. dia jadi hilang semangat, entah. satu perasaan malas dan 'untuk-apa-aku-belajar' muncul. dia tidak tahu sejak bila dia berperasaan begini, tapi yang pasti, dia mula ingin berubah, kembali kepada fitrah. dia sedar hidup ini bukan untuk dunia semata, dia tahu dia tidak mahu pengakhiran hidupnya sia-sia, kerana dia, mahu masuk syurga! dan kerana itu, dia jadi 'down' . kenapa harus belajar tentang dunia? bukankah kita perlu mengejar akhirat? beramal sepuas-puasnya, mengumpul bekal sebanyak-banyaknya, menyiapkan diri mencari pahala. bukan berhempas pulas menghafal segala macam standard audit yang confirm tidak akan ditanya di 'sana'. arggggghhhhhhhhh. tensinya memuncak. diambilnya wudhu', beristighfar, diambilnya tafsir hijau di r

#5 : apa, awak malu kawan dengan saya?

Image
Assalamualaikum, we used to be close like this before.  Awak, saya rasa kita dah tak rapat macam dulu, awak macam nak jauhkan diri dari saya, atau saya je yang perasan eh? awak malu sebab awak rasa saya dah lain ke? sebab awak nampak saya macam dah start jadi baik, dah start baca Quran, dah mula nak sembahyang jemaah di musolla, dah mula nak labuhkan pakaian semua, dah tak pakai shawl singkat macam dulu... Awak, awak rasa awak dah hilang sorang kawan yang boleh ber'hu-ha' dengan awak ke? atau, awak malu bila ada orang akan banding2 bila awak jalan sebelah saya? hmm, awak  rasa terkongkong ke sebab dah tak boleh buat macam-macam sebab bimbang saya akan tegur awak? atau, sebenarnya, awak rasa 'awkward' bila ada kawan yang dah mula pakai tudung labuh macam ni? . . . . . awak, jangan fikir macam ni. saya masih macam dulu, nak share cerita -cerita, nak ajak makan sama-sama, shopping sama-sama, lempar bantal sama-sama, nak buat sega

#Khas : 100th Itqanul Muluk Bi Ta'dil Al-Suluk

Image
Assalamualaikum :) *entri ini agak panjang dan banyak rajah. sila bersabar sekiranya sambungan internet anda perlahan :) beberapa hari sebelum. "Abah, Itqan Al Muluk bi Taadil Al-suluk tu apa?" tanya saya dari dalam van. mata teliti memerhatikan poster yang di tampal di sepohon pokok kelapa berhadapan sebuah kedai. "Ohh, tu.. undang2 bertulis Islam pertama di negeri Terengganu" abah menjawab sambil menutup pintu van. ingin meneruskan jualan roti di kedai-kedai berikutnya. hati terasa ingin pergi, tapi dipendam sahaja. bimbang juga kalau-kalau abah punya agenda lain hari itu. ... hari sabtu, 7hb. hari kedua sambutan di Kuala Berang. Alhamdulillah. sampai juga di Kampung Gaung, oh, maju juga Kuala Berang ni. teringat sebutan glemernya 'ja-gaung' yang bermaksud jagung ;p (err, betul kan, orang KB?) masuk sahaja di bandar, mata berpinar dengan ke'terbangan' warna hijau dan biru sepanjang jalan. lagaknya seperti kempen pil

#4: putera raja dan komen anak dara

Image
Assalamualaikum :) suasana pejabat seperti biasa, ada yang bersembang, bergelak ketawa. di sudut lain, mulut keduanya masih tidak berhenti bicara, seperti bertih jagung, setiap hari, seperti doa. "kalau ada lah anak raja nak bersuamikan aku, aku rela tuntut cerai dari laki aku" nadanya bergurau. tapi gurauan yang hampir sama, setiap hari. mungkin dek kerana cerita-cerita lama yang menimbulkan kononnya kahwin dengan anak raja dapat harta dan kuasa, dan mungkin kerana ke'best'an tinggal di istana bersama dayang-dayang, dan memakai emas sutera, ahhh seronoknya. tapi mereka lupa. setiap perkara yang dituturkan itu satu doa. tidak lama selepas itu, kedua-dua suami mereka meninggal dunia. dan mereka bergelar janda. kata-kata yang kononnya gurauan itu benar-benar terjadi, di alam realiti, bukan mereka yang menuntut cerai kerana ingin berkahwin dengan anak raja, tapi suami mereka yang dijemput Ilahi terlebih dahulu. meninggalkan mereka se