#6: Boleh saya.. berhenti di sini?

Salam alykum,

Dia termenung lagi,
menghadap akta-akta tersusun,
Companies Act 1965,
itu belum masuk IAS, dan standard lain yang perlu dipatuhi,
err, bukan.
yang perlu dihafal untuk test esok hari.

dia jadi hilang semangat,
entah.
satu perasaan malas dan 'untuk-apa-aku-belajar' muncul.

dia tidak tahu sejak bila dia berperasaan begini,
tapi yang pasti,
dia mula ingin berubah,
kembali kepada fitrah.

dia sedar hidup ini bukan untuk dunia semata,
dia tahu dia tidak mahu pengakhiran hidupnya sia-sia,
kerana dia,
mahu masuk syurga!

dan kerana itu,
dia jadi 'down'.
kenapa harus belajar tentang dunia?

bukankah kita perlu mengejar akhirat?
beramal sepuas-puasnya,
mengumpul bekal sebanyak-banyaknya,
menyiapkan diri mencari pahala.

bukan berhempas pulas menghafal segala macam standard audit yang confirm tidak akan ditanya di 'sana'.

arggggghhhhhhhhh.

tensinya memuncak.

diambilnya wudhu',
beristighfar,
diambilnya tafsir hijau di rak sebelah meja.

matanya seakan lekat di satu ayat,
Surah Jumuah, ayat 10,

"Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi, carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung..."



...

awak,
pernah rasa macam ni?
aah. saya pun.

tapi bila renung balik 'surat-surat cinta' dalam Al-Quran,
Allah suruh manusia bertebaranlah cari rezeki,
seperti dalam surah Jumuah ni.
mencari harta, berkahwin, mempunyai zuriat yang soleh-solehah,
membina masyarakat muslim dan seterusnya meniti tangga-tangga dalam mencapai ustaziyatul alam.

kenapa Allah tak suruh kita solat dan berpuasa sahaja di dunia?

sebab Allah cipta manusia dengan fitrah.
dan Allah tak larang untuk kita menikmati kenikmatan dunia (in a halal way)
tanpa pernah melupakan akhirat.

sebab pakej-pakej inilah yang akan menambah pahala sebagai bekal ke akhirat.

awak mungkin pernah baca satu hadis Nabi SAW ni,

seorang sahabat telah menghabiskan malamnya untuk bersolat malam,
dan siangnya dia berpuasa,
isterinya mengadu kepada Nabi SAW,
dan awak tahu apa sabda Nabi?
Nabi pesan pada sahabat,
"Jangan kamu lakukan itu. Sesungguhnya matamu memiliki hak atasmu, tubuhmu memiliki hak atasmu, dan keluargamu juga memiliki hak atas mu. Maka solatlah dan tidurlah. Dan puasalah, lalu berbukalah."
(HR Bukhari)

Rasulullah pun melarang sahabatnya berlebihan dalam beribadah,
bersederhanalah.


siapa lagi qudwah hasanah yang terbaik kalau bukan Rasulullah SAW, kan?

Islam ini wasatiyyah (seimbang),

kita tak boleh nak terlalu ekstrim dalam mengejar akhirat,
dan kita juga tak boleh nak remehkan hal dunia.
"kejar akhirat tanpa meminggirkan dunia,
dan jangan terlalu taksub dengan dunia, sehingga melupakan akhirat"

...

berbalik kepada kita,
kenapa perlu rasa tak ada semangat untuk belajar,
sedangkan belajar juga adalah satu ibadah?
dan setiap ibadah yang diniatkan kerana Allah, akan diberi ganjaran pahala.
InshaAllah.

betul,
kita mungkin tak nampak secara langsung kaitannya apa yang kita belajar dengan manfaat kepada agama,
tapi kita kena ingat,
belajar ini sebagai satu loncatan kepada kita untuk bekerja kelak,
untuk menjamin kelangsungan hidup kita di dunia.
dan dengan hasil dari usaha kita,
kita mampu melunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa,
nafkah kepada ahli keluarga kelak,
sedekah, dan mengeluarkan zakat,
membelanjakan harta ke jalan Allah.
bukankah itu penting untuk agama?

awak,
apa pun awak fikir sekarang,
kena habiskan apa yang kita mulakan,
dengan bersungguh-sungguh.

Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' 
(Riwayat Abu Daud).

jangan sampai kita jadi fitnah kepada dakwah itu sendiri,
"Dia tu sibuk sangat belajar agama, sampai terlepas exam petang tadi"

Astaghfirullah.

belajar agama itu tidak pernah salah,
tapi kita sebenarnya yang lemah.

ini jalan yang kita pilih.
dan kena keep on doing.

awak boleh nak putar masa,
kembali kepada umur 7 tahun  dan daftar di sekolah pondok?

tak, dan takkan boleh!

sebab Allah cipta kita dengan kebolehan yang tersendiri untuk menegakkan agama Allah.
Allah knows whats best for us, kan?

para huffaz, para asatizah, para ulama', para umara',
dan kita, para pelajar,
ada peranan masing-masing.
dalam menyebarkan dakwah.

dan yang paling penting,
kena sentiasa ingat,
belajar ini bukan matlamat,
tapi matlamat kita Allah,

belajar ini hanya alat,
untuk kita lebih dekat dengan Allah.
untuk kita lebih kenal dengan Pencipta kita.


architecture, engineering, medic, accounting, photography,design, media
semua ilmu ni kan datang dari Allah.
sebab itu bila kita nak mudah faham belajar,
kena sentiasa dekat dengan Allah.
best kan bila kita belajar, buat kita rasa makin jatuh cinta dengan Allah.
seronoknyaa!

dan dalam masa yang sama,
cari ilmu Allah sebanyak-banyaknya,
sebab,
time belajar ini lah kita punya banyak masa free.
kalau nak dibandingkan bila kita kerja nanti.

bila ada fikiran jahat, rasa nak give up dari belajar,
malas, putus asa,
cepat-cepat tepis dengan istighfar.
syaitan tak akan senang duduk bila kita gigih berusaha untuk kejar redha Allah,

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." 
(Al-Baqarah,2: 155)

banyakkan doa,

'Ya Allah, aku belajar untuk mengangkat darjat diri hanya keranaMu, Ya Allah'
moga Allah tetapkan hati kita,
untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu,
dunia dan akhirat.

kita nak jadi muslim yang berjaya kan?
fi dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah.

need to be remembered,
always.

jadilah wakil Allah yang disegani,
bukan hanya dengan ketinggian ilmu,
tapi dengan keluhuran nurani.

jom sama-sama!

"Matlamat kita mencari redha Ilahi, tapi jangan lupa kaki kita masih menjejak bumi! :)"

...

maaf. ambil tanpa kebenaran :(


kata saya :
saya cemburu dengan orang yang ber'seni'. dan saya selalu impi saya juga punya 'seni'. tapi saya tahu mustahil kerana saya ini 'si tangan kayu' yang tidak pandai 'seni'. setiap orang diberi kemahiran yang berbeza kan? jadi, bersyukurlah. siapa tahu hasil dari tangan 'seni' itu dapat menarik orang untuk kembali kepada Yang Maha Agung, satu hari nanti?


Comments

iLi afiQa said…
subhanallah,thanks for your sharing my sister^_^
Ana Aishah said…
penulisan yg baik. terima kasih sudi berkongsi.dtg sini follow dan menjadi teman :)
WenG WenG BuBuB said…
Mana tahu 'Seni' yang kamu miliki itu belum dilihat jelas oleh orang yang benar-benar mngerti seni, kan. Seni itu luas. =) Suka entry ini. Saya suka berpegang pada kalimah
'Sederhana itu paling sempurna'
saya said…
salam alykum :)

@ily, syukran jazilan adik..

@ana aisha, sama-sama.
terima kasih kembali atas kunjungan, dan menjadi teman :)

@nurathirah, sebenarnya ayat-ayat tu untuk akak la tu. reflect. T_T
banyak lagi yang kena improve ni..

@city, suka jugakkk! (tiba-tiba);p

@bubub, setujjuuuu. sederhana itu yang paling sempurnaaaa :D
errr ada seni ke saya ni? mintak tunjuk ajar awak la. :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

dia, raya dan kakak penulis novel