#Khas : 100th Itqanul Muluk Bi Ta'dil Al-Suluk


Assalamualaikum :)

*entri ini agak panjang dan banyak rajah. sila bersabar sekiranya sambungan internet anda perlahan :)

beberapa hari sebelum.

"Abah, Itqan Al Muluk bi Taadil Al-suluk tu apa?"

tanya saya dari dalam van.
mata teliti memerhatikan poster yang di tampal di sepohon pokok kelapa berhadapan sebuah kedai.

"Ohh, tu.. undang2 bertulis Islam pertama di negeri Terengganu"

abah menjawab sambil menutup pintu van.
ingin meneruskan jualan roti di kedai-kedai berikutnya.

hati terasa ingin pergi,
tapi dipendam sahaja.
bimbang juga kalau-kalau abah punya agenda lain hari itu.

...


hari sabtu, 7hb.
hari kedua sambutan di Kuala Berang.

Alhamdulillah.
sampai juga di Kampung Gaung,
oh, maju juga Kuala Berang ni. teringat sebutan glemernya 'ja-gaung' yang bermaksud jagung ;p
(err, betul kan, orang KB?)

masuk sahaja di bandar,
mata berpinar dengan ke'terbangan' warna hijau dan biru sepanjang jalan.
lagaknya seperti kempen pilihanraya umum pula.
padahal sambutan 100 tahun perlembagaan Islam bertulis itu sahaja.
pelik bukan kenapa warna biru ikut sekali 'menghias' jalan raya?
fikir saya, "saja la tu. nak tumpang glemer..." hehe.

jalan penuh sesak.petugas unit Amal merata-rata, dengan walkie-talkie di tangan,
bertungkus lumus mengawal kesesakan lalu lintas. jenuh juga abah mencari parking.
sampai di pintu gerbang, kami sekeluarga turun dengan cepat dan kelam kabut dek arahan dari petugas.
dan abah berseorangan, berusaha mencari tempat letak kereta.

dari pintu gerbang, sayup-sayup kedengaran suara Ustaz Azhar Idrus berceramah, mengisi slot pagi hari ini. jam menunjukkan pukul 9.35 pagi.
ada lebih kurang 25 minit lagi sebelum ceramah UAI selesai.
kami lekas berjalan mencari tempat ber'labuh'.
melintasi gerai-gerai baju, cd, kasut, makanan-makanan.
ohh, terasa ingin shopping! hati berkata, "sabar. sabar..."

hehe ;p

kami memilih tempat di bawah sepohon pokok,
Alhamdulillah. strategik untuk emak bersama baby, dan adik-adik.

tempat berteduh. jauh dari pentas utama.

seperti biasa, UAI santai sekali pagi itu. biar hanya nampak bayang-bayang ustaz di atas pentas dari jauh, tapi 'sound system' tidak punya masalah.
ustaz banyak bercerita mengenai sambutan kempen jauhi zina malam tahun baru di Shah Alam baru-baru ini.
betapa anak-anak muda sekarang mula menerima program agama seperti ini.
kita dahagakan program agama.

"Bukan konsert yang kami mahukan, cukuplah ajarkan kami mendekati Allah..."
untuk menyaksikan sedutan ceramah UAI di kuala berang, sila klik sini. 

fenomena UAI di seluruh Malaysia. oh Ustaz :) semoga terus dirahmati Allah.

acara seterusnya adalah persembahan pentomen yang menerangkan secara ringkas tentang
"Itqan Al Muluk bi Taadil Assuluk"

Ia bermaksud Pemerintah Yang Bersungguh-sungguh Dengan Akhlak Yang Adil. Undang-undang ini digubal pada 11 Zulkaedah 1329H semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Ia menjadi dasar dan Perlembagaan bagi kuasa pemerintahan Kesultanan Terengganu yang berteraskan Islam. Pucuk pimpinan kerajaan ketika itu mengisytiharkan negeri Terengganu sebagai Dawlah Islamiyyah Malayuwiyyah (Negeri Islam Melayu). Mengandungi Muqaddimah, 53 Fasal dan Penutup.

Subhanallah! hebatnya pemerintah terdahulu. bersungguh-sungguh menegakkan Islam di negeri Darul Iman, khususnya. tapi sekarang... jom lakukan perubahan!

kemudian,
Pidato khas sempena perlaksanaan Islam di Terengganu, yang disampaikan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS), YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS), dan YBhg Profesor Dato' Muhammad Bakar (Pakar Sejarah UM).

'Dari Batu Bersurat ke Manifesto' tajuk yang dibahaskan.

Mendengar kisah sejarah di tengahari, ditambah dengan speaker yang agak perlahan kali ini menyebabkan saya banyak hilang fokus T.T
ohh. salah saya.
mujurlah abah ada membeli buku khas tentang undang-undang ini di booth pameran di sana. :)

membelek buku yang ditulis oleh Haji Abu Bakar Abdullah itu,
Ohh! sangat teruja meneliti fasal yang ditulis di atas batu bersurat,
seperti tidak pernah belajar sejarah lagaknya.
salah satunya mengenai hukuman zina :

'Orang yang berbuat bala cara laki-laki perempuan, jika merdeka bujang, dipalu seratus rotan, jika merdeka beristeri atau perempuan bersuami ditanam hingga dihembalang dengan batu dimatikan'

dihembalang? klasik bukan ayat jawi yang diterjemahkan rumi ini?

Fasal ini bermaksud, hukum bagi kesalahan orang yang belum berkahwin yang melakukan zina, maka didera seratus rotan manakala bagi yang pernah berkahwin dihukum rejam dengan batu hingga mati.

mengikut sejarah, sewaktu 27 tahun pemerintahan Sultan Zainal Abidin III yang menjadikan Al-Quran sebagai sumber perundangan utama, hanya 5 orang jumlah yang mati dihukum, 3 bangsa Cina dan 2 Melayu.
dan hukuman dera juga dilakukan di bahagian punggung tanpa perlu membuka pakaian.

err, jangan banding dengan penjenayah dan penzina zaman sekarang. sangat jauuuuuuuuuuuuuhhhhhh bezanya angka itu!

Hebat kan bila menggunakan hukum Allah ini?
Allah Maha Mengetahui, dan hukum Allah lah yang paling terbaik! 


selesai pidato : diadakan acara perasmian 100th Itqanul Muluk.
ok ok.
tutup mulut semuanya.
tahu lah saya bercerita mengenai sejarah, jangan tidur pula!
:p

adik-adik nampak keletihan,
tertidur semuanya di atas tikar, berbumbungkan langit.

selepas makan tengahari yang diagihkan percuma,
dan solat zuhur di masjid berdekatan,
kami memilih tempat di atas kerusi pula.
mendengar talk show dari Ust Zamri,
ingatkan siapalah ust Zamri yang ditulis di atas tentatif.
rupanya personaliti 'mantop' TV9. untunglahh :D

Ust zamri membicarakan tentang 'Indahnya Islam'.
setiap dari rukun Islam yang diperintahkan Allah, ternyata banyak kelebihan daripadanya selain dari membuahkan pahala.
'syahadah, solat, puasa, zakat dan haji'
ia ternyata memberi kesan pada akhlak manusia sekiranya dilaksanakan dengan sebetulnya,
InshaAllah.

"Bila kita berzikir, kita dapat menghindari lidah dari dua perkara ; bercakap perkara yang mengarut, dan mengawasi kita supaya tidak menipu..."

jadi, jom kita! banyakkan berzikir.

si kembar, anjang bersama Ust Zamri. kalau lah angah kecik lagi time ni... :p

usai solat Asar, hiburan alternatif oleh Iwan Syahman mengambil pentas,
Alhamdulillah.
penghijrahan beliau ke medan dakwah, dapat menarik lebih ramai lagi untuk menghayati Islam melalui lagu-lagu beliau.
lagunya seperti Semua Allah Punya, Segalanya Allah, dan Solatlah dulu antara lagu fofular yang sedap didengar di youtube. eh.

sempat lagi abah snap masa Iwan nak makan :D

pukul 6 petang, disebabkan esoknya (Ahad) adik-adik sekolah, abah mengambil keputusan untuk pulang.
tidak sempat kami mengikuti ceramah perdana oleh Mursyidul Am PAS dan Ketua Umum PKR malam itu.
(ada yang tak kenal? sila google. hihi)

utamakan yang lebih utama, :)

Alhamdulillah.
seronok dengan program ini.
biar tidak ber'air-cond',
biar duduk berlapikkan kanvas dan tikar sendiri,
biar makanan berlaukkan ikan kering dan gulai daging,

asalkan objektif berjaya dicapai,
ukhwah berjaya dirapatkan.
atas dasar Islam dan Iman. :D

oh saya lupa. suasana juga sejuk mata memandang. dari tudung kecik ke tudung besar dan ramai yang berniqab, dari mat rock sehinggalah ke ustaz-ustaz, (ini betul)
semuanya berkumpul untuk mencari secebis ilmu sebagai bekalan di akhirat.
dan ramai juga pasangan yang muda remaja di sekitar tempat duduk kami.
kata emak , "mesti kahwin muda ni.. cantik je tengok.. kan?"

:) eh, senyum pulak dia.

yang lebih gembira, kata abah,
"Tadi masa abah nak ambik kereta kat tempat parking, nampak Zizan. dia pakai kereta buruk, baju biasa je. mungkin tak nak bagi orang cam kot..."

"Zizan Raja Lawak tu ke abah? Abah kenal?"
saja mengusik abah.

"Ye la. orang dekat-dekat situ pun kata macam tu"

"Mungkin dengar kuliah UAI pagi tadi kot" hati saya berkata.

Alhamdulillah, kalau betullah itu Zizan, semoga beliau istiqamah dengan majlis-majlis agama seperti ini.
dan kita juga, InshaAllah. semoga hidayah Allah milik kita bersama. Amin.

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dan berharap program sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. (ayat penutup formal karangan murid sekolah rendah) haha.

ok, ini serius.

Bukan bermotifkan politik semata, tapi sambutan ini membuka mata, peranan kita untuk menegakkan Islam, menegakkan hukum Islam.
jangan takut dengan hudud, qisas. kalau kita tak buat salah, tak adanya orang cari nak potong tangan kita.
yakinlah. dan ianya hanya melibatkan beberapa perkara yang memang hukum manusia tidak dapat menyelesaikan perkara ini iaitu ; mencuri, merompak/menyamun, berzina, menuduh orang berzina, minum arak, dan murtad.
Allah yang ciptakan kita, siapa yang lebih mengetahui tentang kita kalau bukan Allah SWT?
Takbir! Allahuakbar!




"Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin? "
(Al Maidah :50)


Comments

jelesnye! wuwuwu
iffah, t kalu trun paka, singgoh la dumoh. :)
ameer faris said…
salam ziarah..blog yg mntop!truskan mnulis!
Faz.M said…
tak sangka negeri Terengganu ada aktiviti macam ni sebab tak pernah dengar pun..masyarakat selalu disogokkan dengan berita2 tak baik dari negeri tu..yang BAIK, tak pulak di uar-uarkan..

p/s: Lebih seronok kalau akak dpt join sama... :)
umi Hamraa said…
@fatin,

abis exam doh ke? InshaAllah. :)
fatin pun, kalu turun durian mas, meh la jalan dumoh :D

@ameer faris,

w'salam. jazakallah khair atas kunjungan.

@kak rin,

jom melawat t'ganu kak!
nak sangattt jumpa akak :D

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN