Posts

Showing posts from July, 2011

audit : dia dan seniornya.

Image
Assalamualaikum :) "iffah can you open the worksheet in your laptop aa?" "ha?" cepat cepat tangan menarik cursor, ingin minimizekan 'google chrome' windows. dalam kalut, dia tertekan restore down. masih ternampak windows sedikit, walaupun dikecilkan. hati berdebar. dia bukan takut kerana berfacebook semasa bekerja, tapi... 'senior'nya berbangsa cina yang juga seorang freethinker itu memandang. wahh, 'islamic radio aah' dia terkejut, tidak menyangka itu respon 'senior'nya. dalam hati, terselit rasa takut, tapi zahirnya, dia senyum sahaja. memang kegemaran dia begitu. sambil ber'excel', sambil telinga mendengar, dari berangan, lebih baik didik hati dengan alunan nasyid dan zikir. tidak disangka, hari ini terdedah kegemarannya itu. dia bimbang, namun berlagak biasa sahaja. dan,kerja disambung semula. ..... kenapa ye? kita suka begitu. malu sangat kalau orang tau yang kita ni nak dalami aga

over! bajet! syok sendiri!

Image
Assalamualaikum :) hmm. 'pelik ni,biasa aku tengok kedai makan ni takde orang je, tp time aku makan sini, ramai pulak orang nak datang' 'aku ni bawak luck yg baik ke eh?' ke aku ada daya penarik?' waaahhhh~ hihi. ... lalu kat tempat ramai orang je, 'kenapa aku rasa semua orang tengok aku ni?' ala, buat2 biasa je. 'ke baju n seluar aku tak matching hari ni eh?' haha. ... lalu depan cermin, 'kenapa la orang dalam cermin ni jelita sangat eh?' *sebarang kesan muntah di atas laptop anda adalah tanggungjawab sendiri, hehe* ... amboi awak, dah-dah la tu, semua orang pernah rasa macam tu. rasa apa? perasaan 'PERASAN'. bagi capital letter sikit. hehe. kita kan cepat benar perasannya, perasan ada orang tengok, perasan baik, perasan cantik, perasan pandai, perasan kaya. perasan hot. hah, apa lagi? (perasan Wardina? ;P) tak salah nak perasan pun, tapi jangan lebih-lebih. sampai semua orang dah tak na

bakpe bolok sangat awak ni?

Image
Bismillahi wal hamdulillah. :) Assalamualaikum. dia senyum sorang-sorang menghadap laptop. dan ketawa terkekeh. dan lagi. ketawanya bertambah kuat. entah apa yang lawaknya, tiada siapa yang tahu. mereka mula tidak senang. melihat kawan dengan muka hairan. aiihh. pelik betul kawan aku ni. dia hidup dalam dunianya. dia tidak ganggu mereka. tapi kenapa mereka tidak senang? ........ perangai pelik sikit, orang mula dah buat muka, pakai pelik sikit, orang mula pandang 2,3 juta kali. heh. kenapa tengok macam tu? awak cakap kat sapa ni? saya bercakap dengan saya. saya bercakap dengan kita. sebab kita suka begitu. 'kita suka memandang pelik orang, sehingga kita lupa pelik sendiri.' pelik kan, kita sanggup bazirkan masa lama2, depan laptop, update blog, tengok youtube, tapi time sembahyang, 3 minit pun tak sampai, mengaji pun tak sempat dah. nak tengok cerita juvana pulak lepas ni. Al-Quran atas almari dah berhabuk pun. ermm. (fikir-fikir) pelik tak, bila