bakpe bolok sangat awak ni?

Bismillahi wal hamdulillah. :)
Assalamualaikum.

dia senyum sorang-sorang menghadap laptop.
dan ketawa terkekeh.
dan lagi. ketawanya bertambah kuat.
entah apa yang lawaknya,
tiada siapa yang tahu.

mereka mula tidak senang.
melihat kawan dengan muka hairan.

aiihh. pelik betul kawan aku ni.

dia hidup dalam dunianya.
dia tidak ganggu mereka.
tapi kenapa mereka tidak senang?

........

perangai pelik sikit,
orang mula dah buat muka,
pakai pelik sikit,
orang mula pandang 2,3 juta kali.

heh.
kenapa tengok macam tu?

awak cakap kat sapa ni?
saya bercakap dengan saya.
saya bercakap dengan kita.
sebab kita suka begitu.

'kita suka memandang pelik orang, sehingga kita lupa pelik sendiri.'

pelik kan,
kita sanggup bazirkan masa lama2, depan laptop, update blog, tengok youtube,
tapi time sembahyang, 3 minit pun tak sampai,
mengaji pun tak sempat dah.
nak tengok cerita juvana pulak lepas ni.
Al-Quran atas almari dah berhabuk pun.

ermm. (fikir-fikir)

pelik tak,
bila bab perut kita, nak makan sedap-sedap.
mahal pun takpe,
teringin weh nak makan fish n chips  kat carls junior.
ala, takpe. sekali 2 kala je.

tapi bila tengok pak cik buta dan tempang tepi jalan tengah mengaji,
kita tak sanggup nak keluarkan duit untuk bersedekah,
nak pandang pun tak lalu.
Astaghfirullah.

errrkk.

pelik betul kita ni,
kain dicipta elok je kan,
tapi kita sanggup beli jugak kain yang carik-carik,
jarang, ketat,terdedah,
untuk kita pakai.

hahahaha.
ko sendiri yang pelik,
tapi tak sedar.
rasa nak terguling je gelak.

aii. orang macam ni pelik tak? ;P


sedarlah.
Allah cipta manusia berbeza-beza,
ada yang selesa hidup dengan alamnya.
gelak sorang-sorang,
sedih sorang-sorang depan laptop.
tapi dia tidak pernah tinggal solat.
mengaji pun setiap hari.
tapi kita?

Allah cipta manusia tidak sama,
supaya kita belajar terima perbezaan orang lain.

'jika kita kurang di situ, akan ada lebihnya di mana-mana'

'jika kita banyak kelebihan sekalipun, akan ada kurangnya di mana-mana'

kerana manusia itu tiada sempurna.

jadi,
tak yah la nak buli, gelakkan orang yang agak lain berbanding kita.
sebab kita semua hamba Allah.
terima perbezaan seadanya.


orang pelik itu tidak salah, cuma kita yang memandang dia dengan cara yang salah.

ok?
:)

jadi lepas ni,
betulkan pandangan mata kita,
kita lihat sesuatu,
kaitkan dengan Islam.

Islam bukan sekadar agama yang kita anuti,
tapi Islam juga sebagai kaca mata,
bagaimana kita untuk melihat dunia.

Hebatnya Allah menciptakan manusia yang pelbagai jenis, pelbagai ragam.
Hebatnya Allah kerana mampu mengaturkan bermilion-milion manusia,
Hebatnya Allah, Tuhan kita! 

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah,Allahuakbar!




p/s : masih dalam proses memujuk hati. doakan saya ;'(
p/s/s : Syukran kathir, orang yang belanja pizza semalam :)

Comments

incek.loyer said…
pujuk hati yang merana sbb pakguard UIA lg k?

hahaha.

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN