over! bajet! syok sendiri!

Assalamualaikum :)

hmm.
'pelik ni,biasa aku tengok kedai makan ni takde orang je,
tp time aku makan sini, ramai pulak orang nak datang'

'aku ni bawak luck yg baik ke eh?'
ke aku ada daya penarik?'
waaahhhh~
hihi.

...

lalu kat tempat ramai orang je,
'kenapa aku rasa semua orang tengok aku ni?'
ala, buat2 biasa je.
'ke baju n seluar aku tak matching hari ni eh?'
haha.
...

lalu depan cermin,
'kenapa la orang dalam cermin ni jelita sangat eh?'
*sebarang kesan muntah di atas laptop anda adalah tanggungjawab sendiri, hehe*

...

amboi awak,
dah-dah la tu,
semua orang pernah rasa macam tu.
rasa apa?

perasaan 'PERASAN'.
bagi capital letter sikit. hehe.

kita kan cepat benar perasannya,
perasan ada orang tengok,
perasan baik,
perasan cantik,
perasan pandai,
perasan kaya.
perasan hot.

hah, apa lagi?
(perasan Wardina? ;P)

tak salah nak perasan pun,
tapi jangan lebih-lebih.
sampai semua orang dah tak nak dekat,
sebab kita dah terlebih perasan.
bangga sangat dengan apa yang kita perasan kan tu.

padahal bukan milik kita pun kan?
ada pemilik mutlaknya,
Allah Azza wajalla.
kita ni pinjam je,
hanya sekejap.
dipinjamkan di dunia.

so, jangan perasan lebih-lebih.
besederhana lah dalam bercakap.
sebab mungkin kita tidak sedar,
kita dah ter'over' perasan,
sehingga menyebabkan unsur-unsur riyak mula mendapat tempat di hati.
Astaghfirullah.

nisfu Syaaban : lebihkan memohon keampunan dari Allah Swt. :)

tapi ada satu perasaan perasan ni,
kita jarang sedar,
atau mungkin tidak pernah sedar.
tapi sangat bahaya!

'perasan yang kita ini tidak pernah melakukan dosa.'

Astaghfirullah.
teringat pembacaan di sebuah laman sesawang,
'dosa yang kita tidak pernah perasan, adalah merasakan diri tidak pernah berdosa'

jadi,
kita kena selalu perasan,
kita banyak berdosa.
seperti kata teman,
'merasakan diri sentiasa berdosa itu sangat perlu'

perasaan perasan yang ini,
perlu ada dalam setiap kita.
wajib ada.
kena sentiasa sedar,
kita ini hanya hamba. dan kita ini namanya manusia,
takkan lari dari melakukan dosa.
takkan.

bila kita dah setiap masa perasan ini,
kita akan sentiasa, banyakkan memohon keampunan dari Allah,
lidah kita akan basah dengan Istighfar,
kita takut,
perbuatan kita sebenarnya telah lari dari perintah Allah.
tidak mengikut panduan yang sebenar.
Nauzubillah.

konklusi-banyaknya dosa kita!
jangan rasa takut bila kita rasa kita dah buat banyak dosa,
jangan rasa malas untuk memohon keampunan,
sebab Allah itu Maha Pengampun.
Allah Maha Penyayang.

Allah dah sediakan jalan untuk kita.
untuk mengikis dosa-dosa kita yang lalu.
hanya satu,
bertaubat.
kembali kepada Allah. :)


note :
Ramadhan mula menjengah, mungkin ini masa yang terbaik, untuk kita mula menilai kembali sekeping hati. 
sudah berkaratkah? jom cuci hati! 

note-note: dah lama tak update. ada lagi ke orang baca blog saya ni? hmm. ;(

Comments

beribiru said…
Ada lah..sy follow tau..reminder for me n you always..
saya said…
beri biru.. terima kasih sbb baca :)

city, sama2,,
Anonymous said…
terima kasih atas nasihat awk. jgn risau, sy selalu bce new post kat blog awk. Alhamdulillah, segalanya dapat menyedarkan kita semua dari terleka. terima kasih atas perkongsian :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia, raya dan kakak penulis novel

dia budak biasa, ke sekolah agama.