perjalanan.


Dia mengeluh. Asap rokok dihembus. Puntung rokok masih di tangan.

Sampai bila aku nak jadi macam ni. pagi bangun naik motor, kerja. Balik petang main futsal. Malam lepak kedai mamak.kadang-kadang tengok bola. Kadang-kadang sembang. Kadang-kadang join tengok member race motor. Shisha di'order' buat hilang stres kerja. Hidup aku macam tak ubah macam robot. Aku bosan. Serius bosan.


Aku rasa hidup aku takde tujuan.

Aku rasa hidup aku tak tenang.

Aku rasa hidup aku. Kosong.


Aku ada duit.

Aku ada rumah.

Aku ada kereta.

Aku ada mak ayah.

Aku ada ramai member.

Tapi hakikatnya…

Ada satu yang aku hilang.

Aku kosong tanpa. Tuhan.

 

Aku malu nk mengaku. Tp ini kenyataan. Berapa banyak kali solat dah aku tinggal. Kadang-kadang lupa. Kadang-kadang tangguh-tangguh tapi tak buat. Kadang-kadang buat tak endah je. Banyak aku bagi alasan kalau member ajak pergi masjid. Apatah lagi kalau ada ustaz bagi kuliah. Aku jadi…segan.

..

Aku malu dengan tuhan.

 

Aku teringin nak jadi macam orang lain. Tapi aku tak tahu nak start dari mana. Aku banyak tak tahu. Dan aku lena malam tu dengan fikiran yang kusut. Amat.

Esoknya hari minggu. On the way dalam lrt ke pwtc, aku nampak ada penumpang berdiri di penjuru sekali, sambil pegang sebuah buku. Mulut terkumat kamit. Asyik aku pandang. Aku fokus betul-betul pada buku yang dia pegang.

Rupanya. Dia. Baca.... Quran.

Allahurabbi.


(...bersambung)



>> perjalanan mencari      >> perjalanan mencari cinta

Comments

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia, raya dan kakak penulis novel

dia budak biasa, ke sekolah agama.