Posts

Showing posts from June, 2013

www.tudungnur.com : Ceritaku dan tudung Bidang 60

Image
Bas T603 meluncur laju. Mulutnya masih tidak henti-henti bercerita perihal seorang teman yang sudah berubah dari free hair kepada memakai tudung. Kakak di sebelahnya tersenyum sahaja. “Apa kata lepas ni, Iffah pula yang start pakai tudung labuh” Senyap. Dia senyum tapi tidak sepenuhnya. Dibiarkan saranan penuh kebaikan kakak itu sepi seketika. Entah kenapa, hatinya sedikit terguris. Tidak cukupkah lagi dengan tudungnya yang melebihi syarat wajib menutup aurat? Mungkin bezanya, dia bertudung bawal dan kakak bertudung labuh, dan tambahan lagi kakak bertudung labuh bulat berjahit tengah. Teringat arahan emak pada suatu masa dahulu. “Mak tak nak tengok dah angah pakai macam ni” Err. Diteliti pakaiannya setelah pulang balik bermalam dari sekolah menengahnya. Ber’t-shirt’ hitam, ber’slack’ putih dan bertudung bawal putih dipinkan rama-rama. Dia mungkin kelihatan biasa pada pandangan gadis seusianya, tapi bukan pada kaca mata seorang emak. Hanya kerana dia memakai

'ke taman syurga bersama-sama, jom?'

Laila termenung seketika memandang skrin nota galaksi di hadapannya. Jelas kelihatan mesej masuk dari group whatsapp 'Girls Rock!'. 'Jom weh! hangout dekat Bangsar. dah lama tak tengok handbag lawa-lawa kat sana' -Tasha. hangout? lepak? akalnya mula berfikir sesuatu. bukan dia tidak mahu lepak keluar bersama-sama 'so called BFF' nya - Hannah, Tasha dan Yaya - tapi dia seolah-olah tawar. hatinya jadi kering. ... "Laila ok ke? tak nak tambah ke satay yang sedap tu? daging dia best tau" "hah? takpe2. ni pun dah kenyang dah. sebelum keluar tadi dah makan 2 keping butterscotch dah " "ohh ye ke. kalau camtu, kalau ada lebih nanti ambik la bungkus. bawak balik bagi housemate sikit" kak Farah senyum. ramai tetamu lain sudah berangsur pulang. hari selasa malam setiap minggu, pasti ada perjumpaan khas di rumah kak farah, untuk berbicara tentang ilmu. "Akak, betul ke  kita kena choose betul-betul kawan baik kita?"