www.tudungnur.com : Ceritaku dan tudung Bidang 60



Bas T603 meluncur laju. Mulutnya masih tidak henti-henti bercerita perihal seorang teman yang sudah berubah dari free hair kepada memakai tudung. Kakak di sebelahnya tersenyum sahaja.

“Apa kata lepas ni, Iffah pula yang start pakai tudung labuh”

Senyap. Dia senyum tapi tidak sepenuhnya. Dibiarkan saranan penuh kebaikan kakak itu sepi seketika. Entah kenapa, hatinya sedikit terguris. Tidak cukupkah lagi dengan tudungnya yang melebihi syarat wajib menutup aurat? Mungkin bezanya, dia bertudung bawal dan kakak bertudung labuh, dan tambahan lagi kakak bertudung labuh bulat berjahit tengah.

Teringat arahan emak pada suatu masa dahulu.

“Mak tak nak tengok dah angah pakai macam ni”

Err. Diteliti pakaiannya setelah pulang balik bermalam dari sekolah menengahnya. Ber’t-shirt’ hitam, ber’slack’ putih dan bertudung bawal putih dipinkan rama-rama. Dia mungkin kelihatan biasa pada pandangan gadis seusianya, tapi bukan pada kaca mata seorang emak.

Hanya kerana dia memakai seluar?

Atau mungkin t-shirtnya yang tidak begitu labuh?

Atau… tudung bawal yang sedikit jarang?


Dia jadi hairan, hatinya memberontak. Perlu ke pakai tudung labuh segala, sedangkan syarat wajib bertudung adalah melepasi dada? Dia tidak mahu menjadi sebagaimana yang lain. Dia mahu menjadi Muslimah yang tidak terikat dengan fesyen tudung labuh yang pada pandangan matanya, seperti gaya orang dulu-dulu. 

Pernah satu ketika semasa mahu memilih baju untuk malam pra graduan semasa pengajiannya,

“Saya tak nak pakai baju yang orang akan ‘expect’ saya pakai. Gaya drama nur kasih ke, fesyen jubah berniqab ke, taknak.”

Jahil nya dia dahulu. Langsung tidak merasa ‘Izzah dengan pakaian Islam.


Hatinya kosong.  Mencari arah tuju dalam hidupnya yang dia sendiri tidak pasti. Dia tahu, hakikat kehidupan bukan sekadar belajar, bekerja, berumahtangga dan menghadapi hari tua. Tapi ada sesuatu yang lebih besar, yang dia perlu merungkaikan apa dan persoalan itu semakin berserabut di benak kepala. Tanpa dia tahu, persoalan itu yang bakal merubah hidupnya selepas ini.

Bulatan gembira. Alhamdulillah, dia dipertemukan dengan usrah yang pertama melalui perantaraan seorang teman. Dia mula faham tentang Islam, mula jelas dengan apa yang dicari dalam hidupnya, mula kenal dengan Penciptanya.

Allah Allah.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan”

Dia mula kurang selesa dengan tudung bawal, mungkin kerana faktor utamanya yang nipis dan jarang, dan bermula dengan tudung Akel bidang 50 dia nekad untuk berubah. Bukan dia tidak perasan teman sekuliah bercakap tentang penampilan barunya, tapi dia senyum sahaja. Adatlah, bila seseorang mahu berubah. InshaAllah, Allah kan ada.

Pernah semasa menghadiri temuduga, dia cukup bimbang. Orang lain memakai seluar, berkemeja, bertudung dirias secantik mungkin. Tapi dia? Dia rasa malu juga bila bertudung labuh, bimbang di reject awal-awal permohonannya. Segan kerana persekitaran sekelilingnya tidak begitu menggalakkan untuk dia berpakaian sebegitu. Nipisnya pergantungan dia dengan Allah waktu itu. 

Tapi bila di’pause’, berfikir dengan nilaian iman, dia percaya, temuduga itu makhluk Allah, penemuduga itu juga makhluk Allah sebagaimana dia. Dan bila mana kita yakin semuanya adalah makhluk Allah, maka Allah jualah yang memegang hati-hati kita semua. Berdoalah, dan mengharaplah hanya kepada Dia. Dalam bilik temuduga, ada 6 lagi calon yang bersama dengannya. Dia menjawab dengan sepenuh mampu, dan  dihujungnya disandarkan tawakkal kepada Tuhan Yang Satu. 

Alhamdulillah, dia lulus dalam temuduga itu. Benarlah, ALLAHU AKBAR! Allah Maha Besar.


Suatu petang penghujung tahun 2012, satu kiriman pos laju tiba di rumah. Tertera nama dan alamat rumahnya di atas sampul berwarna coklat. Bibirnya mengukir senyum. Dari siapakah agaknya? Tangannya pantas mengoyak dan mengeluarkan bungkusan lembut. Sehelai tudung hitam. Namun tudung itu bukan tudung biasa yang dipakainya. Tudung ini besar, berbidang enam puluh. 

Setelah beberapa lama sudah selesa dengan tudung lima puluh inci, dia mencuba tudung baru buat kali pertama.  Ada satu perasaan halus yang menyelinap ke dalam hati. Rasa lebih selamat bila memakainya. Ternyata ayat Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59,

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”

“…sehingga mereka tidak diganggu…"

sangat kena dengan apa yang dirasanya saat itu. Allah Allah.

Benarlah, "Bila Allah mahukan kebaikan dalam diri seseorang, Allah akan berikan kefahaman dalam bentuk agama"

Bukan sahaja terasa selamat, malah dapat mengekang nafsunya untuk ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Ikhtilat dengan bukan mahram juga, dijaga sebaiknya supaya nanti tidak timbul fitnah pada agama.

Allah sayang akan dirinya. 
Allah sayang kita semua.

Sebab itulah perintah-perintahNya diturunkan, semata melindungi umat manusia.


“Angah ingat nak beli tudung la, Kak Long”

“Angah dah tengok tudung kat kedai tudung seberang jalan rumah kak long ni?”

“Belum lagi. Cantik ke Kak Long?”

“Haah, cantik-cantik ngah. Memang kedai tu jual tudung labuh. Ada website dia kalau angah nak tengok-tengok dulu”

“Oh yaa? Apa nama website tu”



Senyum. Rupanya Dia mudahkan lagi usaha untuk istiqamah memakai tudung labuh dengan menghantarkan Along dan Kak Long menyewa rumah berdekatan kedai i-NUR Muslim Fashion. Sudah beberapa kali kakinya menyinggah di kedai hujung di Taman Gombak Ria itu. Alhamdulillah. Segala Puji Hanya Bagi ALLAH.

...

Alhamdulillah, kehidupannya kini bertukar seratus lapan puluh darjah, atas kehendak dan kudrat Allah jua. Ternyata, untuk transform dari seorang yang tidak tahu apa-apa kepada menutup aurat dengan sempurna bukan mengambil masa sehari dua, atau seminggu dua, tapi perlunya kepada mujahadah yang begitu tinggi dan kefahaman yang sebenar. Dia sedar, semua orang mampu berubah, asalkan ada kemahuan yang jelas dalam hidupnya. Dan jangan sesekali memandang rendah pada yang lain, kerana setiap dari kita melalui pengalaman yang berbeza. 

Hakikatnya, perubahan perlu disertakan dengan kefahaman, bukan ikutan, bukan fesyen dan trend semata. Ramai orang boleh berubah pada zahirnya, tapi yang dinilai di sisi Allah adalah Taqwa. Sejauh mana kita mampu menterjemah kefahaman melalui amal kita sehari-hari. Ihsan dengan Allah di mana-mana.

Menjadi solehah bukan dinilai melalui labuhnya tudung, tetapi melalui pancaran akhlak dan iman. Jujurnya, bukan mudah tetapi harus berusaha!

Betulkan niat kerana Allah, ikhlaskan hati, banyakkan berdoa, semoga kita sentiasa istiqamah di atas jalanNya.

Bertudung labuh bukan bererti sempurna, bebas daripada dosa, tapi salah satu daripada proses mendidik hati, mencari redha Allah.

Dan kini, proses tarbiyah itu tidak akan pernah terhenti. Dia masih lagi belajar, mendidik hati, mengubah diri untuk menjadi yang lebih baik, dan mengajak yang lain untuk turut sama melakukan kebaikan, InshaAllah. 


"Cantik palsu diseri dengan make-up, cantik sebenar diseri dengan iman"-saya

"Setiap orang  memiliki pengalaman yang berbeza, dan yang pasti kita semua sedang bertatih  menuju destinasi yang sama, inshaAllah" - dia

Comments

Bulat said…
Terima kasih sharing.. :)
Faz.M said…
transformasi hidup.. :)
umi Hamraa said…
kak reen,

semua orang melalui pengalaman berbeza. tapi menuju destinasi yang sama :D
Anonymous said…
salam kak..saya suka baca blog akak..banyak ibrah yang diperolehi..mohon share ea kak apa yang akak tuliskan di blog ini
umi Hamraa said…
@anonymous

waalykumusslm,silakan dik :)
akak pun byk kena belajar lagi.

salam perkenalan :D
Sky b4 Pinky said…
salam..banyak info berguna..menarik.. thanks for sharing
LailaAlfisyahr. said…
kisah hidup, yang akhirnya menemukan si maryam dan iffah.

:D

cantik gegilaaarsss lahhh planninggg Allah. :D

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN