www.tudungnur.com : Ceritaku dan tudung Bidang 60
Bas T603 meluncur laju. Mulutnya masih tidak henti-henti bercerita perihal seorang teman yang sudah berubah dari free hair kepada memakai tudung. Kakak di sebelahnya tersenyum sahaja.
“Apa kata lepas ni, Iffah pula
yang start pakai tudung labuh”
Senyap. Dia senyum tapi tidak
sepenuhnya. Dibiarkan saranan penuh kebaikan kakak itu sepi seketika. Entah
kenapa, hatinya sedikit terguris. Tidak cukupkah lagi dengan tudungnya yang
melebihi syarat wajib menutup aurat? Mungkin bezanya, dia bertudung bawal dan
kakak bertudung labuh, dan tambahan lagi kakak bertudung labuh bulat berjahit
tengah.
Teringat arahan emak pada suatu
masa dahulu.
“Mak tak nak tengok dah angah pakai
macam ni”
Err. Diteliti pakaiannya setelah
pulang balik bermalam dari sekolah menengahnya. Ber’t-shirt’ hitam, ber’slack’
putih dan bertudung bawal putih dipinkan rama-rama. Dia mungkin kelihatan biasa
pada pandangan gadis seusianya, tapi bukan pada kaca mata seorang emak.
Hanya kerana dia memakai seluar?
Atau mungkin t-shirtnya yang
tidak begitu labuh?
Atau… tudung bawal yang sedikit
jarang?
…
Dia jadi hairan, hatinya
memberontak. Perlu ke pakai tudung labuh segala, sedangkan syarat wajib
bertudung adalah melepasi dada? Dia tidak mahu menjadi sebagaimana yang lain.
Dia mahu menjadi Muslimah yang tidak terikat dengan fesyen tudung labuh yang
pada pandangan matanya, seperti gaya orang dulu-dulu.
Pernah satu ketika semasa mahu
memilih baju untuk malam pra graduan semasa pengajiannya,
“Saya tak nak pakai baju yang
orang akan ‘expect’ saya pakai. Gaya drama nur kasih ke, fesyen jubah berniqab
ke, taknak.”
Jahil nya dia dahulu. Langsung
tidak merasa ‘Izzah dengan pakaian Islam.
…
Hatinya kosong. Mencari arah tuju dalam hidupnya yang dia
sendiri tidak pasti. Dia tahu, hakikat kehidupan bukan sekadar belajar,
bekerja, berumahtangga dan menghadapi hari tua. Tapi ada sesuatu yang lebih
besar, yang dia perlu merungkaikan apa dan persoalan itu semakin berserabut di
benak kepala. Tanpa dia tahu, persoalan itu yang bakal merubah hidupnya selepas
ini.
Bulatan gembira. Alhamdulillah,
dia dipertemukan dengan usrah yang pertama melalui perantaraan seorang teman. Dia
mula faham tentang Islam, mula jelas dengan apa yang dicari dalam hidupnya,
mula kenal dengan Penciptanya.
Allah Allah.
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah
kamu dustakan”
Dia mula kurang selesa dengan
tudung bawal, mungkin kerana faktor utamanya yang nipis dan jarang, dan bermula
dengan tudung Akel bidang 50 dia nekad untuk berubah. Bukan dia tidak perasan
teman sekuliah bercakap tentang penampilan barunya, tapi dia senyum sahaja. Adatlah,
bila seseorang mahu berubah. InshaAllah, Allah kan ada.
Pernah semasa menghadiri
temuduga, dia cukup bimbang. Orang lain memakai seluar, berkemeja, bertudung
dirias secantik mungkin. Tapi dia? Dia rasa malu juga bila bertudung labuh,
bimbang di reject awal-awal permohonannya. Segan kerana persekitaran
sekelilingnya tidak begitu menggalakkan untuk dia berpakaian sebegitu. Nipisnya
pergantungan dia dengan Allah waktu itu.
Tapi bila di’pause’, berfikir dengan
nilaian iman, dia percaya, temuduga itu makhluk Allah, penemuduga itu juga
makhluk Allah sebagaimana dia. Dan bila mana kita yakin semuanya adalah makhluk
Allah, maka Allah jualah yang memegang hati-hati kita semua. Berdoalah, dan mengharaplah
hanya kepada Dia. Dalam bilik temuduga, ada 6 lagi calon yang bersama
dengannya. Dia menjawab dengan sepenuh mampu, dan dihujungnya disandarkan tawakkal kepada Tuhan
Yang Satu.
Alhamdulillah, dia lulus dalam temuduga itu. Benarlah, ALLAHU AKBAR!
Allah Maha Besar.
…
Suatu petang penghujung tahun 2012, satu kiriman pos laju tiba di rumah.
Tertera nama dan alamat rumahnya di atas sampul berwarna coklat. Bibirnya mengukir senyum. Dari siapakah agaknya? Tangannya
pantas mengoyak dan mengeluarkan bungkusan lembut. Sehelai tudung hitam. Namun
tudung itu bukan tudung biasa yang dipakainya. Tudung ini besar, berbidang enam
puluh.
Setelah beberapa lama sudah selesa dengan tudung lima puluh inci, dia
mencuba tudung baru buat kali pertama. Ada satu perasaan halus yang menyelinap ke dalam hati. Rasa lebih selamat bila memakainya. Ternyata ayat Allah dalam surah Al-Ahzab
ayat 59,
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu,
dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke
seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk
dikenali, sehingga mereka tidak diganggu.
Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”
“…sehingga mereka tidak diganggu…"
sangat kena dengan apa yang
dirasanya saat itu. Allah Allah.
Benarlah, "Bila Allah mahukan kebaikan dalam diri seseorang, Allah akan berikan kefahaman dalam bentuk agama"
Benarlah, "Bila Allah mahukan kebaikan dalam diri seseorang, Allah akan berikan kefahaman dalam bentuk agama"
Bukan sahaja terasa selamat,
malah dapat mengekang nafsunya untuk ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
Ikhtilat dengan bukan mahram juga, dijaga sebaiknya supaya nanti tidak timbul
fitnah pada agama.
Allah sayang akan dirinya.
Allah sayang kita semua.
Sebab itulah perintah-perintahNya diturunkan, semata melindungi umat manusia.
Allah sayang akan dirinya.
Allah sayang kita semua.
Sebab itulah perintah-perintahNya diturunkan, semata melindungi umat manusia.
…
“Angah ingat nak beli tudung la,
Kak Long”
“Angah dah tengok tudung kat kedai
tudung seberang jalan rumah kak long ni?”
“Belum lagi. Cantik ke Kak Long?”
“Haah, cantik-cantik ngah. Memang
kedai tu jual tudung labuh. Ada website dia kalau angah nak tengok-tengok dulu”
“Oh yaa? Apa nama website tu”
…
Senyum. Rupanya Dia mudahkan lagi
usaha untuk istiqamah memakai tudung labuh dengan menghantarkan Along dan Kak
Long menyewa rumah berdekatan kedai i-NUR Muslim Fashion. Sudah beberapa kali kakinya
menyinggah di kedai hujung di Taman Gombak Ria itu. Alhamdulillah. Segala Puji
Hanya Bagi ALLAH.
...
Hakikatnya, perubahan perlu disertakan dengan kefahaman, bukan ikutan, bukan fesyen dan trend semata. Ramai orang boleh berubah pada zahirnya, tapi yang dinilai di sisi Allah adalah Taqwa. Sejauh mana kita mampu menterjemah kefahaman melalui amal kita sehari-hari. Ihsan dengan Allah di mana-mana.
Menjadi solehah bukan dinilai melalui labuhnya tudung, tetapi melalui pancaran akhlak dan iman. Jujurnya, bukan mudah tetapi harus berusaha!
Betulkan niat kerana Allah, ikhlaskan hati, banyakkan berdoa, semoga kita sentiasa istiqamah di atas jalanNya.
Bertudung labuh bukan bererti sempurna, bebas daripada dosa, tapi salah satu daripada proses mendidik hati, mencari redha Allah.
"Cantik palsu diseri dengan make-up, cantik sebenar diseri dengan iman"-saya
"Setiap orang memiliki pengalaman yang berbeza, dan yang pasti kita semua sedang bertatih menuju destinasi yang sama, inshaAllah" - dia
"Setiap orang memiliki pengalaman yang berbeza, dan yang pasti kita semua sedang bertatih menuju destinasi yang sama, inshaAllah" - dia
Comments
:)
semua orang melalui pengalaman berbeza. tapi menuju destinasi yang sama :D
waalykumusslm,silakan dik :)
akak pun byk kena belajar lagi.
salam perkenalan :D
:)
:D
cantik gegilaaarsss lahhh planninggg Allah. :D