Posts

Showing posts from August, 2010

coretan di pagi hari

Image
bismillahi walhamdulillah. waktu menunjukkan pukul 9 pagi. Ya ALLAH, terlajak tidur, kelas 8.30 pagi. macam mana ni? beristighfar. ....flashback.... deringan jam loceng hadir ke telinga, sudah jam 4. tangan menekan punat off. tidur disambung. Jangan tidur selepas solat Subuh. waktu bergerak. imsak merangkak menghampiri subuh. masih. berselimut. terlajak sahur. bangun solat subuh, Al Mathurat, tidur untuk sesi kedua. terlajak kelas. ....sekarang.... menyesal, menangis, namun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, pasti ada pengajarannya. saya dan kamu, jangan tidur lepas Subuh. walau mengantuk macam mana pun. jangan. juga, niatkan di hati. untuk bangun Tahajjud. Moga Allah permudahkan. note : reminder for me n you. -maan najah fi imtihan utk test Law n Ibm this week.-

perlu kita sedar.

Image
bismillah walhamdulillah. menghampiri 10 terakhir Ramadhan. 10 hari terakhir, pembebasan api neraka. Ya Allah, cepatnya masa itu berlalu. seakan-akan tidak mahu melepaskan Ramadhan. bagaimana puasa kita? bagaimana iman kita? bagaimana ibadah kita? ada penambahan, atau sekadar di situ. tidak ada  bezanya. sekadar peringatan. Ramadhan bakal meninggalkan kita. gunakan peluang-peluang terakhir ini sebaiknya, semaksimumnya. lipatgandakan Ibadah, maksimumkan kebajikan. bangun Qiamulail. mencari malam Lailatul al Qadr. kerana. kita tidak tahu. adakah kita diberi kesempatan untuk menemui Ramadhan selepas ini, di tahun berikutnya. ajal kita bukan kita yang menentukan. bila-bila masa kita akan dijemputNya ke sana. takut? gentar? apa tunggu lagi. j om solat dengan khusyuk. lawan nafsu. dapatkan puasa yang sempurna. bebas dari mengumpat, jauh dari mendengar perkara yang sia-sia. terlindung dari melihat dan melakukan dosa. InsyaALLAH. "berpesan-pesan

ingin ku pegang semangat itu

Image
Bismillahirrahmanirrahim. salam Nuzul Quran kawan-kawan. "malam ni kita buat assignment, after terawih, ok?" "InsyaAllah" malam itu. jam menghampiri 10 malam. keberadaan saya bukan di kolej. menghadiri Iftar di Annexe. satu mesej masuk. -Kawan2, kamu di mana? saya dah ada depan kolej, dari pukul 9 malam lagi - "aaaa..macam mana boleh lupa ada assignment ni..." bergegas pulang ke kolej. dalam hati, "kenapa boleh tak ingat ni.. mesti kawan tu dah 'hot' sekarang ni.. ye la..cakap nak buat, tiba2 takde orang pulak.." takut untuk meminta maaf. takut untuk berhadapan dengannya. namun, setibanya di kolej. Dia sedang duduk TERSENYUM keletihan. tanpa menujukkan reaksi yang kurang senang. saya terkejut. apa yang bermain di minda tadi, hilang begitu sahaja. kagum. Ya Allah..tahap kesabarannya tinggi sekali. kalau saya.. jauh di sudut hati, Ya Allah, ingin sekali aku bersemangat seperti itu. walaupun ujian timbul,

saya sahabat kamu

Image
salam Ramadhan.. pernah dengar pepatah ni? selalu buat masuk dalam karangan BM dulu kan.. ''bila kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan turut merasai wangian haruman minyak wangi.. tapi.. bila kita kawan dengan pembuat besi, kita akan turut sama merasai percikan api tersebut..'' betul ke pepatah ni?? sesetengah orang kata, ala, jangan nilai orang dari segi luaran, nampak je kawan2 aku camni, tapi aku tak terjebak dengan mereka. iman aku kuat lagi.. boleh lawan.. betul ke? tapi, sampai bila? lama-kelamaan, hati semakin merelakan tindakan mereka, apa kita sedar? bukankah tanggungjwab manusia untuk saling berpesan-pesan ke arah kebenaran? bukankah? pelik. dunia akhir zaman. maksiat, dosa semakin diagung-agungkan. sedangkan perkara mahmudah, terasa malu untuk dilakukan. terasa berat untuk dizahirkan. Astaghfirullahalazim. kami memohon keampunanMU.. ''seorang Muslim bertanggungjawab ke atas Muslim yang lain

rasa susah? fikir sekali lagi

Image
bismillahirrahmairrahim. kamu rasa susah? banyak nak kena fikir? nak buka puasa kat mana hari ni? nak sembahyang terawih kt surau ke sendiri? nak study dulu ke nak main bola dulu? dalam kita berfikir, pernah terlintas tentang mereka? mereka makan apa yang mereka ada. sedang kita? kita tidur dengan selesa. sedangkan mereka? Mereka redha dengan ketentuan Allah.sedangkan kita? mencari sesuap nasi. Astaghfirullah. kita terlalu memikirkan kita. terasa kurnian Allah tidak cukup. terasa dunia ini tidak adil. terasa beban yang dipikul terlalu berat. sedangkan Allah menguji hambaNya setimpal dengan kemampuan mereka. sedangkan Allah telah mengurniakan nikmat lebih dari apa yang kita pinta. mengapa kita masih mengeluh?   banyakkan beristighfar. renungkan. apakah kita tidak mahu beryukur? Firman ALLAH ; "bersyukurlah padaKu, nescaya aku akan tambah nikmat kepada kamu" Say 'Alhamdulillah'. All Praises to Allah. Thank You Allah..

jadi tanda tanya

Image
bismillah walhamdulillah. hanya sekadar pemberitahuan. sebarang kata nama seperti ''dia, kamu, mereka'' dan lain-lain, adalah tidak merujuk kepada sesiapa. sekadar penyedap cerita mungkin, hentikan sebarang spekulasi, (ingat awak popular?) *senyum* selamat bersahur. selamat berbuka. selamat berterawih. selamat berqiamulail. semoga diterima segala ibadah sepanjang Ramadhan ini, InsyaAllah.

bila fikiran menembusi papan putih

Image
salam. pandang kanan, menguap. pandang kiri, tersengguk. pandang belakang, senyap. pandang depan, LECTURER sedang bagi kuliah! kenapa ni.. mengantuknya.. rasa macam dah tidur awal semalam. dah bangun sahur. lepas tu tidur lagi. kenapa dalam kelas mengantuk lagi.. saya : senyum. dalam hati, (saya pun mengantuk juga!) bulan biasa : mengantuk, boleh minum air + makan gula2 + makan mentos bulan puasa? jom, kongsi tak nak bagi mengantuk di bulan puasa. satu. mindset + doa. hari ni, saya nak fokus, nak dapat ilmu, utk meningkatkan darjat diri, kerana Allah swt. jangan pulak kata, ''kelas maf la kejap lagi,mesti ngantuk'' akal mempengaruhi tubuh badan untuk bertindak. dua. basuh muka. ambil wudu', lagi bagus. tiga. suruh orang sebelah picit2. perempuan suka buat.. empat. selawat,berzikir. Pahala berganda-berganda. petua saya suka guna : tidur secara cover2. walaupun sekejap. InsyaAllah, lepas tu tak hilang ngantuk dah. petua s

rintihan

Image
masa terus berlari, sedang aku masih di sini. adakah ku punya ruang untuk bertaubat, Ya Allah. ku punya keinginan, ku punya kemahuan. namun sekadar di mulut, takut untuk diluahkan. mengapa? cintakan dunia? pengaruh rakan? persepsi masyarakat? takut. mendengar umpatan mereka. sedangkan mereka juga sepertiku. leka dengan kenikmatan dunia. salahkah untuk berubah? salahkah untuk menjadi insan yang lebih baik? mengapa mereka seperti itu? apa ku peduli? bukan mereka yang memikul dosa ku. bukan mereka yang boleh menarikku ke syurga. bukan mereka yang akan mewakilku saat diseksa azab kubur. pedulikan mereka. kehidupan ini ada pengakhirannya. akhirat alam yang kekal abadi. aku perlu bertindak. berubah. sebelum ajal menjemputku ke sana. Ramadhan. ku kira waktu yang terbaik. sebagai platform. untuk menjadi hamba. mengikut skema Allah dan Rasul. aku nekad. tiada lagi palingan yang kedua. kerana aku tahu. impianku untuk ke syurga, bertemu Tuhanku, Maha Pencipta. Ya ALLAH, aku mohon. a

hati kecil terusik

Image
bismillahirrahmanirrahim. hadirnya kamu. jiwa terusik, bukan kerana harta, bukan jua rupa, tapi apa? merenung jauh. apakah ini dinamakan zina hati? Astaghfirullahalazim. Firman Allah SWT, “ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk” zina hati ni macam mana? bila kita membayangkan si dia, yang boleh menjurus ke arah maksiat. walaupun kita hanya ber-SMS,YM, ber'calling' tak dating, tak pegang tangan, tapi kita tahu kan, semua tu mengganggu hati kita, walaupun tidak bersua muka. kita akan terbayang-bayang dia, kecantikannya, kehensemannya, kelembutannya, sebelum tidur baca SMS dia, ganggu hati kan? rasa seronok kan? Itulah zina hati. bermula dengan satu tompok hitam dari hati, mungkin akan membawa kepada lembah zina yang sebenarnya, Nauzubillah. Hadith Rasulullah saw, ''Allah menetapkan pada setiap anak Adam bahagian mereka daripada dosa zina, dan di sana tiada jalan terlepas daripada itu, Zina

tulis tulis lagi

Image
salam. Allahumma inni as aluka ridho ka wal Jannah Wa nau' zubika min sakhotika wa annar. berdoa penuh tawaduk. moga dikurniakan keringanan dalam melakukan ibadah. sepanjang bulan Ramadhan. InsyaAllah. benar. nafsu orang yang berpuasa begitu kuat. walaupun tiada lagi penghasut durjana, namun hati kecil sering berkata-kata, mencari alasan untuk bermalas-malasan. Astaghfirullah. tugasan yang masih belum disiapkan, kekangan masa, jarak antara ahli kumpulan, hanya satu alasan. banyakkan berdoa, yakin dengan janji Allah, Setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Dengan izin Allah. note :  bahagi masa dengan betul. banyak mana pun kerja, ibadah jangan lupa, ambil keberkatan dalam bulan Ramadhan untuk memperoleh kerahmatan, keredhaan dariNya.

10 hari lagi. ahlan wasahlan.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. 10 hari lagi,kita akan mendengar, ''bangun..sahur..sahur..'' kehadiran 1 Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan, amatlah dinanti.. sekarang dah 20 syaaban. ada 10 hari je lagi nak puasa. betul?  apa persediaan kita utk sambut Ramadhan? siapa nk jawab? 1. makan puas2. sebab nnt tak boleh makan dh... 2. dating selagi ada masa, sebab nnt bulan puasa, kalau dating semua org pandang serong je.. 3. tgk wayang, karoke selagi ada cerita dan lgu yg best. sebab nnt bulan puasa kalu tgk wayang,karouke, pahala boleh jd kurang. YA ALLAH, sape2 yang rasa jawapan mereka adalah seperti di atas, Istighfar banyak2. sedar hakikat penciptaan kita sebagai hamba ALLAH. tak boleh fikir macam tu. tukar mind set kita. seharusnya, kita kena igt,kita kena faham, puasa merupakan satu kefarduan kepada seluruh umat Islam. "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kam