hati kecil terusik

bismillahirrahmanirrahim.

hadirnya kamu.
jiwa terusik,
bukan kerana harta,
bukan jua rupa,
tapi apa?

merenung jauh.
apakah ini dinamakan zina hati?
Astaghfirullahalazim.

Firman Allah SWT,

“ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”

zina hati ni macam mana?
bila kita membayangkan si dia,
yang boleh menjurus ke arah maksiat.


walaupun kita hanya ber-SMS,YM, ber'calling'
tak dating, tak pegang tangan,
tapi kita tahu kan,
semua tu mengganggu hati kita,
walaupun tidak bersua muka.
kita akan terbayang-bayang dia,
kecantikannya, kehensemannya, kelembutannya,
sebelum tidur baca SMS dia,

ganggu hati kan?
rasa seronok kan?
Itulah zina hati.

bermula dengan satu tompok hitam dari hati,
mungkin akan membawa kepada lembah zina yang sebenarnya,
Nauzubillah.

Hadith Rasulullah saw,
''Allah menetapkan pada setiap anak Adam bahagian mereka daripada dosa zina, dan di sana tiada jalan terlepas daripada itu,
Zina mata adalah pandangan,
zina lidah adalah perkataan,
zina fikiran ialah harapan dan keinginan, 
dan hanya kemaluan yang membenarkan zina tersebut atau tidak melakukannya.
(Riwayat Muslim)
 
zina hati,
hanya hati kamu yang yang mengetahui.
hanya kamu yang menyedarinya,
hanya kamu yang mampu mengawalnya.
jom.
bersihkan jiwa,
kalau tiba2 rasa nk teringat kat orang yang kita suka,
cepat beristighfar, cepat berzikir.
jangan terlalu ikut nafsu.

Firman ALLAH,
''Ingatlah engkau padaKu, sesungguhnya hatimu akan menjadi tenang''


banyakkan berdoa,
moga Allah jauhkan diri kita dari sebarang zina, termasuk zina hati, 
juga,
jaga muamalah antara lelaki dengan perempuan.


perasaan suka tidak salah,
tapi bagaimana kita mampu mengawalnya.
Letaklah ALLAH swt sebagai cinta yang pertama,
Serahkan hati kita sepenuhnya kepada Allah,
Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

kita pohon jodoh yang beriman,
namun, kita dulu yang kena jadi soleh dan solehah,


sesungguhnya,
pembinaan Ummah yang gemilang,
untuk melaksanakan syariat Islam,
bergantung kepada masyarakatnya,
dan pembinaan masyarakat yang beriman,
bermula dengan
pembinaan Baitul Muslim.

InsyaALLAH.
sama2 muhasabah diri.

Comments

wan said…
Alhamdulillah, setelah melalui zaman kegelapan, semua perkara ni aku dah sedar. Zina ni sebenarnya ada banyak jenis dan zina mata itu adalah permulaan disusuli dgn zina hati... oleh itu jagalah pandangan mata anda untuk memelihara aklak dan maruah kita kelak...
saya said…
kak cik...
hanya Dia yang mengetahui.
haha.
ipah mengarut,
nak bagi sedap cerita je..
Anonymous said…
alhamdulillah...su terharu

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia, raya dan kakak penulis novel

dia budak biasa, ke sekolah agama.