saya sahabat kamu

salam Ramadhan..


pernah dengar pepatah ni?

selalu buat masuk dalam karangan BM dulu kan..

''bila kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan turut merasai wangian haruman minyak wangi..

tapi..

bila kita kawan dengan pembuat besi, kita akan turut sama merasai percikan api tersebut..''

betul ke pepatah ni??

sesetengah orang kata,
ala, jangan nilai orang dari segi luaran,
nampak je kawan2 aku camni, tapi aku tak terjebak dengan mereka.
iman aku kuat lagi..
boleh lawan..

betul ke?

tapi, sampai bila?

lama-kelamaan,
hati semakin merelakan tindakan mereka,

apa kita sedar?

bukankah tanggungjwab manusia untuk saling berpesan-pesan ke arah kebenaran?

bukankah?

pelik.
dunia akhir zaman.
maksiat, dosa semakin diagung-agungkan.

sedangkan perkara mahmudah,
terasa malu untuk dilakukan.
terasa berat untuk dizahirkan.

Astaghfirullahalazim.
kami memohon keampunanMU..

''seorang Muslim bertanggungjawab ke atas Muslim yang lain'' 

seharusnya,
saya dan kamu kena sedar,
berkawan bersama mereka,
dengan niat,
tarik mereka ke arah jalan yang diredhai Allah,
bukan kita yang ditarik mereka.
terikut dengan dosa.
Nauzubillah.

persiapkan diri,
perbaiki akhlak,
teguhkan iman.
banyakkan bersabar.
kita semua adalah Daie di muka bumi,

Mohon kekuatan dari Nya,
InsyaALLAH, akn dipermudahkan Allah...



note : bi Taufiq wanNajah for the upcoming common test..
maksimumkan usaha, lipatgandakan ibadah.
saya dan kamu, BOLEH!,
dengan izin Allah.

Comments

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

dia, raya dan kakak penulis novel