ingin ku pegang semangat itu

Bismillahirrahmanirrahim.
salam Nuzul Quran kawan-kawan.



"malam ni kita buat assignment, after terawih, ok?"
"InsyaAllah"

malam itu.
jam menghampiri 10 malam.
keberadaan saya bukan di kolej.
menghadiri Iftar di Annexe.

satu mesej masuk.
-Kawan2, kamu di mana? saya dah ada depan kolej, dari pukul 9 malam lagi-

"aaaa..macam mana boleh lupa ada assignment ni..."

bergegas pulang ke kolej.
dalam hati,
"kenapa boleh tak ingat ni..
mesti kawan tu dah 'hot' sekarang ni..
ye la..cakap nak buat, tiba2 takde orang pulak.."
takut untuk meminta maaf.
takut untuk berhadapan dengannya.

namun,

setibanya di kolej.
Dia sedang duduk TERSENYUM keletihan.
tanpa menujukkan reaksi yang kurang senang.
saya terkejut.
apa yang bermain di minda tadi,
hilang begitu sahaja.
kagum.

Ya Allah..tahap kesabarannya tinggi sekali.
kalau saya..

jauh di sudut hati,
Ya Allah, ingin sekali aku bersemangat seperti itu.
walaupun ujian timbul,
dia tahu.
dia sedar.
pasti ada sebab sesuatu itu terjadi.

Astaghfirullah.
insafi diri.

 
jom kita sama2 kawal marah kita,
tenangkan fikiran dengan bersangka baik.
dan S.E.N.Y.U.M
InsyaAllah.
kita boleh buat!

Comments

kiwi said…
huhu..gud luck bwt asgmnt...skrg musim bz ngn asgmnt je
saya said…
betul2 kema..
sebelum cuti raya ni..memang banyak nak kena hantar assignment..
kema pun,
All The Best jgk..
=))

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

dia, raya dan kakak penulis novel