10 hari lagi. ahlan wasahlan.

Bismillahirrahmanirrahim.

10 hari lagi,kita akan mendengar,
''bangun..sahur..sahur..''

kehadiran 1 Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan,
amatlah dinanti..
sekarang dah 20 syaaban.
ada 10 hari je lagi nak puasa.
betul?

 apa persediaan kita utk sambut Ramadhan?
siapa nk jawab?

1. makan puas2. sebab nnt tak boleh makan dh...
2. dating selagi ada masa, sebab nnt bulan puasa, kalau dating semua org pandang serong je..
3. tgk wayang, karoke selagi ada cerita dan lgu yg best. sebab nnt bulan puasa kalu tgk wayang,karouke, pahala boleh jd kurang.

YA ALLAH,
sape2 yang rasa jawapan mereka adalah seperti di atas,
Istighfar banyak2. sedar hakikat penciptaan kita sebagai hamba ALLAH.
tak boleh fikir macam tu.
tukar mind set kita.

seharusnya, kita kena igt,kita kena faham,
puasa merupakan satu kefarduan kepada seluruh umat Islam.
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." 
(Al-Baqarah : 183)


Antara persediaan yang perlu dilakukan untuk menyambut bulan yang penuh kemuliaan adalah :

  • niat puasa.semua org dh hafal? tampal niat di dinding utk mengelakkan terlupa.
  • sentiasa berdoa ''Allahuma Balighna Ramadhan''
  • banyakkan beribadah,berzikir,berselawat ke atas nabi.
  • membaca Al-Quran, bertadarus (istiqamah)
  • banyakkan beristighfar, bertaubat.
  • mujahadah utk bangun malam.
  • memakmurkan rumah Allah seperti masjid, surau, Pusat Islam.
  • ikhlas niat berpuasa kerana Allah swt.
  • baca buku-buku agama berkenaan puasa,penyucian jiwa (refreshment)
  • bersedia untuk mendengar dan memberi tazkirah pada bulan Ramadhan.
  • menghadiri majlis2 ilmu.
  • menjaga mata dari memandang perkara yg dicela agama.
  • pelihara lidah dari bercakap bohong, mengumpat
  • menjaga telinga dari mendengar perkara yang tidak baik.
  • menghindarkan anggota badan lain dari berbuat dosa. 
  • bersungguh-sungguh melawan nafsu
  • berlapang dada dan sentiasa bersabar.
  • jadikan setiap hari dalam bulan ini lebih baik berbanding sebelumnya.
  • menunaikan solat terawih
  • beli stok makanan utk bersahur.
  • bangun bersahur.
hadis Rasulullah SAW : 
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
  • ingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menghadapi bulan Ramadhan.
  • buat checklist amalan sepanjang bulan Ramadhan. 

sama-sama kita mengharapkan,
Ramadhan pada tahun ini akan membawa erti yang besar dalam hidup kita,
kita semua dah besar,
takkan nak puasa macam budak-budak 5 tahun lagi,
kan?

antara kelebihan bulan Ramadhan adalah,
doa mudah dimakbulkan,
terutamanya sebelum berbuka puasa,
dan doa pada sepertiga malam.
10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka. 

semoga di akhir Ramadhan nanti,
kita akan menjadi Muslim yang lebih baik dari semua segi berbanding sebelumnya,
InsyaAllah.

note: peringatan untuk kita.sebarkan.
sumber: sesawang ilmu.

Comments

benar ipah!! sy stuju... bukan time puasa je nak buat baik, bukn time puasa je tak blh buat jahat, kita hrp, bulan2 lain pun diamalkan...inshaAllah... hrp2 ramadhan ni lebih diberkati...amin,
This comment has been removed by a blog administrator.
yana racd said…
kan bagus kalo sy jd mcm awk...

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

dia, raya dan kakak penulis novel