sebab kadang perlu meluah rasa

 Bismillahi walhamdulillah

“Along, nak mamee sikit boleh?”
Angah teringin, tapi along buat muka. Buat angah rasa geram.
Tapi last-last along bagi juga, walaupun angah sempat rasa hanya serpihan kecil makanan ringan itu
Tapi yang tu punnn, errr full setop. The rest is history.
Tapi masa tu angah macam terima je. layankan aje.
Sebab angah, adik along.

Along anak sulung, 3 adik perempuan bawah along, baru mak dikurniakan anak lelaki (alang)
Bila along rasa nak main bola dalam rumah,
Mesti angah yang kena jadi goal keeper
Ingat lagi, along semangat buat chart player2 along, siap ada league sendiri lagi
Perghh . ok dah tau kenapa along dan ‘football manager’, berpisah tiada. Heh
Tapi tak tahan, angah boleh pulak jadi keeper time tu.
Siap practice tendang bola dengan gaya lagi.
Semangat punya pasal.
Sebab angah, adik along.

Masa angah kena marah dengan mak
Along pun ada sama
Along ajak angah nyorok belakang sofa, siap makan biskut raya lagi belakang sofa
Konon dapat hilang sedih sebab kena marah. (?)
Adoi macam mana angah boleh ikut je cadangan along time tu, hehe.
Bila along banyak kali jugak meng’hilang’kan diri (baca:sesat) masa kecik-kecik
Angah sampai tak semangat nak masuk kelas
Risaukan along
Padahal baru darjah 2 time tu.
Hmm emosional sejak kecik. Eh.
Sebab angah, adik along.

Teringat lagi masa mula-mula along bagi ‘hint’ pada abah dan mak untuk naik tangga maratib amal (baca : kahwin)
Kata along, sudah terpikat pada seorang muslimah yang lantang bersuara di aikol (hehe,)
Fuuh hebat hujah yang diberikan along
Nikah khitbah, menjaga diri dsb
Tapi tetap mak abah kurang bersetuju –pada waktu itu
Mungkin along anak sulung dalam keluarga, dan masih belajar
Abah mak simpan harapan yang tinggi pada along

Namun, takdir Allah mengatasi segala
kesungguhan yang along tunjukkan- which seriously angah boleh nampak :)
Untuk galas tanggungjawab yang bukan kecil,
Dan mungkin juga berkat doa along siang dan malam
Allah mudahkan, jalan along ke arah baitul-izzah

Bila along bertukar status, dari along angah ke suami ‘angah’ (kakak ipar pun panggil angah)
Angah pernah rasa dah hilang along
Kecelaruan emosi huhu
Mungkin sebab rapat dengan along
Sampai kadang-kadang orang ingat angah yang kakak. Emm.
Tapi lama-lama ok je, drama je lebih. heh
Kita kan kembar? ;p
Terima kasih along sebab bagi angah hadiah ‘kakak’ yang punya sama nama yang best lagi osem!
dan angah belajar,
kematangan seseorang bukan dinilai pada usia

kahwin masa belajar,
bukan sesuatu yang mudah,
dan bukan juga sesuatu yang payah

asal ada niat yang jelas tentang perkahwinan,
dan Allah diletakkan sebagai matlamat pernikahan
inshaAllah,
akan selalu ada Allah tunjukkan jalan.
:)

dan along dan kaklong dah berjaya buktikan,
something,
which I really adore.

...

Rasa macam baru semalam angah jerit-jerit panggil along dari atas bukit masa along tengah main bola sebab abah nak balik kampung,
Rasa macam baru semalam along dengan sabarnya ajar angah bawak kereta naik bukit kat blok G.
Rasa macam baru semalam angah tengok ‘kool’ nya along sebab tak nangis tengok kaki sendiri yang memercik darah merah dek kerana terjatuh kaca.




2104 May, 7th
Dan sekarang,
Rasa macam tak percaya
Saat along gelabah-gelabah dalam rumah, resah tak tentu arah tak sabar nak tunggu waktu melawat kat hospital,
Saat along mengalunkan hafazan surah Taha, surah Luqman, surah Maryam ketika mendukung ‘little caliph’,
Saat itu juga angah rasa,

‘abang angah dah besar, dah jadi seorang ayah, dah ada tanggungjawab yang lagi besar’

How fast the time flies
Dan sekarang along dah dukung baby, tukarkan lampin baby, mandikan baby.
Walaupun macam kekok pada permulaan
Nampak terujanya along bila dah jadi abi
Nampak semangatnya along bila cerita pengalaman along berhadapan dengan situasi di saat kelahiran baby
:’)

Alhamdulillah.
Allah put us into situation that we can handle,
Always.
Kan along?

Kita tak akan nampak seseorang tu bersedia,
seseorang itu mampu,
unless bila diletakkan tanggungjawab pada bahu mereka.

dan kebergantungan pada Allah,
itu yang paling utama 
:)

Yakin, 
Infiru!
Bersegera dalam perkara kebaikan!





Muhammad Irsyad Hadi bin Mohamad Izzat,
selamat datang ke dunia
yang penuh dengan mehnah dan ujian
moga sentiasa kuat
moga sentiasa jadi anak soleh
saham untuk umi dan abi nanti

moga jadi pejuang agama yang bakal tegakkan islam di dunia

:')
inshaAllah.

untungla irsyad ya, 
jadi cucu sulung
teruja sungguh makngah, makteh, makcik, poklang, pokde, pokbang, mokkak, mokjang dan poksu 
dan paling teruja aki dan wan :D
hewhew

...

Moga Along jadi zauj dan abi yang bertaqwa,
taat Allah dan Rasulnya
yang dapat didik anak-(anak) dengan corak yang membawa bahagia
di dunia,
dan di akhirat sana.
25 tahun dah menghirup udara,
moga dapat galas tanggungjawab abid dan khalifah se-optimumnya
:)
InshaAllah.

untuk kak long,
tahniaaahhhhhh! 
dah jadi ummi
selamat menimba ilmu 
dan pengalaman
nanti boleh turunkan ilmu kat angah pulak.
;p


“Iffah nak cari calon suami yang macam mana?”
Pernah kawan angah tanya masa di sekolah menengah dulu dulu,
Jawab angah,
“nak cari macam along”
*ops, monyet tutup muka*

dan kalau orang tanya lagi soalan yang sama sekarang
mungkin angah jawab,

"jap, eh. nak fikir dulu"
*kenyit mata*


-angah
[mahallahsumayyah, 240514]

Ps; hajat di hati nak buat research proposal. end up buat mende ni pulak. Haissh. Mungkin boleh belanja angah jambu seringgit depan rumah along pasni. kihkih

 p/s/s: irsyad, sebenanya kan, abi yang suruh makngah cte kat irsyad ni. sementara nk tnggu irsyad besar, makngah tulis dalam entri blog dulu la eh. hehe



Comments

timm bill said…
adik mana pun yg rpat dgn abg atau kakak dia, bila diorg dah brkhwin mmg kita akn rsa mcm aku dah xdisyangi lgi..hehe..congrats dpt ank saudara..

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia, raya dan kakak penulis novel

dia budak biasa, ke sekolah agama.