#8: Stop couple, lets married

Salam alykum :)

beberapa hari sebelum along nikah,
mak ada bagi hadiah,
mak kan kreatif macam along jugak, :D

'haa, along pun tak tengok lagi 'hadiah special' dari mak, kan?'


 Oh, yang ni dari adik Naqeeb! :p


perbualan antara adik dan along yang direka oleh... MAK! hehe ;


Januari 23, 2012.
29 Safar 1433 H.

Hari yang sangat cerah,
ropol-ropol awan menghiasi langit,
Subhanallah, sungguh indah!

sempat lagi snap. :)
-Masjid Sungai Rokam, Perak-


"Aku nikahkan dikau... dengan mas kahwinnya senaskhah Al-Quran..."


Tok kadi merangkap kawan baru abah, memulakan penyempurnaan ijab qabul.



saat itu, saya sedar.
along bakal memegang tanggungjawab yang besar,
sebagai seorang suami.

saya pula yang terlebih berdebar,
mungkin pengalaman pertama dalam keluarga,
saya melihat abang segak bersalam dengan tok kadi menanti saat lafaz sakinah.


dengan sekali lafaz, Alhamdulillah :)

termateri ikatan dua hati.
menyimpulkan janji,
saling melengkapi,
dalam misi mencapai redha Ilahi.
<3

The Holy Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) said:
`O young people! Whoever among you can support a wife should marry, for that is more modest for the gaze and safer for your private parts.'

( Marriage quote from Sahih Muslim, Sahih Bukhari)


Barakallahu lakuma :)
"When a man marries, he has fulfilled half of his religion, so let him fear Allah regarding the remaining half."  

senyum :)

"A man marries a woman for four reasons: for her property, for her rank, for her beauty, and for her religion (and character). So marry the one who is best in the religion and character and prosper".

(Narrated by :Bukhari and Muslim)
"Anak pertama, menantu pertama dan anak ke sepuluh :)" -abah
`A Muslim man can acquire no benefit after Islam greater than a Muslim wife who makes him happy when he looks at her, obeys him when he commands her, and protects him when he is away from her in herself and in his property.' 
( Quotes on marriage from Nasa'i)
Alhamdulillah,
a simple, yet a barakah and blissful wedding, inshaAllah.

lagi pun,
mak memang dah pesan awal-awal,
dari kami kecik lagi.
"Nanti kalau dah kahwin, mak tak nak sanding-sanding..."

untuk along dan kak long,
semoga perkahwinan ini diberkati Allah, dan berbahagia sehingga ke syurgaNya.

along,
saya mintak maaf sebab ambik ayat awak tak bayar royalti.
walaupun awak dah kahwin,
saya tetap sayang awak.
sebab, awak 'kembar' saya sampai bila-bila! <3

kak long,
selamat datang ke keluarga kami,
walaupun kita berkongsi nama 'iffah' dan berkongsi panggilan, 'angah',
tapi dalam keluarga baru ni, awak tetap kak long di hati saya !
(cecehh, ayat nak best je kan. ;p)

dan ini, 
gambar yang banyak di'kongsi' di muka buku,
siap ada orang tanya,
"abang awak yang masuk tv al hijrah tu kan?" 
:)

:along dan kak long:
*ha, yang lain start berangan la tu ;p*

jadi awak,
jom.

yang dah ada 'calon' tu,
tak payah nak dating-dating sangat lah,
kita tak nak tambah dosa kan,
bila nak kahwin?


...

p/s: kredit untuk foto-foto, kawan along. :)

p/s/s: jemput datang rumah, untuk kenduri pihak lelaki pula :)

*sila lah menonton Madrasah Akhlak setiap hari Jumaat, Sabtu, Ahad, 8.30 pagi di Saluran Al-Hijrah, Segalanya bermula di sini . ;p* 

Comments

DOMU-KON said…
alhamdulilah.. :)
acik said…
angah,
ada air keluar dari mata.
:(

*sangat terasa nak balik
alhamdulillah..mabrook ! =)
Izzati said…
ohh.. abg nti rupanya. :)
lockhart said…
jeles nya...semoga berkekalan ya...insyaAllah...^^,
saya said…
Alhamdulillah :)

terima kasih atas doa kalian :)
M. said…
nak dating, tapi jauh :)

Allah knows best,
marilah dating dengan Allah

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

dia, raya dan kakak penulis novel