#7: soalnya hati

Assalamualykum :)

Gempar.

kelas kecoh seketika.

beberapa orang murid perempuan mengerumuni seorang rakan mereka,

"eh, betul ke awak kata dalam diri awak ada 'sesuatu' ke?"
tanya  salah seorang dari mereka.

"aah."
murid perempuan yang menggemparkan kelas darjah satu hari itu mengangguk.

"kalau macam tu, cuba tanya 'sesuatu' tu, dalam kelas ni siapa paling cantik?"
tanya seorang yang lain.

masing-masing nampak teruja.
menunggu jawapan.

masing-masing mengharapkan nama nya-lah yang dijawab oleh 'sesuatu' itu murid paling cantik.

"hmm, xyz."
murid yang menjadi tumpuan itu menyebut satu nama.
katanya, 'sesuatu' yang dari dalam dirinya itu yang menyebut nama itu.

dan hampalah yang lainnya.

.
.
.
.
.

ini cerita yang saya ingat-ingat lupa.
tapi beginilah lebih kurangnya,
saya di antara murid-murid yang 'hampa' itu,
13 tahun yang lalu.
;p

pasti tertanya-tanya,
'sesuatu' itu apa?
saya juga tertanya.

kecil-kecil dulu,
pernah juga menyangka,
jin-kah?
haha.
tapi, seakannya mustahil.

namun bila usia meningkat dewasa,
saya terfikir,
mungkin sesuatu itu adalah,

HATI.

Allahu a'lam.


*maafkan kami. mungkin time darjah satu dulu, tak dapat nak takrif lagi bercakap dalam 'hati' tu bagaimana*
hehe


bila berbicara soal hati,
pantas akal memikirkan tentang cinta.
cinta manusia, adam dan hawa.



tapi bukan itu perosalan utama,
ada yang lebih penting lagi.

kerana hati itu wadah utama,
antara rebutan iman dan syaitan.

reflect.


bagaimana hati kita saat ini?
bersihkah dari lompang-lompang jahiliyyah?
penuhkah hati kita dengan cinta kepada Allah dan Rasulullah?

sedih.
kerana kita selalu lupa.
lalai dalam keenakan dunia.

Astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah.

teringat satu hadis,


"Bila Allah mahukan kebaikan atas dirinya, Allah akan jadikan dalam dirinya Pengingat (kesedaran)"

dan pengingat itu adalah, Hati.
hati adalah 'filter'.

bila hati kita hidup,
bila hati kita bersih,
hati akan larang kita dari buat maksiat,
hati akan sentiasa sukaaaaa untuk buat baik.

tapi kalau hati kita kotor,
kita akan rasa cool bila buat maksiat,
rasa menyampah dengan kebaikan.
sebab 'filter' dah rosak,
senang habuk-habuk nak masuk, kan?

mahu minum air dari filter yang begini?

dan kerana itu pentingnya kita untuk bersih hati,
sentiasa.
sebagaimana perlunya kita membasuh filter bio-aura di rumah, eh. 


caranya,
kembali kepada Pemilik Hati.

banyakkan ingat Allah,
solat dengan khusyuk,
baca Al-Quran.

dan jangan pernah tinggal ibadah yang kita pernah buat,
walaupun sekecil-kecil ibadah.

betul,
kita sentiasa diingatkan dengan nasihat yang sama,
dan kini, saya ulang lagi.
dan ulang lagi.
sebab hati kita bukan sentiasa hidup,
kadang-kadang, eh silap.
banyaknya hati kita sentiasa lalai.

T_T

cumanya, jangan pernah takut untuk buat baik.
walaupun sebesar biji sawi!
dan istiqamah-lah.

apa-apa pun yang kita buat,
niatkan kerana Allah,
inshaAllah,
moga-moga Allah terima segala amal ibadah kita.

ameen.
:)

p/s :


peringatan pendek ini saya tulis, untuk ingatkan saya khususnya.
sebab hati kita yang memang banyak sangat habuk-habuk ni, perlu diingatkan setiap masa, kan?


#jom saling mengingatkan! :D

Comments

Fazreen Misbae said…
Dilema dgn hati sendiri sbb selalu rasa hati dan diri tak cukup baik..sebab tu jgk la xpernah berhenti utk jadi yg lebih baik..Insyaallah...

p/s: Thanks ingatkan diri dan hati dgn entri ni... :)
subhanallah..ilham dr Ilahi..
alhamdulillah..terima kasih atas peringatan..
hati ini walau dlm diri kita tp susah nk kawal...
sbb ia bkn milik kita..
ia hanya milik yg Esa.
qila~ said…
hari2 tnya,apa khabar hati saya hari ni ye?? ^^

betul,kena igtkn SELALU kalau tak hati berdebu,huhu..

sem baru n inshaAllah last nk mula dah, mst excited kn? selamat balik kampus!! :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

dia, raya dan kakak penulis novel