adikku yang baik

Assalamualaikum,

sikit-sikit bulatan gembira,
sikit-sikit usrah,
sikit-sikit tarbiyah,
sikit-sikit ukhuwwah,
sikit-sikit akhawat.
siki-sikit ikhwah, eh.

dah takde benda lain ke nak cakap?

grr.
bajet baik betul la dorang ni.
dahla slalu dengan geng dorang je.
dari dulu dengar dakwah untuk semua
tapi..
errmm duk gelak sama-sama sendiri ada la.

ingat orang biasa macam kita ni tak baik ke?
jahat sangat ke?
eh, aku dengar jugak la ceramah syeikh-syeikh dari oversea kat youtube
pegi jugak la talk-talk yang hebat-hebat yang orang duk sibuk organize tuh
aku tahu la pasal kena jaga ikhtilat ni semua
aku pun hafaz quran jugak sikit-sikit
solat puasa semua tak pernah tinggal

perlu ke nak ada beza orang ikut usrah dengan tak ikut usrah?
perlu ke beza nak ada gelaran akhawat, ikhwah dengan orang biasa?
sama je kan?

...

oihh berapi nampak marahnya dik,
sabar.
tarik nafas dulu.

adik,
akak dulu macam tu la.
cuma beza,
adik lagi power dari akak.
akak dulu lagi la. tak tahu pasal ni semua.
sekolah bukan sekolah ada usrah ni
tazkirah hari jumaat macam penah ponteng jugak je dulu. eh.
akak pun pernah la rasa 'aku tak ikut usrah pun baik jugak hapee'

tapi akak rasa 'kewrius' nak tahu
betul ke gembira bila ikut bulatan ni
apa la rasa dia sebenanya

so bila ada kawan macam ajak-ajak
akak macam ok la, join dulu
sebulan dua bulan pertama
ermm biasa je kot
main tarik tali sokmo
kalau ada test esok, malam tu usrah
confirm reply camni
"maaf la akk, esok test"
cliche sungguh.
ada konferens riang sabtu ahad pun
macam chipsmore okaaay
kalau betul tade buat hape kat bilik, tak keluar dengan kawan
baru reply ok.

tapi skali dengaq satu ceramah ni
masa konferens riang kat satu tempat nih
mungkin asbab Allah gerakkan hati (nak nanges)
rasa macam serba tak kena dah

aku
ni
robot
ke?

akak taknak cerita panjang-panjang pasal 'talk' ni
sebab nanti adik tak rasa macam akak rasa pulak
tapi serius rasa resah gelisah

ok selang dua tiga minggu
usrah pun macam biasa, kejap ada kejap tak ada
ok yang 'ada tak ada' tu, confirmlah-akak. heh
dia macam, dah rasa perasaan pelik kat hati ni
tapi macam susah nak buang lagi

tapi satu yang perasan
kakak naqibah asyik duk mesej je
kalau tak kakak naqibah seniri,
kakak naqibah grup lain yang kenal masa konferens riang pun mesej jugak
share hadis,share peringatan, tanya khabar
ermm terfikir jugak,
banyak nya la kredit nak hantar mesej
dahla dua tiga page
dulu takde lagi wasssap2, wichet2 nih

on off on off
sampailah akak ditakdirkan jauh dengan usrah
memang kawasan tu takde naqibah
so takde orang follow up
rasa tau, lain bila tak pegi usrah ni
even kadang-kadang dalam usrah senyap je
tak tau nak cakap apa
(dulu mindset : dalam usrah mesti kena cakap)
rasa kalau wiken tu, macam meaningless sikit la
sebab takde buat apa
dulu boleh jugak join konferens riang,
rindu nak bangun qiam
rasa rindu nak baca mathurat sama-sama
biar tersengguk-sengguk pun (lejen sungguh)
rasa nak bukak puasa makan dalam dulang
rasa nk cipiki cipika dengan geng-geng ni
hmm

bila dah dapat peluang balik join
baru rasa nak appreciate lebih sikit
rasa macam insaf sikit kot bila naqibah semangat datang nak buat usrah, tapi kita cam malas
heh, naqibah pun studeng macam kita jugak okaay?
kalau kita ada esaimen bertimbun
dia pun mungkin ada dua tiga timbunan lagi. haa
murabbi yang kerja , dah ada family lagi la bertambah-tambah urusan nak kena setel
nak reka-reka alasan lagi ke?


so Alhamdulillah
bila Allah nak kebaikan dalam diri seseorang tu,
Allah akan bagi kefahaman melalui agamanya
(maksud hadith)


ermm
tak sama bila pegi program besar-besar 'one shot' yang kadang-kadang kena bayar,
pastu balik rumah takde orang guide,
last-last takde perubahan pung
masa dengar ceramah semangat salin nota
tapi bila dah balik bilik nota pun tersimpan rapi dalam buku
di balik buku-buku di rak buku
takdan nak belek balik nak 'paste' pada diri
:(

sebab ni la lainnya usrah ni
usrah bukan semata nk dapat ilmu baru
tapi sebab nak recharge iman
ada orang akan bantu kita, papah kita bila lemah
sambil kita ambik semangat usrahmate lain untuk improve ibadah kita
improve akhlaq kita
dari situ rasa manisnya ukhuwwah tu

so tu la.
banyak lagi nak kena discover usrah ni sebenanya.
jangan tengok pada yang buruknya dulu,
tapi cuba untuk rasa sendiri.

tapi satu pesanan akak,
kalau dulu adik penah join
pastu rasa macam ada negative perception dengan usrah dulu
jangan give up
cari usrah lain
inshaAllah akan ada yang terbaik yang Allah nak beri

kalau yang pernah join halfway,
contact balik kawan-kawan yang ikut usrah
cuba untuk rejoin balik

kalau yang tak penah,
join la, pleassseeeee
cuba dulu
rasa sendiri perubahan-perubahan yg adik-adik bakal lalui
inshaAllah

doa banyak-banyak
moga Allah mudahkan usaha pencarian kita
nak berubah,
nak jadi baik,
nak dapat redha DIA

sebab akhirnya kita akan kembali pada Dia kan,
kata nak masuk syurga sama-sama?

-kakak

Comments

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN