#sayasayang uia

peliknya uia

bila mana azan kedengaran semua kaki-kaki menuju ke bangunan berkubah biru
yang di dar al hikmah meninggalkan nota, yang sedang sibuk bekerja, turun mengejar pahala

majlis ilmu melimpah ruah, kadang-kadang 2,3 taman-taman syurga dalam satu-satu masa,
bukan main dilema, last-last suruh kawan ke sini, kita ke sana, nanti di bilik kita 'share' sama-sama

majoriti berbaju labuh dan bertudung sempurna
berniqab, berkopiah dan berjubah pakaian utama
tidak kira kuliyyah apa, program mana
semua seperti ustaz-ustazah pada pandangan rakyat biasa

di masjid, kiri dan kanan saling bertegur sapa
default question 'year ke berapa', course apa dan mahallah mana
sehinggalah dah nikah ke belum, anak ke-berapa dalam keluarga!
hebatnya taaruf pelajar-pelajar kita

berjalan ke mana-mana dalam kawasan uia bukan fenomena luar biasa
nun di maryam sehinggalah ke kuliyyah komunikasi di atas bukit sana
mungkin mereka sudah terbiasa, mengambil ibrah hijrah baginda

senyum dan salam tidak mengenal siapa
walaupun seorang berpakaian hijau daya bersih
sehinggalah mereka yang berjawatan kolar biru
semuanya insan mulia mengejar pahala

roti percuma diletakkan di ruang menunggu
ditambah barang hadiah untuk makcik tukang bersih, kiriman terima kasih
gambaran rasa, pelajarnya yang punya rasa cinta pada manusia
tidak kira siapa

indahnya uia

tempat di mana-mana pasti 'islamik' namanya
'mahallah' , 'kuliyyah' , 'waqec'
al-buruj, al furqan, ad-dhuha

alumni-alumni uia semuanya rindu suasana di sini
tidak ada yang kedengaran jemu, apatah lagi benci pada taman ilmu dan budi

...

tapi bertambah pelik,

bila mana ada juga mereka yang tidak manfaatkan sepenuhnya

saat azan berkumandang lepak di kafe masih menjadi pilihan
majlis ilmu bersusun lebih memilih untuk ke mall mall berdekatan
masih menayang betis dan lengan untuk tatapan percuma
ber'futsal' , berjoging tanpa 'tight' ; mungkin mereka terlupa
kaki terdedah, tudung masih di atas dada, mungkin alasan terleka
ikhtilat lelaki perempuan tidak berusaha untuk menjaga
berduaan sehingga lewat malam- bersama bukan mahram
pinggan dan cawan di ruang makan- bersusun, berat tangan untuk dialihkan
di laman sosial, terkadang tulisan cacian dan komen makian
mungkin luahan perasaan
yang lain dari kelompok kita -ditekan
tidak berusaha menjernihkan, tapi menambahkan suasana perpecahan

sayu,
dalam sudut hati paling dalam

...

"takyah nak bajet maksum sangat lah, pelajar uia pun manusia juga"


benar
manusia tidak sempurna
namun, di saat cahaya dan peluang yang luas terbentang
tegar kita masih memilih jalan yang bertentangan?

syukurlah
di luar sana masih beratur mereka yang dahagakan solehah suasananya
tarbiyah tunjang utama
tapi Allah pilih kamu dalam kalangan mereka
dan kamu masih berpaling dengan nikmat yang dikurnia?

mereka dikelilingi suasana yang sangat menguji
mereka tidak ada sokongan sistem tarbiyah seperti di sini
majlis ilmu dibataskan, program hiburan diluluskan
halaqah di surau, masjid tidak mungkin diberi peluang

mujahadahnya mereka untuk mencari ilmu,
mengamalkan islam
demi menjadi muslim yang berpandukan al-Quran

dan kita?

cukuplah
kita duduk sejenak
Allah letakkan kita di sini, ada sebabnya
bukan semata demi ijazah kelas pertama
bukan semata mencari bakal suami/isteri yang solehah luarannya
bukan semata untuk senang peroleh kerja

tapi sebagai alat, pembentukan individu muslim yang sebenar
yang benar akidahnya
sejahtera ibadahnya
berakhlak mulia

yang hidup tujuannya
menjadi khalifah dan hamba

lawanlah perasaan tidak suka
tepislah hati yang nafsunya bermaharajalela
syukurlah sebanyaknya
kehidupan kita ini sekejap cuma

mari jadikan
uia, 
tempat kita
menambah ilmu sebanyaknya
beramal kebaikan sebanyaknya
mengkoreksi diri,
meng'rejuvenasi' hati
untuk kembali dekat dengan Ilahi

bidznillah.



cahaya
untuk mereka yang mencarinya
cahaya
untuk mereka yang menghargainya
cahaya 
untuk mereka yang mengamalkannya


dan moga kita
peroleh 
cahaya

"kadang-kadang memang kena tengok orang luar, pergi kawasan orang, supaya lebih tambah rasa syukur di tempat kita" - saya

"rugilah, bila grad nanti, attitude masih tak berubah sama seperti sebelum masuk uia" - dia


**saya-BAccUnibukanuia
[pemerhatian setelah genap setahun di taman ilmu dan budi] 
#sayasayang uia, walau camana pun, still tak bersetuju dengan keris di pintu masuk :'(

***entri dalam draft tapi hari ni rasa nak publish;p 

Comments

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia, raya dan kakak penulis novel

dia budak biasa, ke sekolah agama.