Ramadhan jangan pergi.

Bismillahi walhamdulillah. 

Deruman motor mat rempit bising sekali di telinga,
Letupan mercun bagaikan ada pertandingan antara taman sini dan sebelah. 

Seronok mereka menyambut malam raya. Tapi betul ke,
Seronok?

:(

Terasa tahun ini rasa sayu meninggalkan Ramadhan,
Bukan seperti sebelumnya yang rasa tidak sabar untuk makan sepuasnya di pagi raya. 
Bukan juga rasa excited untuk bergambar di pagi raya. 
Bukan juga rasa teruja ingin menonton rancangan fofular di hari raya. 

Tapi, apa yang bermain di fikiran,
sepanjang sebulan ini

Graduankah aku dengan ijazah taqwa seperti yang dijanjikan?

Allahu. 

Lagu raya yang dulu mungkin rasa satu keperluan untuk hidupkan malam raya kononnya, terasa semakin menyekit di telinga. 
Terasa seperti lemas dengan muzik yang meyesakkan. 

Seolah gembira ramadhan kian pergi.

Sedangkan yakinkah kita dosa dosa lalu telah diampunkan?

Berjayakah kita mendapatkan malam yang lebih baik dari seribu bulan? 

Nastaghfirullah. 

Maafkan aku. 
Maafkan aku. 
Maafkan aku. 

Ya Ghaffar. 

Ramadhan kali ini banyak menyedarkan, 
Peperangan di Ghazzah antara kuffar zionis dan saudara seIslam, 
Mempertahankan Masiid suci Masjidul Aqsa,

Terjunamnya kapal terbang Malaysia angkara tembakan tidak disengajakan(?)

Banyak Allah mahu kita ambil pengajaran,
Tapi kita masih dalam awangan. 

:(

Ramadhan,
Yang (bakal) dirindui. 

Namun,
Bukan bermakna menidakkan hari kemenangan umat Islam,
Tapi merenung, layakkah kita 'kembali kepada fitrah' sedang usaha beribadah pada madrasah Ramadhan yang tidaklah sehebat mana. Tidak jua sekencang mana. 

Ada culas, ada masa lalai, ada masa menyesal tidak menggunakan sebaiknya. 

Tapi yakinlah,
Namanya manusia. Tidak sempurna. 
Haraplah, 
Doalah,

Moga, Allah terima segala amal kita, puasa kita, doa kita, qiyam kita. 

Moga Allah ganjarkan kebaikan pada sepanjang tahun biiznillah. 

Moga syawal ini kita raikan dengan penuh kesyukuran dalam kesederhanaan. 

Niat untuk kenal saudara, erat silaturrahim dengan lebih lagi,
Bukan hanya 'masuk rumah orang, bukak kuih, sambil scroll gajet' lagi. 

Niat untuk elakkan maksiat,
Tidak mengaibkan yang lain,
Sama sama menjaga adab,
Optimumkan masa untuk saling bermaafan dan berkasih sayang. 

InshaAllah. 
Moga Allah kuatkan kita untuk istiqamah melakukan amal kebaikan dan saling mengingatkan. 

Moga Allah sentiasa suntik hati kita, untuk sentiasa peduli ummah dan tidak hanya sokongan bermusim sahaja. 

Moga tarbiyah ramadhan berjaya membentuk kita ke arah menjadi manusia yang Allah redha. 

InshaAllah. 


Eid mubarak 1435,
Kullu am wa antum bikhair. 

Dungun, Malaysia. 

P/s: maaaaafin yaa. Atas segala kekurangan, salah silap sama ada sengaja atau tidak disengajakan. 

P/s/s: selain dari kena senyum banyak, kena prepare juga jawapan bila saudara mara tanya bila nak 'berdua?' Eh. :p



Comments

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN