sampaikan rindu ini padanya.

Assalamualaikum

[ding]

bunyi tone whatsapp nya pagi itu. terus dibaca. dari teman lama, di universiti.

'Rindu nak berbulatan gembira'

Mesej itu pendek. tapi, cukup buat dia tersenyum.

Alhamdulillah, sekurangnya ada teman yang merasa seperti apa yang dia rasa.

Rindu.

Rindu untuk bertadabbur ayat-ayat cinta,
rindu untuk mendengar pengisian yang zapp terus ke hati dari naqibah dan usrah-mates yang lain,
rindu untuk ke konferens riang hujung minggu,
rindu untuk sharing heart to heart sebelum tidur,
rindu untuk bangun qiam, solat jemaah, kuliah subuh ,
rindu untuk makan bersama-sama,
rindu untuk jaulah, shopping, rehlah bersama-sama.

rindu untuk menatap wajah-wajah akhawat yang bersama-sama berjanji setia untuk mendokong syariatNya dan berpimpinan tangan ke Syurga!

...

rindu yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata, dengan bicara.
cukuplah,
hati-hati itu yang merasa.

walaupun kita tidak lagi dapat berbulatan bersama,
ingat dan sentiasa ingat.
usrah ini adalah salah satu wasilah(cara) untuk kita dekat dengan Allah.

adakah dengan berhentinya usrah, maka tarbiyyah dan dakwah akan turut terhenti?
nauzubillah.

kita mungkin berada di ceruk pedalaman,
jauh dengan bandar yang memungkinkan kita untuk menyambung usrah dan ke daurah,
tapi sifat dakwah dan tarbiyyah itu tidak akan pernah sama sekali bertemu titik noktah!

awak,
walaupun dah tidak ada naqibah untuk semak mutabaah amal kita saban minggu,
tapi amal kita kena terus berjalan,
sebab amal yang kita buat,
kerana Allah.
kita tahu dan sedar kan?

sentiasa muhasabah,

tarbiyyah dzatiyyah kita.
bagaimana solat kita,
berjemaah atau tidak,
awal waktu atau tidak?

puasa sunat isnin dan khamis,
masih konsisten atau dah berhenti sekerat jalan?

bacaan Al-Quran kita setiap hari,
bacaan mathurat setiap pagi dan petang,
masih kita teruskan?

bagaimana pula dengan solat sunat,
taubat, witir, tahajjud, dhuha?

adakah lidah kita basah dengan zikir,
hati kita sentiasa hidup dengan mengingati Allah?

pakaian kita, masih lagi tertutup indah,
atau mula cari alasan untuk terdedah?

ikhtilat kita dengan lawan jantina,
masih lagi terkawal atau mula saling buat tak endah?

bagaimana hubungan kita dengan ibu bapa,
dengan adik-beradik, saudara mara,
kawan-kawan, jiran tetangga,
dengan masyarakat di luar sana.

masih lagi terjalin baik atas rasa dan niat kerana Allah?

[tanya hati]

dan yang juga penting,
dakwah.

kita mahukan islam tertegak di negara kita,
cita-cita kita tinggi untuk menegakkan ustaziatul alam,

tapi kenapa kita buat seolah kita seorang hidup di atas muka bumi ini?
 
'islah nafsak, wad'u ghairak'

perbaiki diri, dan ajak orang lain.

walau apa pun keadaannya, kita tidak akan pernah lari dengan dakwah.
kerana itu tugas kita, sebagai hamba.
masih ingat surah an Nahl ayat 125,

'seru lah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik...'

apa salahnya bila bangun pagi untuk solat subuh,
kejutkan sekali mak ayah, adik -adik lain,
kat pejabat, ajak kawan-kawan untuk solat zohor sama-sama,
lagi best bila dapat ajak dhuha sekali juga,
dakwah itu luas,
dan pelbagai.
cuma atas kita mahu pilih yang mana.
paling penting,
tunjuk contoh yang baik, akhlak yang mulia,
sebab kita sebenarnya adalah ikon islam yang bergerak!

...

inshaAllah,
tertangguhnya usrah, tidak bererti dakwah dan tarbiyyah itu langsung terhenti.
sentiasa didik hati,
banyakkan bacaan ilmiah yang semakin banyak dalam bentuk e-book,
dengar balik recording taujihat,
tengok video-video osem,
join aktiviti-aktiviti kerohanian berdekatan kita,

do keep in touch dengan akhawat, dan kawan-kawan yang solehah.
and also, do keep their names in our du'a.
*ohh ini sungguh sweet*

moga sentiasa tsabat di atas jalan yang panjang ini,
moga Allah lindungi hati kita dari cintakan dunia, dari penyakit wahan.

banyakkan doa.
semoga kita semua berpeluang untuk ke bulatan gembira bersama-sama lagi,
jika tidak di dunia,
inshaAllah di syurga nanti!

:)

Ameen.

p.s : untuk anda yang baca, saya rindu awak, tahu? *err perempuan maksud saya*
kenang dalam rabithah kita, jom!



Comments

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN