bila agenda mencari soleh bermula (ep 1)

Assalamualaikum :)


'Mak dah tak nak tengok angah pakai macam ni lagi..'

err.

saya terkedu.
tapi saya faham.
reaksi emak memang telah saya jangka.
ada nada kesal bercampur teguran pada luahan hati emak.

langkah diatur menuju ke bilik.

'teruk sangat ke saya pakai macam ni?'

ber't-shirt' hitam,
slack putih dan selendang putih dipinkan rama-rama.

normal pada pandangan muda mudi zaman sekarang

err.
bukan.

agak tidak normal pada pandangan emak-emak.

saya akui.
cara saya berpakaian,
dahulunya.
dipengaruhi persekitaran.

ramai yang pakai begitu.
saya juga mahu turut serta.
saya kan remaja lagi,
hidup hanya sekali,
jadi.... kita enjoy!

ok tak.

hambek kau.
enjoy kau kena berleter di emak.
ingat best ke dengar 'komunikasi berkesan' dari emak?

hambek kau,
nak enjoy sangat kat dunia,
kat akhirat nanti macam mana?

tak fikir ke?

dulu.
mana nak fikir lagi.

'bagi alasan'

sampai bila nak bagi alasan ni?
boleh jamin ke awak boleh tengok matahari lagi esok pagi?

hmm?

......

senyap.

ala.

dah takkan nak terus pakai baju labuh,
tudung labuh, handsock, stokin terus?
macam melampau je.

tak,
tak suruh macam tu.

'awak buat selagi mana yang awak mampu dulu.'


awak ubah, yang mana awak mampu dulu,
kek coklat tak akan jadi kalau kita tak start buat, kan?
:)
(nak tengok kek coklat? klik.)

nanti lama-lama,
awak akan faham sendiri,
awak sendiri akan rasa kurang selesa dengan apa yang awak pakai sekarang.
cantik.
of course la.

tapi cantik ke pada pandangan Allah?

.
.
.
'mencari soleh? kita dulu yang kena menjadi solehah'

ini cerita dia

mula-mula.
betul,
tak selesa.
bila pakai baju atas dari paras punggung.
rasa macam tak best je.
ok,
cari baju labuh sikit la.

....

ala,
pakai tudung bawal macam ni,
still boleh nampak leher,
selendang pun banyak yang jarang,
ok, cari tudung yang tak jarang la lepas ni.
malu la orang boleh nampak leher,
dalam Islam pun, Allah perintahkan supaya tak pakai pakaian jarang.

tudung ni pulak nak buat fesyen macam mana eh,
nak pinkan kat atas ke,
macam tak berapa nak tutup dada je.
ok la ok la.
turunkan sikit,
biar fully covered.
baru rasa selamat sikit.
kalau tak rasa macam terdedah semacam je.

...

ermm,
rasa macam dah tergerak nak pakai stoking je,
kaki kan aurat.
mula-mula memang rimas, tak selesa,
tapi kena cekal.
nak berubah ni bukan mudah,
istiqamah-istiqamah,
kita kan ada Allah.
:)

...

ala,
camne ni.
pakai baju kurung kadang-kadang kainnya licin,
terselak sikit,
nampak lengan.
kena pakai t-shirt la kat dalam,
tak pun,
pakai handsock je.
kita kan nak jadi cantik di sisi Allah?
so kena ikut perintah Allah.
...

dan cerita dia tidak terhenti di sini,
kerana dia masih punya cita-cita.
sama seperti kita.
perbaiki diri dari hari ke hari.

ingat perjalanan cerita kat atas ni semudah satu minggu ke?
bertahun-tahun.
sebab perkara yang kita buat,
bila berdasarkan kefahaman,
akan kekal.
dan bertambah baik.
biiznillah.

jika dibandingkan dengan perkara yang kita buat,
hanya berdasarkan ikutan,
terikut-ikut.
hasilnya tidak kekal.
dan mungkin boleh jadi bertambah buruk.
nauzubillah.

jadi 'saya' dan awak,
kekalkan dengan effort awak sekarang,
to change towards better,

yang belum pakai tudung,
tapi Allah dah sentuh hati untuk pakai tudung,
which is verrrrrryyyyy goooodddd (Alhamdulillah)

yang dah mula nak tutup aurat slow-slow,
yang dah mula nak labuhkan tudung tutup dada,
yang dah rasa tak selesa bila pakai baju kecik,
yang dah rasa semakin faham tanggungjawab kita as a muslimah,
yang sedang berusaha untuk mensolehahkan diri untuk mendapatkan pasangan yang soleh,
(ooppss, yang terakhir ni gatal sikit. hehe)

jangan berhenti!
sebab kita semua berpotensi untuk jadi baik,
dan semakin baik,
dari hari ke hari.
syaratnya,
kena faham.
bukan sekadar ikutan semata.

kita sama-sama minta kekuatan dari Allah,
supaya teguhkan hati kita,
takde rasa nak berpaling lagi,
untuk berubah ke arah kebaikan,
InshaAllah.

kalau dalam hati still rasa ragu-ragu,
cakap dengan diri sendiri,
kenapa Allah pilih kita dari banyak-banyak orang yang ada atas muka bumi ni?
sebab satu saja,
sebab Allah saaaaayyyyyyaaaaaannnngggg kita <3


note: masih dan masih berusaha untuk memperbaiki diri. jom sama-sama! :)


note: tajuk agak lalalalala~

Comments

beribiru said…
eh, ada kek coklat la...comelll...ni mesti terkesan dgn vid kek coklat student russia tu kann..hehe

ehhe..ok2..tu bukan tajuk utama..hehe..

betul2..
perjalanan n proses tu panjang.
Allah dah pilih kita.
jgn putus asa.
teruskan mencari.
nikmatnya mmg sgt manis..

selalu kene ingatkan diri..
nk dpt manis tu bukan senang.
dugaan dan godaan tu..amboihhh duk menempel je kt sisi..
doakan kita sama2 kuat ye.

nk bgtau iffah sesuatu..--> sy rinduuuu sgt dgn ramadhan yg lepas..T_______T
taktau kenapa...hmmmm
saya said…
nak balas panjang jugak la. hehe.

memang pun,
sebab kek coklat dalam video tu nampak sangat sedap.
tu yang teringat-ingat ni. hehe.

terima kasih seha,
atas peringatan.
nak dapat manis bukan senang kan?
jom sama2! berusaha! hehehe.

rindu Ramadhan lepas?
kenapa ye? tak nak share?
:)
ifah macam dah boleh agak.. tapi tak tau betul tak.. hmm..
misz eyla said…
episod 1?

makna nye ade lagi sambungan la?
saya said…
syila,

InshaAllah, :)
khayla fadwah said…
komunikasi berkesan..lamo dh xdgr perkataan tu..hehe~

menjadi Muslimah tu ongoing process,kn..tp takut..sebab susahnya nak istiqamah.. :(
Tiara Fazlin said…
i ada usrah kat ireland ni tau, but ur blog ni kan dah jadi my second usrah every week..i always come here everytime ada entry baru..ur my virtual usrah world..thank u.. :)
saya said…
@atie,
takpo, slow2.. inshaAllah :)
kito samo2, ok?

@tiara fazlin,
macam tak layak je. =.='
tp, everything in here is from Him.
Praise only for Him.
:)
iffah pun nak mintak tunjuk ajar dari awak jugak. kita sama-sama, okay?
Anonymous said…
insha'allah..jom same2..:)
saya said…
@anonymous,

jom2! ;)
Anonymous said…
time kasih iffah... post iffah ni byak menyedarkan akak.. huhuhu... suka sgt dgar pndangan org...smpai bila nak berubah...

TQ sgat2 iffah.. moga2 akak akan terus beristiqamah untuk berubah..

~syatila~
saya said…
sama-sama syatila..

semoga kita sama-sama istiqamah :)
af said…
assalamualaikum..

mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis :)

post ni ada persamaan dengan diri saya :)

sedang berusaha untuk menjadi yang lebih baik, insyaAllah.

*rasa macam penah nampak awak dekat fac*
saya said…
waalykumussalam af,

aah, life is about journey of transformation kn? :)

*segan nyaa. ni mesti junior ni kn?*
lain kali tegur je tau ;p
af said…
yep, junior part6. hee
insyaAllah.. segan nak tegur, takut salah orang. hee :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

dia, raya dan kakak penulis novel