Saturday, October 1, 2011

saya bukan baik, tapi...

Assalamualaikum :)

"Iffah, you don't ask me what to do today, cause I don't have things to assign you"
senior awal-awal lagi memberi pesan.

sedih.
nak buat apa hari ni?

esoknya pun sama.
saya mengadap laptop,
"looks like busy"
tapi bukanlah kerja pejabat pastinya,
(mungkin boleh faham sendiri..hehe)

beberapa jam berlalu,
dan mata mulai letih memandang skrin komputer riba,
tetapi mata kembali terbuka apabila bertemu ini ;


'tak sangka enti berubah sebegini rupa'

saya baca ayat itu berulang-ulang,
memandang berkali-kali.
Astaghfirullah,
teruknya saya dahulu,
:'(

teringat kembali perkara yang pernah dilakukan.
banyak.
biar saya simpan sendiri.

mesti orang kata,
"jahat mana lah sangat iffah ni, macam tak percaya je"

haha.
saya percaya,
setiap orang pasti melalui kisah silam yang berbeza-beza.
dan saya juga, pastinya.
:'(


"Iffah aku rasa kalau kau tak campur dengan geng-geng tu kan, aku rasa kau sebenarnya baik"

seorang teman meluahkan pendapat,
beberapa tahun lalu,
ketika saya masih di bangku sekolah menengah.

saya senyap,
tidak tahu respon apa  yang hendak diberi.


tapi satu yang pasti,

saya tidak pernah dan tidak akan pernah menyesal,
akan masa silam saya.

kerana jika tiada kegelapan dahulu,
mana mungkin saya dapat merasakan nikmatnya cahaya sekarang.
Subhanallah! Maha Suci Allah.

Ya Allah, jangan kau palingkan hati kami, 
setelah kau berikan hidayah kepada kami,
sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi.

dan saya tidak mahu hanya saya yang merasa,
saya mahu cahaya itu dirasai kawan-kawan saya juga.

kawan-kawan saya,
tidak pernah ada istilah terlambat untuk berubah.
kita semakin sedar,
kita semakin besar,
kita semakin faham.

kita hidup sekejap sahaja.
kenapa ingin mensia-sia,
dan akhiratlah negeri yang kekal abadi.

"Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan dalam dirinya, Allah akan bagi kefahaman dalam bentuk agama 
(Ad-Din) "

tak kisahlah siapa pun kita dulu,
jahilnya kita dulu,
noob nya kita dahulu,

Allah tidak akan pernah pandang itu,
kerana Allah itu Maha menerima taubat,
Allah kan Maha Penyayang.

"Tidak penting dari mana kita bermula, tapi yang penting di mana kita berakhir"

bila kita dah rasa syahdu,
sayu dalam hati,
rasa nak menangis dalam diri,
rasa nak menitis air mata bila baca tafsir surat cinta dari Allah,
rasa nak sujud lama-lama dalam solat,
mohon keampunan dari Allah,

bersyukurlah.
kerana Allah hadirkan perasaan itu.
Allah dah ketuk hati kita,
Allah dah sentuh hati kita untuk kita kembali kepada Allah.
kembali kepada fitrah,
sebagai seorang hamba.

:'(

sebak rasa di dada.
*tahan-tahan*


"Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak memintanya kepada seorang pun kecuali kepadamu, Rasulullah SAW bersabda :'Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah."
(HR. Muslim)
kemudian, istiqamahlah.


memang bukan mudah,
tapi sentiasa ingat,
Allah ada, sayangku.

sentiasa ingat Allah,
sentiasa baca Al-Quran,
sentiasa bergaul dengan orang-orang yang soleh,
:')

saya sayang kawan-kawan saya,
jom awak,
kita sama-sama buat baik,

saya nak sangat, 
kita sama-sama pegang tangan untuk ke syurga di akhirat nanti,

kita sama-sama  tau.
jadi sekarang,
kalau saya lupa,
cepat bangunkan saya balik.

kalau awak tersasar,
saya akan tarik awak balik.

kita nak sama-sama kan?
sebab,
saya betul sayang awak.
kerana Allah.

ukhwah itu lagi lagi lagi manis kalau 
kita sama-sama ingat Allah, kan?
InshaAllah. <3

"Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mecintai dirinya sendiri" 
(HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad)




p/s : Subhanallah, kagum tengok saing-saing "sek kito jange pecoh-mrsm pc" sekarang. Alhamdulillah... semoga kita kekal thabat dalam perjuangan agama Allah ini, InshaAllah.
untuk kawan-kawan Uitm juga, Alhamdulillah. Lets change towards better okaaayyy?

p/s/s: Terima kasih akhwat-akhwat bulatan gembira, terima kasih krd, terima kasih , terima kasih Allah :)


nota : 
ukhti wahidah adalah sahabat saya di mrsm pc, kelate. seorang yang amat saya kagumi sejak dahulu sehingga sekarang :) *wahidah, jangan marah tau. hihi*

5 comments:

beribiru said...

jazakallah kathir..
terimakasih atas ingatan..
tiada kemanisan lain yg setanding dgn kemanisan iman..
sy juga iffah..
count on me too ya! =)

Si Bubub said...

Assalamualaikum. nice blog. simple yet interesting. sy dah baca entry2 yg lain, tapi bila terbaca entry ni sy rase macam ade beberapa persamaan antara kita ya ukhti... pertama, perubahan dan hijrah diri saudari, kedua kita sama2 ex MRSM pc, klate. batch tahun berape ye? dan ketiga apa yang di rasa di entry ini sangat dekat dengan ape yg saya rase ketika ade sahabat yg bertanya dan berkata: aku takot mendekatimu krana telah bnyak berubah, aku xsangka kau telah pergi sejauh ni...moga ade ukhuwah boleh terjalin akan datang. InsyaAllah..lawatlah blog sy yg terlalu xseberapa dan jarang diupdate.. sy xbuat blog sy diari... moga dapat berukhuwah lg. InsyaALLAh.. biar terus dlm kesederhanaan tp istiqamah dalam keimanan dan ketaqwaan hingga maut memanggil

saya said...

waalykumussalam cik bubub :)

sama mrsm ke ni? hehe. saya batch spm 2007.. awak?

tu la, bila kita dah makin besar, kita mula akan faham sikit demi sikit. dan bersyukurlah dengan kefahaman yang Allah bagi. dan kita niat untuk perbaiki diri dari hari ke hari. InshaAllah.

dah lawat hari tu. update la nnt eh. nnt kita melwt lagiii..
:)

salam ukhwaahh :D

Si Bubub said...

InsyaALLAH. rajin sikit dah update skarang setelah ramai org suruh. saya SPM 2003. owh. im Your super duper senior. plz dun guess my age. =P

Binturuhi said...

Sgt suka dgn penulisn blog nih!! :D

Trimass ats perkongsian. Sgt bermakna untk saya bcoz xde pgalamn sendri.huhu
Bgus laa akk x rse menyesal dgn keadaan dolu2. Seyesly sgt bermanfaat untk org2 yg xpenah tau mcmane yg dirase oleh kalian. *jeles+ kaguum *_*

Truskn menulis >.<
Moga Allah tsabatkn hati2 kita untk stay dan trus spread ad-Deen ini, insyaAllah ^_^

#uhibbukifillah <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...