#2 :kenapa masih tak cinta?

Assalamualaikum :)

Hatinya serba salah.
nak kata dia tak cuba, dia cuba.
tapi perasaan tu tetap tak hadir.
tetap rasa macam dulu.

aarrggghhh.

bila nak buka buku tarbiyyah,
tiba-tiba rasa nak main game dalam handphone,
lagi best layan shootbubble deluxe la pulak...
:(

bila nak bukak you tube,
tengok video-video motivasi,
eh eh. terbukak tab facebook.
berjam-jam pulak lepak kat situ.
:(

kenapa ya?

lagi best dan lagi ingat bila baca novel dari baca sirah pahlawan Taariq, penakluk Andalusia,
lagi tertarik nak baca ruangan gosip artis dari bukak ruangan ad-Din dalam surat khabar,
lagi mudah ingat quote cintan-cintun dari ingat ayat Al-Quran,
:(

dia sedar.
tapi entah,
hati seakan-akan kelu, lesu.

.
.
.
kenapa masih tak cinta?

oh. hati ku. bila mahu berbunga. :'(

dan saya yakin,
bukan hanya dia yang merasa,
tapi kita juga.


kenapa?


sebab,
kita sudah rasa terbuai dengan perkara-perkara buruk.


"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari Akhirat, kami jadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan mereka (yang buruk), sehingga mereka bergelimang dalam kesesatan..."

(An-Naml 27:4)

dan,

kita masih dibelenggu jahiliyyah!
kita masih sayang nak buang sifat jahiliyyah sepenuhnya!

hati kita masih tak cinta pada Allah,
hati kita masih sayang dengan perkara lagha,
hati kita masih berat nak tinggalkan segala bentuk hiburan kita dulu.

mana mungkin hati kita boleh terbahagi kepada dua,
sebab dalam Al-Quran ada sebut,

'Jahiliyyah dan Islam tak akan pernah bersatu!'

"Dan janganlah kamu mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan,dan (janganlah) kamu menyembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya..."

(Al-Baqarah 2:42)



mana mungkin kita dapat merasai halawatul iman, bila hati kita masih tertarik dengan nikmat nya dunia yang sementara?

awak,

awak rasa,
sifat-sifat jahiliyyah tu dapat bantu awak masuk syurga?

tak,
dan
takkan pernah.

ibaratnya begini,
kita nak naik gunung,
tapi kenapa awak masih bawak beg-beg cerita korea, novel cinta, komik naruto dalam beg awak?

lagi memberatkan,kan?
lagi menyusahkan, kan?
lagi payah nak naik gunung kan?

sama dengan kita.


kita nak capai redha Allah,
kena ambil Islam secara keseluruhannya,

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagi kamu!"
(Al-Baqarah 2:208)

tak boleh separuh-separuh,
tak boleh kanan pegang Al-Quran,
kiri pegang tangan 'geli-friend atau 'buaya-friend',
tak boleh satu mata tengok arah kiblat,
satu mata lagi tengok majalah k-pop, eh.


kita nak masuk syurga Allah,
kena ambik Islam secara keseluruhannya,
automatically, sifat-sifat sukakan hiburan kita,
kena kikis sikit-sikit.


macam mana nak buang,
kalau dah sebati?

boleh,

kata,
cinta kepada Allah,
cinta kepada kebaikan,
cinta kepada dakwah.

so,
usaha untuk membuktikan kita cinta kepada Allah juga,
harus kita lipat gandakan.
kenal Allah dengan sebenar-benarnya,
banyakkan dan lebihkan ibadah sunat, selain menunaikan ibadah fardu.
didik hati, didik hati, didik hati!

dan jika perlu,
restrain yourself,
'limit'kan diri kita dari buat perkara lagha!

dan yang paling penting,
ask Allah to give you strength.
make dua everyday, after five times prayer.

Insha-Allah,
lama-lama hati kita makin lembut,
makin senang nak kikis sifat-sifat jahiliyyah yang sebati dalam diri.

kita nak jadi muslim yang bertaqwa kan?

sekarang,
kita pilih,
nak yang mana?

I ke J?
Islam atau Jahiliyyah?
ice-cream atau jajan?
eh.
;p

Comments

adibah bakri said…
suka2..nice sharing akak:)
GR said…
peringatan yang tepat untuk diri. terima kasih
Fazreen Misbae said…
suka this entry..sedang cuba sedaya upaya jauhi segala perkara yg tak penting utk hidup tu... :)
beribiru said…
subhanallah!
terbaik iffah. sy juga.
thanks for the reminding!
Anonymous said…
article ni byk merubah hidup akak. seriusly terasa mcm dpt semangat + ilmu yg amat2 berguna. Bila terasa diri ni lalai lg cpt2 cari + bace article ni. tQ byk2. Semoga Allah berkati kamu dunia akhirat amin

Regard,
ur senior course :PPP

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia budak biasa, ke sekolah agama.

bangun, mencari diri