bila malu mengatasi mahu

Assalamualaikum :)

saya nak beli Majalah Solusi,
saya teringin nak baca,
tapi,
nanti kawan-kawan saya kutuk saya.
mana pernah saya baca majalah macam tu.

saya teringin nak dengar nasyid,
tapi nanti kalau kantoi dengan diorang,
macam mana?
malu la wei.

saya rasa nak sembahyang jemaah kat surau,
dah lama tak pergi surau,
selain dari sembahyang Jumaat,sembahyang raya,
last saya pergi surau bila duk asrama dulu.
tapi kalau nak pergi sekarang,
mesti orang pelik kan?

saya suka juga tengok orang alim-alim.
walaupun saya ni macam jahil sikit pasal agama,
biar saya pernah kutuk diorang,
cakap diorang skema, takde life kononnya.
tapi jauh dalam hati saya,
saya teringin jugak nak jadi macam diorang.


bila baca-baca artikel dalam internet,
terbukak jugak pintu hati saya nak berubah.
tapi,
entahla..

saya pun nak jadi baik juga!
itu jeritan batin saya.

tapi,
mampu ke saya nak berubah?
boleh ke saya nak jadi macam orang-orang lain yang baik tu?
macam tak berapa layak je saya ni.

malam tu,
saya jumpa satu ayat ni.
"didik hati"

untuk didik hati,
kena buat slow-slow,

"kalau awak rasa awak nak buat apa-apa kebaikan, jangan ditangguhkan"

jangan tangguh!
buat je!

nak beli majalah Solusi,
nak dengar nasyid,
nak sembahyang berjemaah,
nak pakai baju longgar-longgar,
nak tutup aurat.

InsyaAllah,
lama kelamaan,
Allah akan buka pintu hidayah kepada kita untuk berada di jalan yang diredhaiNya.

bila awak dh biasa buat pkara-pkara baik,
apa-apa sahaja pkara yang dilarang,
akan ditinggalkan,
tanpa kita sedar.
(maksud Hadith)

InsyaAllah.

Penghijrahan Amir Ruffedge atau kini lebih dikenali dengan 'Amir Munaweer.'
Alhamdulillah :)

untuk didik hati,
jangan sesekali tinggalkan solat.
sembahyang 5 waktu WAJIB!
kerana solat itu asas bagi umat Islam.

didik hati 2,
dengan berzikir.

ada masa senggang sikit,
atas motor nak pg kelas.
dalam bas ke menara,
panjat tangga menara sampai level 11,
kita sama-sama ingat Allah,
selawat ke atas nabi.
paling kurang, kita beristighfar 9 kali selepas solat.
tak susah kan?

didik hati 3,
sentiasa baca kalam Allah,
jangan pernah miss,
walau pun sehelai muka surat sehari.
teringat satu hadis.
'kalau kita tak baca Al-Quran dalam sehari, kita akan tergolong dalam golongan yang lalai'
Astaghfirullah.

didik hati 4,
kita mesti banyakkan doa,
supaya Allah kurniakan hidayah kepada kita,
untuk berubah ke jalan yang lebih baik.
Amin.

jadi,
jangan malu untuk mulakan perubahan,
jangan mencipta berjuta alasan,
jangan bertangguh dengan perkara kebaikan,


tapi,
kita istiqamah dalam setiap amal kebaikan yang kita buat,
bersungguh-sungguh dalam kehidupan,
kerana hidup kita sebenarnya adalah untuk mati.


teringat nasihat teman,
"Tidak penting di mana kita bermula, tapi lebih penting di mana kita akan berakhir." 


sekarang,
jom.
kita start didik hati kita perlahan-lahan.
ok?
:)


note : keep asking ourselves, "kenapa kita hidup di muka bumi?"

Comments

WMI said…
Alhamdulillah, nice artikel. ada kwn2 aku yg nak berubah, so ini la masanya aku nak menjlnkan tnggungjwb dakwah. Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH. Aku pun pernah tersasar dari landasan kebenaran, tapi aku cepat2 tersedar dan tak bertangguh dlm mmbuat kebaikan...alhamdulillah, makin beransur ok wlaupun byk bnda yg perlu diperbaiki...
saya said…
salam WMI,
betul2. ramai kawan2 kita yang nk berubah, tapi kdg2 malu, n lebih fikir apa yg org akn kata. InsyaAllah, bila kita buka laluan untuk cahaya Hidayah tu masuk, Allah akan permudahkan segala urusan kita.

Mudah-mudahan kita sentiasa teguh di jalanNya.

dakwah itu wajib bagi setiap Muslim,kan?

Moga ALLAH redha. :)
khayla fadwah said…
tQ ipah.... :)

most of ur entry rase mcm kne kt diri sy sndri...:)
saya said…
atie.. :)

same2.. ipah pesan kat diri ipah jugok.. atie, update blog! :)
izzatghazali said…
perlu k letak 'beli solusi' ..?
Perindu_Ilahi said…
yes!didik hati,itu yang penting..

terima kasih atas perkongsian, penuh santai dan hikmah..may Allah bless^^

ada masa,jemputlah kesini ^^
saya said…
@along : berdasarkan kisah benar. :)

@perindu Ilahi.

Alhamdulillah, terima kasih sudi singgah. InsyaAllah, kita sama2 menasihati antara satu sama lain.

saya akan ziarah kamu juga!
Bintun Sazali said…
setuju! bila malu mengatasi mahu. semuanya tak boleh buat. Mungkin niat nak buat baik dah ada, tp malu tak bertempat tu jd penghalang utama.

jgn peduli apa kata org, tp peduli pd apa yg Allah perintahkan..[peringatan utk diri sndri]

great post! keep it up! :)
NadjwaRedzuan said…
salam,,
artikel awak da buka hati saya..
saya selalu tak buat sesuatu yang baik tu sebab malu dengan kawan2, atau saudara mara. takut diorang cakap saya buang tabiat. mulai hari ni, saya nak try pedulikan cakap orang.

tq awak.
saya said…
waalaikumussalam najwa :)

Alhamdulillah, kita semua memang fitrah ingin buat perkara baik.

jadi, jangan lawan fitrah. InshaALLAH, segala-galanya kita pohon dari Allah.

semoga kita semua Istiqamah dalam perkara baik yang kita buat. saya pun dalam proses memperbaiki diri jg!

InshaAllah, semoga Allah redha :)

terima kasih sudi singgah, najwa..

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia, raya dan kakak penulis novel

dia budak biasa, ke sekolah agama.