awak tak bosan ke jadi robot?

Assalamualaikum :)

pagi masuk kerja,
lewat petang baru balik,
kadang-kadang jam berdenting pukul 9 malam baru nak bagi salam masuk rumah,
balik, solat, mengaji, makan, bersih diri,
baca buku kejap,
tidur.

rutin yang sama.
diulang.

nak online malam2,
jarang sekali.
nak tulis blog apatah lagi.
sebab tu la,
entri baru tak sempat di'publish',
berkepuk dalam draft,
tunggu masa nak 'expired' je.

tu la.
dia.

lagi-lagi cipta alasan.

:(

busy memanjang,
kononnya 'auditors' life'
beginilah.

sehingga tiada masa untuk mencuri masa.

audit company orang, jangan lupa audit diri sendiri juga! :)

dan hari ini,
sepotong ayat ini.
buat dia terpana seketika.

"bukan ke daie tu harus tersusun hidupnya dan menjaga waktu (10 muwasafat tarbiyyah)"

ya.
dia lupa itu,
muwasafat tarbiyyah.
salah satunya 'Haarithun ala waqtihi'

'menjaga masa'

menjaga masa bukan hanya kita mengaturkan tugas dengan membuat jadual waktu harian dan ditampal di sebelah katil,
dan bukan juga hanya membeli jam loceng hello kitty untuk mengejutkan kita bangun pagi,
dan bukan juga dengan menulis 'dear diary....' sebelum hendak tidur,

tapi ianya lebih dari itu.

kita tahu masa itu penting,
tapi kadang-kadang kita bertangguh juga.

err.
bukan kadang-kadang.
kita selalu bertangguh juga.

kan?

dah namanya student.

baru je nak bukak buku,
facebook dulu, cari mood nak study.
tengok wall 'sayang saya' dulu,
ok.
dah. study.
haha.
gelak sikit.

siapa la yang ajar cari mood kat facebook ni kan?
kalau bukak page ustaz azhar idrus (original), baca tazkirah,
elok juga.

tapi kalau dah bukak 'muka-buku' lima jam,
ceraaaahhh je mata.
tapi bukak buku sepuluh minit,
dah tersengguk,

err.

siapa boleh jelaskan di sini?

hehe.
tak perlu nak tengok orang.
meh tengok diri sendiri meh.

konon takde masa nak study, nak pergi dengar talk, nak sembahyang jemaah, nak baca al-Quran, nak belajar masak (hehe),
tapi sebenarnya ada je,
cuma kita je yang banyak isi masa dengan perkara-perkara yang membuang masa.

Astaghfirullahalazim..

'Masa yang berkualiti bukan terletak pada banyak mana masa yang kita ada, tapi bagaimana kita menguruskan masa yang kita ada...'

jom awak,
kita berusaha,
menguruskan masa dengan sebaiknya.
tak kira lah awak student atau dah kerja,

semua orang diberi masa yang sama.
24 jam sehari dan 365 hari setahun.
tapi mengapa kita masih memberi alasan tidak cukup masa?

kita guna masa yang kita ada,
untuk dekatkan diri dengan Allah,
baru lah bertambah keimanan kepada Dia,
bertambah kecintaan kepada Dia,
bertambah bersemangat untuk kita beramal ibadah untuk bertemu Dia
Maha Pencipta, di Akhirat kelak.
Insha-Allah.

dalam sepotong hadis riwayat At-Thabrani dan Abu Na'im,

Seorang sahabat bertanya:"Ya Rasulullah, bagaimanakah orang yang baik itu?" Nabi SAW menjawab: "Yang panjang usianya dan baik amal perbuatannya." Dia bertanya lagi:"Dan bagaimana orang yang paling jahat?" Nabi SAW menjawab: "Orang yang panjang usianya dan jelek amal perbuatannya"

ha,
pilihlah.
nak jadi yang mana.
orang yang baik?
ataaauuu...orang yang rugi?


"Demi Masa.
Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.
kecuali orang yang beriman, dan beramal soleh,
Dan mereka berpesan dengan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"

(Al-Asr :1-3)

jom awak,
dah tak nak tangguh-tangguh,
dah tak nak buang masa,
dah tak nak bagi alasan tak cukup masa.

memang susah nak istiqamah,
tetapi yakinlah.
selagi mana awak yakin Allah ada bersama-sama dengan awak,
setiap masa,
Insha-Allah, Allah pasti mudahkan jalan kita untuk melakukan ibadah kepadaNya.
dan jangan lupa, banyakkan doa!



p/s : jazakumullahu khairan kathiran untuk awak-awak semua  :)

p/s/s : ini entri saya dulu-dulu : masa itu emas, emas itu mahal :p

*Happy birthday untuk kembar saya. November,10. semalam.

Comments

Fazreen Misbae said…
baru2 ni ada fikir tentang ini juga..salah diri yg malas dan beralasan. Jadi semua kerja pun bertangguh. Cukup je masa tu sebenarnya... :)
qila~ said…
alhamdulliah.. da nak selesai da :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia budak biasa, ke sekolah agama.

bangun, mencari diri