kakak ber'adik' lapan.

Assalamualaikum :)



Mei,2011
teratak 292.

"Angah habis praktikal bila?"

emak bersuara,
memecah suasana kami sekeluarga yang ketika itu sedang enak menjamah hidangan makan tengahari.
#ohh. teringat lauk masakan mak kat rumah. kesat air mata. hehe :)

"hmm. akhir bulan sebelas mak. kenapa mak?"

tanya saya kembali.

"Ohh.. mak due bulan 11 nanti.."

"Ha? mak due? mak....... mengandung ke?"

siapa yang tanya tu?
ya. itulah saya.
kedengaran seperi kanak-kanak berusia lima tahun, kan?

sah-sah mak kata 'due' tadi.
saya tak salah dengar kan?

Mak angguk.

saya agak dan memang terkejut,
tapi reaksi biasa-biasa saja.
tapi dalam hati...

'Angah-nak-dapat-adik-lagi-biar-betul?'

adik-adik yang lain gembira saja.
lagi suka adalah.
ye la,
mereka kecil-kecil lagi.
mestila gembira nak dapat adik lagi!
:)

saya?

saya gembira juga.
namun terselit perasaan bimbang.
saya risau kesihatan mak.
mak dah lebih 40 tahun.
usia yang agak berisiko tinggi untuk ibu-ibu mengandung,

tapi saya percaya,
anak adalah rezeki dari Allah, kan :)

dalam tempoh mak meng'confess'kan yang mak berbadan dua,
sehingga mak melahirkan,
saya banyakkan doa.
tidak putus-putus.
semoga dipermudahkan segala urusan mak,
InshaAllah.

dan saya yakin,
semua ahli keluarga mendoakan kesihatan emak dan baby.
pasti.

namun,
yang menambah rasa takut saya,
tekanan darah emak melebihi paras normal,
menyebabkan emak setiap hari menjadi pelawat tetap klinik kesihatan berdekatan rumah.
pil-pil hadiah dari doktor pastinya antara ikhtiar emak untuk menurunkan tekanan darah.

walau apa jua keadaan emak,
ada seseorang yang sentiasa ada untuk emak.
abah.

lantaran disebabkan kami anak-anak yang meningkat remaja ni sedang berjuang menuntut ilmu di perantauan,
abahlah yang memudahkan kerja-kerja mak,
membasuh baju, menjemur baju, melipat baju,
semuanya abah.
terima kasih, abah :)

abah lah segala-galanya buat emak,
penguat emak,
peneman emak.

Alhamdulillah.

November 3, 2011.
4.30 pagi. sentul.

saya terjaga.
dicarinya henfon,
satu mesej dari emak.

'Buat anak-anak mak yang disayangi, mak telah selamat melahirkan anak mak yang ke sepuluh. baby boy..
Alhamdulillah..terima kasih atas doa yang tidak putus-putus untuk mak...'

begitulah antara kandungan mesej mak.
Alhamdulillah.
syukur tidak terkira dipanjatkan hanya kepada Allah SWT.

'Sempat lagi ye mak taip mesej...'
saya membalas.

dan mak membalas,
'tangan tak sakit. he, he, he'

emak.. emak..
sempat lagi mak buat angah senyum pagi-pagi buta ni.
hehe.

Cuti Hari Raya Eidul Adha,


Along, angah, ateh, dan acik, pulang serentak kali ini.
masing-masing teruja untuk bertemu adik baru.
masih terngiang kata-kata along,

"Ingat senang ke mak boleh lahirkan kita sepuluh beradik?"
dan kata alang,

"Melahirkan anak ni adalah sakit  kedua yang paling sakit selepas sakaratul maut..."

betul along,
betul alang.
mak seorang yang sangat kuat,
Subhanallah.
Hebatnya Allah ciptakan wanita!

punyai rahim yang kuat,
untuk menampung anak didalamnya.
dan kata abah,

'Dalam diri setiap wanita, Allah dah fitrahkan perasaan kasih sayang melalui penciptaan rahim. rahim itu kasih sayang. dan rahim itu juga salah satu nama Allah...'

hampir menitis air mata saya.
membayangkan saya nanti,
dan kita nanti.
adakah saya punya kekuatan seperti emak?
mudah-mudahan.
Insha-Allah.


terima kasih mak, sebab lahirkan kami,
sepuluh beradik,
5 amir, dan 5 ameerah,
kami berusaha untuk menjadi anak yang soleh solehah buat mak dan abah.
inshaAllah.


berbalik kepada cerita.
mak ditahan di wad kerana tekanan darah yang tidak mahu turun.

sehari sebelum hari raya,
Alhamdulillah,
mak dibenarkan pulang.
bersama adik baru.

Maha Suci Allah,
setelah sekian lama saya tidak menimang adik kecil,
inilah kali pertama saya merasai,
pengalaman menimang adik kecil ketika usia saya sudah mencapai angka 2*.
(umur adalah rahsia. :p)
anak kecil ini suci sekali.
tidak ada dosa.

Allah Maha Pencipta. Allah Maha Pemberi Rezeki.
:')

selamat datang ahli baru :)


biar masing-masing agak kekok untuk memangku adik pada mulanya,
tapi kami harus, dan mesti belajar!
kan nak jadi seorang ibu juga satu hari nanti.
gelak kecil.

bila masing-masing sudah besar,
sesi memberi nama untuk adik kecil ini seakan payah sekali,
banyak nama yang dicadangkan.
angah bagi cadangan, si kembar tidak bersetuju,
acik bagi cadangan, along pula yang membantah.
alahai...

untung ada abah,
sehelai kertas bertulis nama cadangan di'print'kan.
dan si kembar abah lantik sebagai 'SPR'
dan kami mengundi nama yang dirasakan sesuai untuk adik,
dan majoriti berpihak kepada....

Muhamad Naqeeb bin Ghazali
:)

buat adik angah,
semoga menjadi anak yang soleh,
dan tidak leka dengan mehnah dan tribulasi kehidupan,
semoga akan mengetuai pimpinan gerakan Islam satu hari nanti,
dan dapat memberikan cahaya kebahagiaan buat keluarga kita,
Insha-Allah.

November 12, 
12.29 am, sentul.

dan saya ketika ini.
hanya satu yang bermain di minda.
'sakit-rumah'.

err. jangan dilayan saya ni.

#muhasabah.
kita pandang saja sekeliling,
semuanya adalah tanda ciptaan Allah.
dan salah satunya,
penciptaan manusia itu sendiri.

Allahurobbi....


'Dan antara tanda-tandaNya (Allah) ialah Dia (Allah) menciptakan kamu daripada tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak..'
(Ar-Rum : 20)
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan 'pati' itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."
(Al-Mukminun : 12-14)




p/s : muka angah masa kecik, sama dengan muka adik! :)
p/s/s : dah jadi kakak untuk 8 orang adik.. Terima kasih Allah...



Comments

beribiru said…
tahniah iffah....sy pernah suatu ketika berada di temoat naqeeb..adik baru untuk kakak2 dan abg yg dah besar2..hehehehe

alhamdulillah..semoga Allah permudahkan segala urusan..

dipermudahkan urusan dan kesihatan mak iffah dan seluruh ahli keluarga..

sy juga turut teruja bila tahu iffah dpt adik baru!!

hehe
DOMU-KON said…
i was like wanna cry when i read this...
Mama nida said…
:)angah,k.nida pn duk pk same mcm angah pk ttg kesihatan mok mase tahu dia preknen dl.tp k.nida bangga ngn mok sb dia kuat,tgk lah skrg dah 10 org anak.betul saat melahirkan smpai btarung nyawa,tp slps anak dh dpangkuan,gembira Allah saja yg tahu..insyaAllah angah pasti akn merasai detik itu <3
Fazreen Misbae said…
Alhamdulillah..seronoknye dah 20++ still ada adik..sy ade ank buah jela..dpt jgk merasa jaga bdk sbb dulu2 tak ingat pun camne jaga adik..seronok duduk dalam keluarga yg besar kan? :)
Tiara Fazlin said…
awwwwwwww congrates! i love babiess!!! teringat tolong assist bersalin dulu! serious bukan senang nak melahirkan....jaga adik baru elok2.. :)
aishahrajindra said…
tembam betol adek ipah..comel2..gram tgk..ni bleh la ipah blajar jage bby..sng skt ble jd mak nnt..hehehe
Hidayah said…
syukur, alhamdulillah. tahniah buat kamu dan triple tahniah buat ibu kamu yg mampu melahirkan 10 org khalifah! =) terigt seorg kwn yg dlm anak sulung,belasan tahun yg sedih mendapat berita ttg ibunya mengandung lagi. Die dah tanak adik , katanya. saya pujuk n katakan tu rezeki Allah...erm. semoga kamu dpt suami sebaik ayah kamu. ameen.
bintu 'ali said…
angah,,jaga adik2 baik2..:)
saya said…
@beri biru,

ohh.. anak bongsu la ni.. mesti best kan ada kakak-abang yang dah besar. dapat financial support yang plg best,kan? hehe :)

@miss domu,

shiraaa.. jange jerit.. :p

@kak nida,
terima kasih.. semoga angah pun boleh jadi kuat mcm mak..insha-Allah..
kak nida dah cukup sepasang dah. bila nak tambah lagi? hehe
saya said…
@fazreen,

aah. seronok! Alhamdulillah.. tapi bila part gaduh, tak seronok sikit. hehe..
dapat anak sedara pun best kan? bila nk dapat anak sendiri? ooppsss. hehe

@tiara,

oh. you medic kan? no wonder.. so how's the feeling assist orang deliver? teruja nak tau. hehe.

@ecah,
adik ipah comel mcm ipah kan? haha. tak ke? hehe. tula. nanti jadi baby sitter la nanti..
saya said…
@hidayah,

terima kasih. betul2. rezeki tu Allah yang bagi kan?..
Amin.. part suami tu ipah suka tu. :)

@bintu ali,
baik-baik. Insha-Allah :)
princess said…
bsetnye iffah . boleh practice jadi mommy kan : )
saya said…
@mel,

meh jalan-jalan rumah kita! tengok baby :)

@ain,
haa, tu la. ain bila nak jadi mommy ni? hehe

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia budak biasa, ke sekolah agama.

bangun, mencari diri