dan monyet itu bersuka ria


berjalan menuju ke mahallah
butang power pada hp nya dibuka
ada missed call
dari rumetnya

sekeping mesej masuk.

'Iffah, there are so many monkeys in your room. Sorry, I don't know what to do' - Rihana

langkahnya terhenti
monyet.. lagi?

belum reda dengan igauan monyet yang 'melawat' bilik bulan lalu,
ada pula kawan mereka yang ingin ziarah sama

akal ligat memikirkan apa lah makanan-makanan yang ada di bilik sebagai 'santapan tetamu istimewa'

ohhhh!

kuih raya.
dan kerepek-kerepek raya

yang niatnya ingin dijamu pada kawan-kawan nanti
excited terlebih, mungkin kerana kuih yang dibuat sendiri
*walaupun  terlebih bakar sikit heh*

langkah dicepatkan
diminta rumetnya membukakan pintu biliknya
takut
sekiranya ada lagi seekor dua yang masih 'bermain' di dalamnya.


alhamdulillah,
..

dari tingkap biliknya
tudung merah kosong dilihatnya sepi
baru saja tadi beberapa ekor monyet sibuk berebutkan balang putih
biskut raya sudah tidak kelihatan,
hanya tinggal habuk-habuk kuih itupun mereka ingin habiskan sehingga habuk yang terakhir. adeh.

'sedap rupanya'
as certified by .. monyet uia (?)
haha

bukan rezeki,
ada yang lebih baik inshaAllah.

tidak mahu dibayangkan ramainya, lamanya mereka bermain
langsir yang jatuh, lantai, meja yang..


sahabatnya dari tadi mengemas meja,
dan dia membersihkan lantai
masing masing senyap sahaja
mungkin sahabatnya dipalit rasa bersalah kerana terlupa untuk menutup tingkap
sebelum mereka keluar tadi,
mungkin juga memikirkan apa respon yang bakal diterima

kesabaran sedikit sebanyak teruji
bukan salah dirinya, tapi sahabatnya yang lupa
namun, untuk menarik muka atau menyalahkan
tidak akan pernah memutarkan masa lalu.
dan ianya bukan penyelesaian terbaik.

"Iffah gi solat asar dulu eh"

..

malam itu,
sementara menunggu makanan kafe tiba,
satu soalan yang tidak disangka
keluar dari mulut sahabatnya


"Iffah, apa kaitan iman dengan akhlak kita eh?"


Allah,
di saat kau uji dengan kesabaran, hari ini juga kau hadirkan dia dengan teguran.
:')

biarpun soalan itu mungkin tidak merujuk pada kejadian monyet petang tadi
tapi baginya, Allah mahu dia belajar sesuatu

hatinya berlawan sendiri.

'kalau betul tarbiyah ramadhan yang dilalui, di mana letaknya prinsip iman sebagai asas penilaian?'
'kalau betul taqwa yang diperoleh, adakah sebegitu nipis nilai kesabaran?' 
'kalau benar beriman hanya pada Dia, tidakkah percaya pada rukun yang keenam- sesuatu yang terjadi dengan izinNya?'

Allah,
farghfirli
:'(


Sahabat di sebelah masih menanti jawapannya.

"errmm. apa maksud Imah?"

sengaja dibiarkan soalan dijawab soalan, untuk lebih kepastian

"contoh.. macam mana nak tahu orang ni tinggi ke rendah iman dia? ada indicator ke?

"ohh, macam Imah bagi tau tadi, boleh tengok melalui akhlak orang tu"

"ermm macam mana pulak orang yang tinggi imannya, boleh berakhlak baik?"

perghh soalan rasa nak tembak diri sendiri, seakannya.

dirinya merasakan,
'macam mana nak bagi seseorang tu still berakhlak baik walaupun bila diuji?'

"Iffah rasa, erm  mungkin sebab dia sentiasa sedar Allah perhatikan dia. sebab tu segala perbuatan, sangat dia jaga..


.. sebab dia takut Allah tak redha dengan dia"


ihsan, (sedar Allah)
dan taqwa (berhati-hati)

itu yang terlintas dalam hatinya malam itu.


alhamdulillah,
terima kasih Allah,
atas kurniaan segala.
teguran yang Engkau berikan
dan ujian yang buat kami lebih dekat denganMu.

..

moga bulan-bulan yang berlalu selepas ramadhan ini
yang diakui lebih perit dengan pelbagai ragam kisah negara dan seluruhnya

dapat kita lalui hasil daripada tarbiyah ramadhan -- yang membuahkan taqwa.
.. akhlaq kita, amal kita, muamalah kita.

bukan kembali kepada kita sebelum ramadhan
nastaghfirullah

untuk sahabat yang dicintai fillah
terima kasih untuk setiap soalan yang ditanya,
yang pasti akan terkena dirinya

'moga Allah merahmati'

moga petunjuk Allah,
sentiasa diberikan
untuk kita semua.

inshaAllah.


"dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa
...(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit,
dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan kesalahan orang lain.
dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan..."

[Ali-Imran 3 : 133-134]



ps; mesej dari group whatsapp pagi tadi dibaca, seakan kenal tulisan panjang ini. mengenai iman dan hati. ditulis satu ketika dahulu, dan Allah hantarkan kembali buat dirinya. Allah, tarbiyah dariMu tidak pernah henti dan terasa malu sendiri. rasa terpanggil untuk berkongsi, kerana Allah. benarlah, menulis bukan semata untuk mengubah hati manusia di luar sana, tapi lebih kepada meng'koreksi' hati sendiri.

pss; salam syawal ke berapa ya? 22 syawal mungkin. moga Allah terima segala amalan soleh, dan sepanjang tahun berada dalam kebaikan, inshaAllah. normal la kan dekat uia monyet masuk bilik? ;p



"Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar :)" - dia


Comments

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN