#reflection: Ibu Yusroh yang dirindui

Bismillah,

Ummi Yoyoh Yusroh,
yang dicintai
yang dirindui

saya tak kenal Ummi, 
tapi saya nak sangat jumpa ummi di syurga nanti

saya nak bisik pada ummi
terima kasih sebab jadi inspirasi
sebab kisah ummi hidupkan hati-hati

saya tak pernah taaruf dengan ummi,
tapi saya tahu ummi sangat dicintai Allah
sampai ke hujung nyawa pun
ummi tetap senyum 
sebab dapat pulang pada Pencipta dengan jiwa yang Allah redha
dan ummi ada bekal untuk dipersembah pada Nya

yaAllah 
teringinnya 
:')

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam SyurgaKu"

dari dulu
Ummi aktif dalam politik kat sana [baca : indonesia]
sebagai ahli DPR
Dewan Perwakilan Rakyat
tapi tak sesekali pun ummi jadikan tanggungjawab sebagai penghalang
malahan
ummi bertambah rapat dengan Allah
ummi sempat baca Quran tiga hingga 5 juz sehari kalau bukan bulan Ramadhan

Allah muliakan ummi
dikurniakan zuriat yang ramai
13 putera puteri soleh solehah
mashaAllah

terfikir juga dengan anak yang ramai
tanggungjawab yang besar
bukan hanya pada keluarga
malah umat seluruhnya
tapi ummi mampu laksanakan sehabis baik
bijak mencari kualiti masa bersama keluarga
tidak ada hak-hak yang terabai

ummi didik anak-anak 
semata kerana redha Allah kan?
sebab ummi memang betul ikut celupan Allah

ummi tak tinggal penyusuan ibu
walau ummi sibuk
walau ummi boleh saja guna susu formula
tapi bila Allah nyatakan dalam Quran
itulah yang terbaik bagi insan
di mana lagi yang boleh dinafikan

dan dalam masakan juga
ummi sangat titik beratkan 
harus tidak ada MSG yang membahayakan 
masak di rumah
kerana kata ummi,

"Rahim seorang wanita harus dipersiapkan untuk menghasilkan generasi yang terbaik. Jadi, makanlah hanya sesuatu yang halal dan thayyib"

dan hasilnya 
anak ummi ada yang hafaz Quran
anak ummi dengar kata
sebab dari dalam kandungan
ummi dengarkan Quran
ummi latih dengan Quran
ummi besarkan anak-anak dengan Quran

dan pastinya
ada sokongan yang kuat dan hebat di belakang ummi
ummi ada zauj yang bertaqwa
yang sangat sabar, membantu ummi
yang sentiasa bagi sokongan pada ummi kan?

biar ummi tidak pernah kenal siapa Pakcik Budi saat dinikahkan
tapi dengan penuh keyakinan pada Tuhan

"[jodoh] pilihan jamaah dan pilihan Allahitulah pilihan ummi"
ummi terima dengan
hati yang merelakan
sebab perkahwinan itu
membawa keberkahan

ummi redha dengan abi yang tidak punya banyak harta
dan ummi tidak pernah melawan
kerana ummi dan abi
sama-sama punya tujuan
untuk raih redha Tuhan

bila ditanya anak-anak ummi
tentang kesibukan
jawapan ummi

"kalau ummi hanya duduk di rumah, manfaat akan diperoleh keluarga kita saja, tapi bila ummi aktif di luar, ummi dapat memberi manfaat pada umat yang ramai" 

cara fikir ummi jauh sekali
ummi pernah berjuang pemakaian hijab di sekolah indonesia
ummi pernah ke Palestina menjadi wakil negara
ummi berjuang untuk membantu ibu tunggal dan wanita
dan ummi antara yang terawal dalam penubuhan 
Partai Keadilan Sejahtera

saya tidak pernah kenal ummi,
tapi saya dapat bayangkan
sosok ummi yang sentiasa bersemangat
yang sentiasa mengalirkan kekuatan
ringan tulang
suka memberi pada ramai orang 

membuatkan ramai yang cair dengan sentuhan ummi
subhanallah

ummi optimumkan waktu pagi
ummi selalu shoum (puasa) sunnah
ummi mengamalkan pemakanan sunnah -jintan hitam (habbatussauda') 
antara rahsia ummi

dan,

"sebab ummi tak pernah tinggal tahajud"
begitu kata anak-anak ummi

ummi pulang rumah jam 2 pagi
dan ummi masih boleh bangun untuk tahajjud

sekalipun ummi ada anak kecil
ummi letakkan anak ummi di sebelah
ditukarkan pampers siap-siap
dan ummi lantas solat

bila anak kecil terjaga
dipeluknya ummi
ditepuk-tepuk
dan anak kecil kembali lena

subhanallah
seakan dapat bayangkan 
betapa Allah jaga ummi
sebab 

"Ummi sentiasa jaga Allah"

Ihfazillah, yahfazka 
(HR Tirmidzi)

di saat banyaknya amanah ummi
ummi tidak lepas untuk membawa halaqah binaan
dan ummi akan pastikan setiap binaan yang dibawa
mampu untuk menjadi generasi pelapis gerakan dakwah

akhlak ummi dengan jiran-jiran 
akhlak ummi dengan khadimat (orang gaji)
akhlak ummi dengan ahli jemaah
akhlak ummi dengan teman-teman DPR
akhlak ummi dengan semua yang melewati ummi

semuanya menyenangkan, semuanya menenangkan

sosok ummi yang sentiasa memaafkan
yang sentiasa memudahkan 
yang sentiasa sabar
sentiasa syukur
sentiasa redha 
dengan setiap hal yang Allah tentukan

Allah,

dan pulangnya ummi ke pangkuan Tuhan
satu kematian yang menghidupkan

ramai yang akan menjadi saksi,
betapa ummi sudah manfaatkan seluruh kehidupan ummi pada dakwah
pada Islam, pada jemaah

dan cinta ummi pada dakwah, pada Allah
melebihi cinta ummi pada apa pun.

"saya ingin menjadi agen Rahmatan lil alamin" -ummi

ummi,
semoga terus tenang di sisi Ilahi
moga Allah ampunkan dosa-dosa ummi
rahmati ummi.

berehatlah,
sebab pesan ummi

"di dunia ini, bukan masanya untuk berehat. kita berehat sepuasnya di syurga nanti"
inshaAllah.

dan kami yakin,

saat ini ummi pasti juga tersenyum sedang menunggu kami!
di syurga
:')

Al-fatihah
Ummi ku sayang
(1962- 2011)

,,,dan saya mahu jadi seperti Ummi,

"Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka (ada pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)..."
[al-Ahzab, 33:23]


kredit : buku pinjam dari bilik Farah, jzkk! :D

ps: helaian demi helaian yang penuh makna. buat tersenyum dengan kebaikan ummi, walau tidak pernah bertentang mata dan merasai. dan buat akal merenung dengan amal sendiri yang ternyata lebih sedikit berbanding mereka yang jauh mendahului. Allah,

farghfirlana yaAllah. 
tsabbit qulubana ala deenik.




"antara sebab kenapa suka baca kisah manusia, 
kerana dari mereka mengalir semangat luar biasa..." -dia

Comments

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN