keputusan dah pun keluar.

Assalamualaikum :)

merungut.

tak kena itu.
tak kena ini.

Hujan itu rahmat :)

panas salah.
hujan pun salah.

mulut dah start muncung.
geram la kononnya.

ingat cantik ke perangai macam tu?

tahu.
tapi buat-buat tak tahu.

sedar.
tapi buat-buat tak sedar.

sudah-sudah la.

tak dinafi,
manusia selalu begini.
dalam Al-Quran pun dah cakap.

"Sungguh manusia diciptakan bersifat suka mengeluh, 
apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah,
dan apabila dia mendapat kebaikan, dia jadi kikir " 

(Al-Maarij : 19-21)

tapi.
kena ingat.
tak boleh macam tu.

orang tengok pun tak cantik.
muka makin berkerut.
hati kita pun dah mula gelap.

syaitan apa lagi?
terus-terusan menghasut.
tambah lagi geram dalam hati kita.
lama-lama jadi hamba yang kufur pada nikmat Allah SWT.

Astaghfirullahalazim.

cepat.
sedar.
sedar.

berhenti merungut.
kita cuma hamba.
kita tak punya kuasa.

berhenti mengeluh.
setiap yang berlaku,
ada sebabnya.

segalanya dalam penentuanNya.
Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.


jangan sombong.
Bagaikan sang merak yang indah bulunya.
tapi tidak mampu terbang ke angkasa.


jom kongsi.
Tips dari ayat dalam surah Al Maarij.
tak nak kita tergolong dalam hamba Allah yang kikir.

1. laksanakan solat

2. menginfakkan harta ke jalan Allah.

3. percaya akan hari Pembalasan

4. takut terhadap azab Allah.

5. memelihara kehormatan diri

6. memelihara amanat dan janji

7. berpegang teguh dengan syahadah.


check balik diri.
kita di tahap mana.

bila tips-tips ini kita boleh buat.
telah Allah janjikan ganjaran Syurga buat kita.

InsyaAllah.
berhenti mengeluh,


banyakkan istighfar. 

Moga Allah kasih. ;D


*note : kenapa tajuk tak berkaitan dengan entri?
:) 
tahniah acik, 9A PMR 2010!

Comments

SumaiyyahAbidah said…
As usual, ringkas tapi padat.

Biasalah manusia, yang ada di depan mata tak cukup, yang tak ada juga yang kita nak. Mungkin perasaan syukur dengan nikmat Allah belum betul2 bertapak di hati.

Tahniah kepada acik (adik agaknya?). Teruskan usaha, cemerlang dalam exam biar cemerlang juga dalam iman dan akhlak! :)
qila~ said…
salam.

kdg2 terrlepas ckp. niat x mau mrungut terrmerungut juga,cpt2 istighfar :)

owh tahniah acik! adik kmu kaa?
fyda razak said…
terima kasih atas nasihat yg berguna bagi memperbaiki lagi akhlak diri ini sbg sorg muslimah :)
saya said…
salam kak cik,
betul. kita masih tak mendalami perasaan syukur pada tuan kita.

aah. acik tu adik saya.

ok, terima kasih singgah ;)
saya said…
salam qila dan fyda,

terima kasih ziarah. :)
datang lg ye.

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia, raya dan kakak penulis novel

dia budak biasa, ke sekolah agama.