yang sebenarnya

Assalamualaikum,
Bismillahi awwalu walakhiru.

entri entri sebelum ni,

kecemasan
oops privasi

cerita sedih, cerita kecewa, cerita nasihat.
pernah terfikir kenapa?
mungkin ada yang tahu,

saya, 
sebenarnya..................................


babak satu.
di persimpangan jalan,
deretan kereta tika itu.
ingin melintasi jalan.
kereta kiri kanan mulai surut.
kereta hadapan mula bergerak langkah.

dan saya,
tidak semena-mena menurut kereta hadapan.

"awak tak nampak ke tanda berhenti kat depan tu?"

.................................................................................

babak dua
di persimpangan juga,
mula berhati-hati,
angkat brek tangan,
masuk gear satu.
tiada kenderaan kira dan kanan,
saya mula mengorak langkah.

namun, tiba-tiba..
Vroooommmmmmmmmmm.

"awak tak nampak ke motosikal tadi?"

.......................................................................

babak tiga
kereta bergerak normal.
kelajuan sederhana,
tangan kemudian, memberi signal.
memasuki lorong kanan.
sedangkan, simpang yang sepatutnya dibelok,
beberapa batu,
masih jauh di hadapan.

"awak ni pandai bawak ke tak?"

...........................................................................

saya sebenarnya konfius,
tak ingat jalan, mungkin.
ditambah dengan keseriusan muka 'Tester'.
oh.
perlu ke pakai cermin mata hitam tester ni?

awak semua dah boleh teka?

sebenarnya,
saya kandas ujian jalan raya.
:(

di rumah,
dua tiga hari teringatkan perkara yang sama,
air mata seakan laju keluar.
duduk sorang-sorang teringat.
kawan-kawan tanya,
jiran-jiran tanya juga,
ahhh.
kenyataan itu memeritkan,
tambah-tambah, kawan yang ambil sekali,
semua dah lulus.

hasutan negatif kadang-kadang menjengah fikiran,
perlu ke memberi 'duit minum kopi'
untuk saya lulus?
seperti yang dilakukan calon lain.

kini,
perkara itu dianggap biasa,
untuk confirm lulus,
hulurkan saja not kertas 50 ringgit malaysia.

argghhhhh.
tak boleh. tak boleh. tak boleh fikir macam tu.

memberi dan menerima rasuah itu haram.

tolong...
jangan bagi saya fikir macam tu lagi.
macam mana ni?

emosi ketika itu, sangat 'down'.

namun,
ubat penyembuh perlu dicari.
tidak mahu selamanya begini.

1.
pastinya 'Love Letters from Him' dibaca dan dihayati.
saya sedang diuji.
Allah nak tahu sejauh mana pergantungan saya padaNya.
saya kena sentiasa SABAR.
sebab Allah bersama orang-orang yang sabar :)

2.
saya 'Google' siapa yang senasib dengan saya.
juga, artikel di IluvIslam saya baca,
Alhamdulillah, artikel yang dikongsi sedikit sebanyak memberi kekuatan.

3.
mak abah terus-terusan memberi dorongan.
kata mak,


"jangan putus asa, Allah tak suka orang yang putus asa"
"takpelah, angah cuba lagi, InsyaAllah."

abah pun,
tak jemu cari artikel 'bagaimana untuk lulus test JPJ'
post kat facebook.
untuk saya baca.

Terima Kasih Mak, terima kasih Abah.

4.
saya akui kelemahan saya, saya kurang ingat jalan. sebagai inisiatif, saya lukis ini :
pen merah : tanda amaran. (hehe)

lukisan saya tak cantik ;(

5.
pastinya, doa.
kerana doa itu senjata bagi orang mukmin. doa itu satu bentuk usaha juga kan?

hari itu,
28 disember 2010 hadir jua.

saya ingat pesan cikgu, pesan mak, pesan abah.
baca selawat ke atas nabi,
sepanjang jalan, saya berdoa.
saya bertawakkal.
Mudah-mudahan Allah permudahkan.
tester di sebelah hanya diam memerhati.

dan,
setelah selesai,
test card ini dihulurkan oleh Jpj,
kepada saya.

Alhamdulillah ;)

bab akhir.
pengajaran yang saya dapat dari cerita di atas adalah ;

yang pertama.
kita mestilah yakin, bahawa Allah sahaja tempat kita bergantung dan berserah diri.
yang kedua.
kita haruslah tidak berputus asa dengan ujian Allah dan jangan takut untuk bangkit buat kali kedua.
kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
yang ketiga.
kita juga perlu ingat yang kita tidak selamanya berada di atas, ada kalanya kita akan berada di bawah.
yang keempat,
jangan menyalahkan takdir kerana setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
dan yang terakhir,
ingat, bila kita rasa kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. jadi, bersyukur atas segala kententuan dari Nya.

sekian,
saya akhiri dengan serangkap pantun. ;)
(teringat bercerita zaman sekolah rendah)


note : yang belum ambil lesen, jangan risau. InsyaAllah. Mohon dipermudahkan olehNya.
Lulus selalu!

note-note : jangan takut untuk naik kereta yang dipandu oleh saya. :D 

Comments

-n0n0- said…
yeaaa... adek dh ade lesen.. ley bwk kak jalan2.. =)
acik said…
angah sayang...
tahniah ye..

acik blom ucap lg..maaf

jgn sdey2 lagi.
6ti hntar acik pergi skool ye..
heheh
:D
Iman_Inside said…
thniah iffah..alhamdulillah..kite sme..ssh nk ingat jln jgk..tp edah xamik g lesen..t boley le dtg umah selalu ye..heehe
umi Hamraa said…
salam..

terima kasih kak, acik, edah :)

jom kak. adik bwk kak. nok g mano kito? hehe
Pencacai Alim said…
aku pon nk ucp thniah jga
ima said…
ipah, mcm mane kalau dgn hanya senyum, tb2 org tu luluskan kte.kononnya nk tolong..sdgkan kte xde pn nk rasuah2 bodek2 dia..
so 'senyum' jatuh dlm kategori rasuah ke?

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN