1 + 1 = 2

Assalamualaikum :)

salam  1 Muharam 1432 Hijrah.

dah naik satu tahun Hijrah.
sedar ke tak sedar ni?
atau baru je sedar time TV pasang doa akhir dan awal tahun tadi?
atau sedar sebab esok cuti umum maal hijrah?
atau sedar sebab baca status kawan dekat 'facebook'?
atau masih buat-buat tak sedar?
:)

ye la,
tahun Hijrah,
bukan Masihi.
tak de la besar sangat 'countdown' nya.

tak macam New Year.
kat TV, mesti ada movie countdown.
cerita-cerita best pulak tu. ('pejabat-kotak'!!)
wajib setiap tahun.
tidak dilupa,
mesti semua orang heboh pasal azam tahun baru.
paling kurang,
sambut Tahun Baru dekat jam besar,

ini contoh jam besar yang boleh berdenting.

lepas tu,
tepat jam 12, wish dekat semua orang "selamat tahun baru'' (sambil jerit-jerit)
tambah pulak,
ada artis nyanyi-nyanyi.
bila dah lelaki bercampur dengan perempuan,
semua boleh jadi.

Astaghfirullahalazim.

kalau tahun Hijrah,
apa je yang ada kan?
paling kurang,
mesti ada cerita TV satu dua yang bermesejkan perubahan ke arah yang lebih baik.
ada siaran langsung sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan,
(mesti rating penonton sikit)
bagi penghormatan untuk tokoh maal hijrah tahun ni
atas jasa dan pengorbanan beliau.
dan semestinya,
ada ceramah-ceramah mengenai Hijrah Nabi Muhammad SAW
selain bagi kefahaman kepada umat Islam mengenai hijrah.

kamu yang baca ni?
tahu dan faham erti hijrah?
(nyanyi sikit lagu awal Muharam)


saya cakap pasal siapa ni?
kita la.
kita.

kita selalu begitu.
lebih kepada kebaratan. (bukan lebih tapi sudah semuanya)
sistem kalendar, kehakiman, perundangan, pembelajaran, cara hidup, dan semua. (speaking london)

ikut trend barat,
disanjung.
up to date dan open minded katanya.
(globalisation la katakan...)

kalau lebih-lebih pasal agama,
dikatakan menjurus kepada politik.
mengancam keamanan negara.
(kelakar)

ini namanya,
dunia akhir zaman.

kita ?
kita berada di jalan mana?
tak tahu lagi nak ikut jalan mana?

senang je.
pilih,
nak pahala nak dosa?
nak syurga nak neraka?

"Aku tinggalkan 2 perkara, yakni bila kamu pegang 2 perkara ini, kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya"

itu pesan Rasulullah.
tahu 2 perkara tu?
kita berbalik kepada,

Al-Quran dan As-Sunnah


InsyaAllah,
sama-sama kita betulkan niat,
sempena tahun yang baru,
peningkatan angka satu,
menjadi 1432 Hijrah,

kita akan jadi baik.
kita nak jadi baik.
kita  boleh jadi baik.

ikut perintah Allah SWT,
dan tinggal laranganNya.

semua orang fitrahnya sama.
nak buat kebaikan.

tapi,
jangan berubah 'drastically',
tapi Istiqamah.
walaupun kebaikan itu dilihat kecil.
tapi besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

pilihan diberi,
kita yang tentukan.
Dengan Izin Allah. :)

note :
dah baca doa akhir dan awal tahun?
siapa boleh sebut bulan-bulan Hijrah dapat gula-gula. siapa nak try? :)

Comments

Anonymous said…
saya tau..
muharam, safar, rabiul awal..... (nyanyi)
acik said…
acik ni... ;)

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN