bila nak balik ni, abah?

Assalamualaikum. (^.^)

Along mula mengenyit mata,
angah membalas.
ateh tersenyum simpul.
acik dan alang mula tidak panas duduk.
uda juga begitu,
menghirup titisan air teh yang semakin kehabisan di dalam cawan.
si kembar tidak habis-habis lagi mengeja akhbar lama yang mungkin bertarikh 2 tahun yang lepas.
hanya adik yang lena.
tidur di pangkuan emak.

yang lain mula bosan,
abah buat-buat tidak nampak,
emak juga.
menyambung perbincangan yang berhenti dek kerana si kembar yang berebutkan surat khabar.

bila nak balik ni abah?
mereka bertanya sendiri.
mereka bosan sebenarnya.
ziarah ke rumah kawan abah dan yang emak sakit,
bukan kehendak mereka.

mereka dahaga, mereka lapar. mereka letih.
ingin pulang segera ke rumah,
nasib baik tuan rumah memahami,
dihidangkan biskut jagung untuk dicicah bersama air teh o.
emm. sedap juga.

kelihatan abah mengusap-usap bahu pak cik yang sakit,
memberi semangat, pasti.
berdoa di dalam hati,
semoga pak cik ini cepat betah.
"jom la kita koho-koho*"
emak bersuara sepatah,
mencetus senyum kesembilan, eh silap.
kelapan beradik (Amalin tidur :))
mereka faham.
ayat emak menandakan waktu untuk pulang ke rumah semakin hampir.
dan pastinya, along yang tersenyum lebar.


bila awak sakit, saya juga akan turut merasa sakit.
kerana ikatan antara Muslim dan Muslim yang lain adalah saudara:)

melawat orang sakit seperti menduduki sebuah rumah di syurga.
mereka tidak tahu ini.
ingin diceritakan kepada mereka.

Hadis Rasulullah SAW
"Apabila seseorang Muslim itu menziarahi saudaranya yang sakit atau menengoknya, maka Allah berfirman : 'Engkau telah melakukan yang baik, dan engkau telah menduduki sebuah rumah di Syurga'."

MasyaAllah,
hebatnya ganjaran Allah kepada kita yang menziarahi orang-orang sakit.
sepanjang kita berada di rumah sahabat dan saudara yang sakit, diibaratkan ketika berada di sebuah rumah di Syurga!

Sabda Rasulullah SAW lagi,
"Sesiapa yang menziarahi orang sakit, duduk ia dalam kebun syurga hingga apabila bangkit daripadanya diwakil denganya 70,000 malaikat meminta ampun baginya  sehingga malam"

Subhanallah.
betapa Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita untuk menziarah orang yang sakit.
siapa tidak mahu malaikat mendoakannya sehingga malam?

kawan sakit, ada kita ambil peduli?
"Siapa tahu kenapa Aidil tak datang kelas?""entah puan. demam kot." 
hari ini dia sakit, kita tunjukkan keprihatinan kita,
tanya khabar, ekspresikan simpati kita,
doakan mereka.
esok lusa, bila kita yang jatuh sakit,
InshaAllah, mereka pula akan menziarahi kita,
mereka pula akan mendoakan kita.

bukan dengan cara,
"ha, tipu la tu. buat-buat MC. padahal nak ponteng kelas FAR." hihi

kita. begitulah. bila paradigma ini akan berubah?

jom kita!
ziarahi saudara mara, sahabat yang sakit,
jangan beralasan bermacam-macam,
ingat pesan nabi, ingat. Allah amat memuliakan orang yang menziarahi orang yang sakit.
jadi, jangan ambil remeh.

ambil peluang untuk menginsafkan diri,
doakan sahabat semoga cepat sembuh.

semoga kehadiran kita, kepekaan kita pada mereka,
menambah kemanisan dalam hubungan persaudaraan yang terjalin.
hanya kerana Allah.

baru kita akan dapat merasai keindahan seperti menduduki sebuah rumah di syurga dan malaikat juga akan mengampuni dosa kita sehingga ke malam!
InshaAllah.
^_^


p/s : kredit untuk majalah Anis, April 2011.

p/s/s: kisah di atas adalah kisah separa benar. hihi

p/s/s/s : *koho-koho = beransur ansur pulang. :)  (saye orang ganu kite)

Comments

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN