untuk kamu, calon zaujku.


Assalamualaikum :)


Buat kamu yang aku tidak ketahui siapa :

Salam buat bakal suamiku.
Harapanku, semoga kamu sentiasa di bawah lindungan Allah SWT,
Tujuan aku menulis bukan kerana ingin menyatakan aku cinta pada mu,
Bukan juga kerana aku sudah rindu padamu,
Tapi aku menulis kerana aku ingin kamu tahu,
Kamu hanya untukku.

Zaman ini, di mana-mana sahaja.
Tidak kira di library, di café, di pusat membeli belah, di restoran makanan segera,
Dan di mana-mana sahaja,
Pasti akan ada pasangan ‘couple’ yang tidak halal berdua-duaan.
Bergurau senda, memadu kasih,berpegangan tangan,
Langsung tiada rasa malu.
Bila sudah rindu, mereka mula melayan perasaan,
Ber’call-calling’ sehingga kehabisan tambah nilai.
Mereka beranggapan itu sudah menjadi kelaziman,
Mereka mula mencipta dunia ‘cinta khayalan’ mereka.
Mereka tidak takut dengan larangan Allah,
Melarang mereka mendekati zina seperti dalam surah Al-Isra’.
Astaghfirullah.
Beri mereka peluang bertaubat Ya Allah…

Zaman moden ini juga,
Pergaulan bebas sudah sebati,
Tidak kira siapa, lelaki dan perempuan sama sahaja.
Tangan tampar-menampar dianggap biasa,
Katanya ‘bergurau’. Ahhh, alasan sahaja.
Mereka lupa peringatan Allah.
Lelaki dan wanita yang bukan mahram haram bersentuhan.
Astaghfirullah.
Beri mereka kesedaran Ya Allah.

Zaman dunia tanpa sempadan ini juga,
Teknologi kian mendominasi,
Setiap dari kita pasti berurusan melalui teknologi,
Pasti mempunyai paling kurang satu akaun laman sosial,
Facebook contohnya.
Namun banyak dari mereka menyalah guna,
Post gambar-gambar yang tidak sepatutnya,
Post status yang lebih bersikap kebudak-budakan dan
Tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan.
Mereka mengeluh, mereka bangga meletakkan gambar tidak menutup aurat,
Mereka lupa setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita lakukan di akhirat kelak.
Astaghfirullah.
Beri mereka keampunanMu Ya Allah.

Zaman akhir zaman ini juga,
Fesyen anak muda, hatta yang berusia,
Mula kembali ke zaman Jahiliyyah.
Mereka memulakan kembali fesyen dahulu,
Bermula fesyen tudung bersanggul tinggi, pakaian yang jarang, legging dan inner,
Tidak lupa,kawan-kawan sejantina denganmu
Seluar pendek menampakkan lutut ketika bersukan.
Apa mereka fikir mereka ‘hot’ dengan pakaian sebegitu?
Mereka lupa di akhirat nanti,
Pasti ada yang lagi ‘hot’ yakni neraka.
Nauzubillah.
Beri mereka cahayaMu Ya Allah.

Zaman sekarang juga,
Hilang sudah sifat keperimanusiaan,
Kita hanya mementingkan diri,
Orang tua langsung tidak diberi hormat,
Orang tua zaman sekarang ‘sporting’ katanya.
Sudah tidak perlu diberi keutamaan,
Sedarkah mereka, kita juga akan menghadapi hari tua?
Astaghfirullah.
Beri mereka petunjukMu Ya Allah.

Zaman modenisasi ini juga,
Banyak dari kita yang lupa akan Tuhannya,
Mereka bangga kerana dilimpahkan rezeki yang banyak,
Nikmat yang pelbagai,
Menjadikan mereka sombong dan tidak tahu bersyukur,
Jarang mereka melaksanakan solat, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji,
Mereka sibuk mengejar harta dunia yang sementara.
Mereka lupa akan ada kehidupan yang kekal abadi iaitu alam Akhirat,
Astaghfirullah.
Beri mereka HidayahMu Ya Allah.

Pasti, kamu tertanya-tanya,
Apa kaitannya dengan kamu semua ini.

Baitul Muslim :)

Harapan aku,
Kamu tidak akan jatuh dengan perangkap arus kemodenan zaman ini,
Kamu tegar melawan nafsu dari menarikmmu ke lembah maksiat,
Kamu tidak tergolong sebagaimana mereka,
Sentiasa menjaga iman walau di mana kamu berada,
Tidak membuang masa mencari ‘cinta palsu’ yang tidak halal,
Kerana perasaan cinta anugerah Allah ini hanya untuk bakal isterimu, yakni aku.

Menjaga Ikhtilat dengan kawan-kawan perempuanmu,
Sentiasa menyedari Allah sentiasa melihat perbuatan umatNya,
Menggunakan teknologi seadanya,
Tidak menayangkan sesuatu yang tidak sepatutnya di laman sosial.
Sederhana dalam berpakaian,
Dan sentiasa menghormati orang tua.

Namun, sekiranya kamu salah seorang seperti mereka,
Segeralah bertaubat,
Ingat, Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Menerima Taubat.

Aku bukan mengharapkan segalanya sempurna,
Cukuplah kamu tahu menjadi imam dalam solatku,
Cukuplah kamu akan bersama-samaku dalam menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini,
Cukuplah kamu sedar kepentingan dalam menuntut ilmu,
Ilmu dunia dan Ilmu Akhirat,
Cukuplah bakal suamiku seorang yang ‘skema’,
Skema mengikut peraturan Allah dan Rasul,
Melaksanakan perintah Allah, dan meninggalkan laranganNya,
Yang boleh membimbingku ke Syurga, InsyaAllah.

Buat sahabat-sahabat wanitaku,
Mari kita persiapkan diri menjadi solehah,
Setiap dari kita pasti inginkan lelaki seperti bakal suamiku juga dan lebih baik lagi,
Sebelum kita mendapatkan yang soleh,
Kita dahulu yang harus menjadi solehah.

 Aku yakin,
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat juga.
Itu janji Allah SWT dalam surah AnNur, ayat 26.

Bakal suamiku,
Sudah panjang warkah yang ku tulis,
Sekadar peringatan kita bersama,
Sebagaimana aku sedar dan berusaha menjaga diriku hanya untuk kamu,
Kamu juga perlu berbuat yang sama,
Aku simpankan rasa cinta ini hanya untuk kamu, bakal suamiku.

Buat masa ini,
kita simpan dahulu rasa cinta, 
kita salurkan kepada yang berhak dahulu,
Ayuh kita  mencari cinta Allah, cinta yang kekal abadi,
Dan InsyaAllah,
Andai ditakdirkan Allah,
Kita pasti bersama, diijabkabulkan atas nama cinta yang dilimpahkan Allah buat kita.
satu hari nanti.
InsyaAllah.


Mencari Redha Ilahi,

Bakal isterimu.

Comments

nurIman Abdul said…
salam iffahku cyg..

nk zauj cmtu jgk..haha

semoga dikurniakan yg terbaek...

n..

thumbs up..peringatan bersama..:)
Mama nida said…
insyaAllah adikku..

sama2 kita mbimbing dari yg baik kepada yg lebih baik..

Semoga hijab menjadi pakaian kita..
Kesucian menjadi amalan kita..
Kesopanan menjadi perhiasan kita..
Doa menjadi senjata kita..
Zikir menjadi siulan kita..
dan Syurga menjadi tempat kita ;)
saya said…
salam~

peringatan kita bersama.
keep on reading :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia budak biasa, ke sekolah agama.

bangun, mencari diri