kerana saya ada...

Assalamualaikum :)

Kelas Arab terakhir.
Ustaz mundar mandir,
mencari ayat, menyusun bicara.

"jangan sia-siakan apa yang kamu belajar,
jangan berhenti belajar Arab setakat ini,
cuba-cubalah untuk praktis untuk mahir dalam bahasa Arab"

InshaAllah, ustaz.

sayu sahaja suasana kelas terakhir ini.
Murabbi saya ini tenang sekali,
sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap yang dilakukannya.
memberi teguran, merangsang anak-anak murid untuk menjadikan bahasa Arab satu bahasa yang mudah dan seronok untuk dipelajari.

jujurnya, bahasa Arab itu seronok :)
*Uhibbuki al-lughatul 'arabiyyah*

ustaz suka bercerita,
pengalamannya belajar bahasa Inggeris, pengalaman anaknya, dan berbagai-bagai lagi.
namun, ada satu cerita buat hati saya tersentuh, tersentap sedikit.
cerita Ustaz bertemu seorang mualaf.

"kenapa kamu masuk Islam?"

mualaf itu menjawab ;

"kerana saya ada Allah."
satu jawapan ringkas sahaja,
tapi mendalam maksudnya.
satu pengakuan ikhlas yang terbit dari hati,
bukan secara dibuat-buat.

betapa satu perkataan itu,
buat kita tertunduk malu,
terfikir mencari kebenaran kata-kata.


"kerana saya ada Allah."

Astaghfirullah. terasa malu sendiri.

sedang Mualaf ini sedar Allah,
tapi kita yang telah 20 tahun Islam ini,
adakah kita sedar Allah?

adakah kita rasa satu perasaan 'indahnya' dan 'asyiknya' dalam islam,
sebagaimana mualaf ini rasa?

tanya sendiri.
jawab sendiri.

manisnya Islam sebenarnya.

“Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.” [Ali Imran:19]
kata-kata sayang bukan hanya di mulut,
kalau sayang, tunjukkan sayang itu bagaimana.
kembali kepada fitrah :)

kata ustaz :

jangan sia-siakan Islam ini,
kerana di Akhirat, kita yang rugi.

muhasabah.

tanya diri sendiri.
apa perasaan kita bila menyebut,

"kerana saya ada Allah."



  • andai kita tak rasa apa-apa : 

Istighfarlah.
hati kita sudah parah sebenarnya.
perlu kepada rawatan kecemasan,
minta pada Allah untuk gantikan hati yang baru.
segeralah, carilah rasa itu dengan mendekatkan diri kita pada Allah.
U-turn kepada fitrah, yakni, kembali kepada Islam.
InshaAllah, andai ada kesungguhan kita untuk mencari manisnya Islam,
pasti Allah akan tolong kita.


  • andai kita rasa sedikit-sedikit tersentuh :


beruntunglah, kita sebenarnya masih mempunyai hati,
tapi perlu dibersihkan hati itu.
sentiasa beristighfar, dekatkan diri dengan Allah,
didik hati kita untuk buat baik.
bermujahadah dalam melawan nafsu.
gandakan amalan-amalan kita untuk suburkan kembali hati itu.
pada Allah kita sandarkan segala sesuatu.


kita : sudah kesuntukan masa
Dunia ini sudah berada di akhir zaman,
bumi kita ini sudah tua,
Malaikat Izrail bila-bila masa bakal menjemput kita.

tanya diri,
*baca nama masing-masing, biar bagi rasa sikit*

Nurul Iffah Ghazali,
adakah sudah bersedia untuk ke alam sana?

Ya Allah...
Aku memohon keampunanMu...



p/s : Ustaz Lutfi, terima kasih :)
*uhibbuki : saya suka

Comments

SumaiyyahAbidah said…
Sayang bila teringat 5 tahun belajar bahasa Arab tetapi tak diteruskan. Walau bagaimana pun rasa bersyukur diberikan peluang...

"kerana saya ada Allah..." memang ayat yang menyentuh jiwa :)
saya said…
kann? ayat yang sangat menyentuh jiwa :'(

InshaALLAH. moga diberi kesempatan untuk belajar bahasa Arab lagi..

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia, raya dan kakak penulis novel

dia budak biasa, ke sekolah agama.