sarang hae yo (girl version)

Assalamualaikum.

untuk : awak yang pernah hadir dalam hidup saya.

awak, awak sayang saya tak?

kalau awak sayang,
awak takkan nak berkenal-kenal dengan saya dulu,
mintak-mintak nombor,
cara awak tu pun dah tunjuk awak memang tak serius dengan saya.
just nak main2 je dengan saya.


kalau awak betul sayang,
awak takkan minta couple dengan saya dulu,
awak just nak tunjuk dekat kawan awak yang awak pun 'ada-orang-nak-juga',
kenapa la mudah sangat saya masuk dalam perangkap cinta awak...



honey, sayang I tak?

kalau awak sayang saya,

awak mesti tak text saya just nak cakap awak rindu saya,
awak takkan ajak saya ber-YM, chatting, 
tambah-tambah bila saya tengah exam,
awak duk bermesej-mesej lagi,
saya nak study,
terganggu la saya, awak...

abang, abang sayang ayang tak?

kalau awak sayang,
awak mesti tak call saya malam-malam untuk cakap awak sayang saya,
awak mesti tak kacau time maghrib saya,
saya baru nak mengaji, awak dah call,
mengadu saya itu ini,
awak pun belum sembahyang lagi time tu kan,
macam mana awak nak pimpin rumah tangga kita nanti?
masa mengaji, memang la saya mengaji juga,
tapi hakikatnya,
ingatan saya pada awak,
berdosanya saya...


kalau awak sayang saya,
awak takkan ajak saya keluar kan,
keluar tengok movie, makan Carl's Jr,
main bowling,
dah la kita berdua je,
awak bukan suami saya lagi,
kenapa saya kena ikut awak?

papa, papa sayang mama tak?

kalau awak sayang,
awak takkan bagi chocolate,teddy bear, ros merah kat saya,
awak takkan post atas wall saya yang mengarut-ngarut,
<3? memangla bila awak post tu, hati saya berbunga-bunga,
tapi, facebook kan social network, semua orang boleh tengok,
kadang-kadang saya malu juga,
ramai la orang baca,
tak perlu la macam tu awak,
kita takde ikatan yang sah lagi,
setakat couple, tak bermakna awak akan jadi suami saya nanti.

you.. you sayang I tak?


kalau awak sayang,
awak takkan ambil kesempatan atas saya kan,
awak sengaja nak pegang tangan saya,
mula-mula memang la 'ter',
tapi lepas tu,awak selamba je main pegang-pegang,
lepas tu nak pegang pinggang saya pulak,
eh eh, tu belum lagi jadi suami saya,
tangan awak mula gatal miang keladi dah,

saya tak suka semua tu,
tapi kenapa awak buat jugak?

surat cinta pertama dan terakhir  :'(

awak,
dah la,
saya tak nak dah semua ni.
saya dah tak nak 'sayang' awak tu lagi.


kalau betul la awak sayang saya,
masa mula-mula awak tengok saya, 
mesti awak dah jatuhkan pandangan awak,
awak mesti jauhkan diri awak dengan saya dari dulu lagi,
sebab awak takut terpengaruh dengan hasutan syaitan,
syaitan tu musuh utama manusia kan.
hasutan syaitan sangat halus kan awak.

kalau betul awak sayang saya,
awak mesti doakan saya terpelihara dari maksiat,
bukan semakin ajak saya buat maksiat,

awak memang tak sayang saya.
kalau betul awak sayang saya, 
kenapa awak semakin heret saya ke neraka?
Astaghfirullah.

awak,
saya minta maaf,
tapi saya takut dengan Allah, Tuhan kita,
Allah larang hubungan kita macam ni,
saya nak cari redha Allah,
saya takut azab Allah di Akhirat nanti.
saya takut.
saya betul minta maaf.


awak, 
kalau betul sayang saya,

awak jumpa mak ayah saya,
kita halalkan hubungan kita dengan 'nikah'.
itu pun,
lepas kita dah Istikharah, mintak petunjuk dari Allah,
yang saya benar2 untuk awak.

saya dah tak nak cinta palsu lagi,
awak bukan cinta halal saya lagi,
minta maaf awak..

InshaAllah,
kalau betul awak jodoh saya,
kita PASTI dipertemukan kembali dalam ikatan yang sah,
bukan dengan cara macam ni.

saya harap awak terima keputusan saya,
saya harap awak sedar,
yang hidup kita singkat je.
saya tak nak hidup saya penuh dengan maksiat.

jom awak,
kita tengok diri kita balik,
kita sama-sama cinta Allah, kita bagi hati kita pada pemilik hati dulu.

awak,
terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya,
saya takkan benci awak, saya akan doa, awak akan diberi hidayah Allah juga,
halalkan makan minum saya sepanjang kita keluar dulu,
halalkan pemberiaan awak pada saya, dan hadiah saya pada awak dulu,
yang dah lepas, biarlah jadi pengajaran buat kita,
yang saya nak sekarang,
saya nak sayang Allah, saya nak cinta Allah...


p/s :
jom bersih hati, awak.
jangan sedih, jangan nangis,
tapi kita kena malu dengan Allah.
kita nangis depan Allah...
kita dah banyak buat salah.
Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa kita...


yang mencari redha Ilahi,
-saya-
070511,
1915


#untuk guy version, click here :) aishiteru

Comments

SumaiyyahAbidah said…
1915?

Susah nak cari pasangan yang betul2 ikut syariat Islam dalam perkenalan. Ummi selalu cakap, titik perkenalan yang membawa ke perkahwinan sangat penting. Dah pernah cakap dulu, tapi nak cakap sekali lagi, hehe: Don't marry for love, but Love because you're married.

Semoga kita dilindungi Allah dan ditemukan jodoh mengikut batas-batas syarita yang telah ditetapkan oleh-Nya. Kan Cik Ipah? ;)
saya said…
1915 tu pukul 7.15 tadi. hehe ^_^

betul. saya sokong kak ngah :)

-mana tau nama ni? hehe
SumaiyyahAbidah said…
La, yeke, hehe. Ingat ke dipetik dari surat cinta mana2 dari tahun 1915 ke...mana tau nenek punya...

Haih, saya pembaca setia blog cik Ipah. Hehe. Mestila tau ;)
saya said…
hehe. aah. kan. rugi tak cakap 1915 tu tahun. ^_^.

sumaiyah,
tbe2 kte rasa malu pulak.hehe
SumaiyyahAbidah said…
Haha. Kenapa nak malu? :)

Tak payah malu la...
khayla fadwah said…
ipah..............
tQ..:)
kalu ore yg suko conteng wall ipah tulis <3 <3 <3 sokmo xpo ke?hehe~
ipah2..nak share..suko sgt..:)
saya said…
atie... atie buat banyak2 pun takpo atie.. ipah lagi sukoooo :)
Anonymous said…
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum. may i share this..really awesome advice. struck me deep inside my heart...
saya said…
@anonymous:

waalykumssalam. for sure you can share :)
ilmu itu milik Allah kan?
:)
qeinrywaheeda said…
assalamualaikum..sgt tersentuh bca post2 blog ni,akhrnya sy da jmpa ssuatu yg sy cri slma ni..minx izin share..:)
saya said…
Waalykumussalam,

Allah yang mengaturkan setiap keadaan kan? Alhamdulillah :)

silakan waheeda, tak mintak izin pun takpe :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

dia, raya dan kakak penulis novel