awak, kilat. :(

Assalamualaikum.


4 tahun dulu...


" awak, saya takut kilat"


tiiit.. titt...mesej diterima.


"awak jangan takut, saya ada. baca doa banyak-banyak eh"


dia tersenyum simpul di belakang katil.


dan, sekarang.


siapa awak nak tenangkan saya?
siapa awak untuk saya bazirkan kredit hanya untuk saya mengadu saya takut kilat?
siapa awak untuk saya kenang setiap kali kilat memancar?


ahh. kebudak-budakannya dia dahulu.


bukan hanya dia.
tapi kita juga.
kita selalu mencari pertolongan, mencari tempat mengadu selain dari Allah.


Istighfar.


sedarlah.
'awak' kita itu bukan sesiapa.
hanya makhluk Tuhan seperti kita,
tiada apa yang mampu 'awak' kita itu buat,


kerana kita sebenarnya ada DIA.
selalu ada untuk kita.
kenapa kita tidak pernah sedar?


kilat : amaran dari Allah SWT


Kilat bukti kebesaran Allah. mengapa kita tidak berfikir?




setiap kali hujan lebat, guruh dentum berdentum, kilat sabung menyabung,
perasaan takut menjelma,
memang itu yang disebut dalam Al-Quran,


“Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mengadakan awan tebal (mendung)”. 
(Al-Ra`d 12)


Allah mahu kita rasa takut,
Allah mahu kita sedar,
kita tiada kuasa,
kita hanya hamba.


Allah itu Maha Besar,
Allah itu Maha Berkuasa,
Allah itu Tuhan kita.


Allah mahu kita berharap,
hanya Allah tempat kita memohon pertolongan,
jangan dicari pertolongan lain selain dari Allah SWT.



 baca doa ketika lihat kilat,
Allaahumma laa taqtulnaa bighadhabika wa tuhlikna bi’adzaabika wa ’aafinaa qabla dzaalika.

[Wahai Allah, janganlah Engkau bunuh kami dengan murka-Mu dan jangan Engkau binasakan kami dengan siksa-Mu, dan selamatkanlah kami sebelum itu.] (HR.Tirmidzi dari Ibnu Umar ra)



bila kilat, 
kita kena sentiasa ingat Allah,
itu adalah peringatan dari Allah.


kita banyakkan memohon keampunan,
MUHASABAH diri,
kita banyak buat kesalahan setiap hari,
Allah mahu sedarkan kita,


Hanya Dia tempat kita bertawakkal.


InshaALLAH. :)




p/s : hujan, panas, hujan - jangan lupa bawa payung :) 
kata along ; orang perempuan bawak payung : comel
 lelaki bawak payung: jambu. :) 
kata saya : ye la tu along ;P 




p/s/s : sila lawat tumblr ini. kerana saya suka :) klik tumblr ini.


p/s/s/s : orang frankfurt apa khabar? :)

Comments

live.well said…
menggamit memori nampakk.hahaha
org franfurt sihattt.terlebih sihat.hee
btw,thank ipah.post ni,sikit sebanyak buat sy terfikir.tq sgt!!
sayo saye ipahhh.=)
Lis Amir said…
terima kasih awak sbb suka tumblr saya :')
saya said…
hasnun :)

hehe. cepat balikk!
saya said…
awak tak marah kan saya promote tumblr awak kat sini? :)
SumaiyyahAbidah said…
1 reason I like reading other people's blog is because they give you little, mysterious insights into their life. You don't know these people, but what they write is so interesting it makes you go back for more...:)

In other words keep writing. Jangan takut kilat, hehe
khayla fadwah said…
ni minggu menggamit memori zaman sekolah ke? eh,bukan..zaman maktab.. ;)
saya said…
@atie,

haha,rindu.. :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

dia, raya dan kakak penulis novel