buka jendela hati kita

Bismillah wal hamdulillah.
Oezil : Alhamdulillah.


"Hidayah itu Milik Allah"

satu ayat.
bergema di telinga.
mula2 dengar, bagaikan angin lalu.
tidak masuk ke hati.

namun,
semenjak kebelakangan ini,
sepotong ayat itu mula memberikan makna.
kepada saya.

"Iman tak dapat diwarisi,
dari seorang ayah yang bertakwa,
Ia tak dapat dijual beli,
Ia tiada di tepian pantai,
walau apa pun caranya jua,
engkau mendaki gunung yang tinggi,
engkau merentas lautan api,
namun tak dapat jua dimiliki,
jika tidak kembali pada Allah.
(Raihan -Iman mutiara)

dah2.
berhenti nyanyi.
suara kamu tak sedap.
*gurau2*

sambung balik.

kita tengok ayah pakai kopiah,
tak semestinya anak dia pun sama.

tengok anak hafaz Quran, tapi ayah keluar masuk kelab malam.
ayah emak bagi tazkirah, tapi anak berkepit dengan perempuan.

dulu dia baik, sekarang tudung dah makin singkat,
dia yang dulu ketawa terbahak-bahak, sekarang dah gemar join usrah.

pernah tengok situasi macam ni?

betul kan?
iman tu tak dapat diwarisi.

Allah akan bagi Hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya.
kerana.
Hidayah itu milik Allah.

Firman Allah SWT:

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam;
dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).
Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
(Al-An’aam: 125)

Ya Allah,
takut sekali.
jika hari ini Kau berikan cahaya,
namun esok,
ujian-ujian yang kau berikan,
buat aku lemah,
jauh dari cahaya Mu.


takut.
takut.
takut.


jadi,
sentiasa muhasabah.
adakah kita masih di atas landasan syariat Allah?
atau mungkin sedikit terpesong dek nikmatnya dunia yang sementara?
Astaghfirullah.
balik kepada realiti.
hakikat kamu diciptakan.

banyakkan berdoa.

 Ya Allah,
Janganlah kau pesongkan hati kami,
setelah kau berikan petunjuk,
Sesungguhnya, Engkau Maha Pemberi.

Insya Allah.
pesan-memesan ke arah kebenaran.


note : lagu baru, lagu tema Syurgamu Ramadhan.



Comments

Wan said…
Yes, hidayah itu milik ALLAH. sebab itulah, kita yang dah dikurniakan kefahaman agama, tugas kita adalah menyampaikan, bukannya menghukum. ***dah tengok ke syurgaMu ramadhan tu? ciap pasang lagu lg di blog..***

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN