hanya entry biasa, Mercun

mengantuk.
namun tetap ku gagahi.

terasa ingin bercerita ;

batang mercun 20 das itu disuakan pada api lilin.
menunggu.
tidak meletup.

disuakan lagi.
masih begitu.
tidak mahu meletup.

"angah excited nak tengok, tapi tak jadi pulak"

kata along. mungkin masuk angin.

mungkin.

saya masih tidak berganjak.
ingin menyelami keseronokan bermain mercun.

tiba-tiba,
"eiuuuuu.....pom"

ha..dah jadi..
cantik.. (dalam hati, seronok jugak rupanya)
adik gembira.
abang juga.

terasa ingin bermain lagi.
*senyum*
adik..adik..
patutla semangat mereka untuk bermain mercun tidak pernah pudar.
walau dimarahi emak,
pandai pulak uda sembunyi mercun tu ye..

kata abah : baik bakar duit je macam tu..
tak kisah orang nk kata apa,
mereka tetap berazam nk beli dan main lagi.


Jangan bermain berdekatan rumah jiran anda.


kata saya :
mercun melatih kanak-kanak menjadi lebih berani.
berani untuk menanggung risiko.
tetap pendirian dan kuat keazaman untuk bermain.
tapi kena ingat,
jaga diri semasa bermain.
ingat keselamatan diri.
boleh adik?

berhenti setakat ini.
pesanan buat mereka yang tidak pernah bermain mercun, 
atau yang hanya bermain mercun bawang,
mainlah.
rasai apa yang kanak-kanak lalui.
:) *seronok*
tapi, jangan sampai tertangkap di encik polis.

Note-bukan mempromosi mercun.



 


Comments

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

bulan 6, 2011