fikir langkah kaki anda

Assalamualaikum,

Aal iz well.
:)
selesai menonton cerita itu.
mesti rasa saya agak ketinggalan,
tapi takpe.
saya dah habis tengok.

komen saya :
ambil pengajaran mana yang elok,
saya bagi 3 bintang *star.hehe*
(macam movie review pulak)

err..
bukan,
saya tak nak cerita pasal cerita tu.

tapi, ini.
............................................................................................

"3 lima ringgit, kalau roti lempeng, 4 lima ringgit"

"beli kak, mak cik, pak cik, buat sarapan pagi esok"

itu dialog bagi sesiapa yang melintasi gerai kami,
sewaktu Karnival ICT di sebuah kampung.

haaa,
jangan terkejut.
kat kampung pun ada karnival ICT.
siap ada booth MSC lagi. (cantik)
ye la, 
untuk menerangkan kepada orang kampung betapa pentingnya teknologi pada zaman sekarang.
seperti penggunaan jalur lebar, (pengaruh iklan TV)
tapi,
yang menghairankan,
tiada gerai yang berkaitan teknologi,
seperti yang dibayangkan.

'mungkin tiada demand di sini'
itu jangkaan nakal saya.

dalam keadaan hujan yang renyai-renyai,
dan lebat seketika, (baca macam  berita cuaca di TV1)
karnival itu berlangsung.

namun,
padang yang lecah,
tanah yang lembik,
najis lembu sana sini,
(boleh bayang?)

buat saya rasa tak berapa.
:(
bukan saya salahkan hujan,
tapi telinga ini tidak sanggup mendengar.


langkah demi langkah sang pemuda,

Sign board ini tiada di tempat kejadian.

saya kasihankan pak cik- mak cik yang ada di situ,
mereka pasti terfikir,
betapa 'eloknya' bahasa kita sekarang.

kenapa?

rasa kurang senang sedikit,
terpijak najis,
kaki termasuk dalam lopak air coklat,

terus terpacul di mulut,
perkataan yang bermula dengan F,
kadang-kadang,
perkataan yang S itu keluar juga,
dan yang seangkatan dengannya.
(tolong jangan buat-buat tak faham)

apa perlunya?

modenkah kita?

Islam ajar kita begini?

contoh:
"ayah tak nak bagi duit belanja sekolah? F la ayah!"

kita nak anak kita cakap macam ni?
Nauzubillah.

malu.
yang mendengar terasa malu,
yang membuat, tiada berdosa.

kelakar.
kononnya ikut kawan,
(pengaruh rakan sebaya)
tapi bila dah terbiasa sebut,
susah nak kikis.

tapi,
InsyaAllah.
dengan niat yang ikhlas,
sempena permulaan tahun yang baru,
dari yang kurang baik,
kepada yang lebih baik,
kita buang sikit-sikit.
:)
InsyaAllah.
kita boleh!
(sambil genggam erat tangan kanan ke atas)
hehe.

Pertuturan melambangkan peribadi kita.

note : ingat best sangat ke cakap macam tu?

Comments

Qawiem Khairi said…
menjejak ke sini..

moga Allah redha.

fatahallahu'alaik.
acik said…
acik tgk cter tu,,,
Sumaiyyah said…
Salam...

Kalau ada masa tgokla video ni:
http://www.youtube.com/watch?v=_57ZTxPRKHQ

Peringatan utk kita semua, Insya-Allah...
umi Hamraa said…
salam. terima kasih share.

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN