di mana bola hijau sekarang?

assalamualaikum :)

rindu.
saya tahu, saya akan rindu.
dan sekarang,
saya dah pun.
(mesti semua orang cakap saya gatal.haha)

dia selalu panggil saya sekular.
saya tahu.
saya bukan pelajar aliran agama.
apatah lagi untuk menuntut di sebuah IPTA bernama UIA.

saya hanya biasa.
bila saya tak faham politik,
dia gelak.
saya tanya pasal bola,
dia gelak juga.
"itu pun tak tau?" (sambil geleng2 kepala)
ayat favourite dia.

katanya saya tidak minat hal begini.
saya kurang tahu isu semasa,
saya tahu itu.

sekarang,
saya cuba untuk ambil tahu,
saya tidak mahu ketinggalan.
tidak tahu apa-apa.

dia suka bercerita.
berapi-api ceritanya.
namun,
sedikit sahaja yang boleh dipercaya,
selebihnya, rekaan semata.
menjadi humor buat saya.

namun,
dalam gurauannya,
pasti ada sesuatu yang saya ingat,
sampai bila-bila.

pertama:
sewaktu saya mula-mula menginjak ke alam remaja,
kata dia,
"bila kita rasa dunia ini tak adil bagi kita, itu bermakna kita sudah semakin dewasa"
saya akui,
remaja sering memberontak,
kononnya kemahuan mereka berbeza,
tidak sama dengan yang tua.

masuk bab cinta,
dia kata,
"kalau kita serahkan diri kita pada Allah, InsyaAllah, Allah akan berikan pemilik terbaik untuk hati kita"
nasihat pertama,
yang dia berikan,
ketika saya mula-mula tahu,
apa itu cinta.


ayat ini juga,hehe.
"pengalaman amat best disebut bila perkara itu telah berlalu dan bukan semasa ia sedang berlaku."
ini kata dia apabila terpaksa duduk di tangga bas Kenyir,
untuk pulang ke UIA.

saya mengangguk sahaja.

dia tahu,
saya pasti setuju dengan teorinya.

bola hijau ini antara kenangan saya dan dia.
(saya tendang bola ni sampai pecah tingkap, lepas tu kena tahan telinga la. hehe)


dia dan saya berbeza,
dia mahir sastera, saya kurang sikit,
dia tangkas di atas padang, saya kurang berminat.
dia hebat berpidato, tapi saya tergagap-gagap.

berbezanya dia dan saya,
agak ketara,
namun, bagi saya.
dia seorang istimewa.

dia yang pertama menjadi teman saya,
ketika saya baru mengenal dunia.
dia yang pertama menjadi musuh saya,
ketika saya mula mengenal erti cemburu.

*mengimbau kenangan*

terlalu banyak untuk dicerita,
namun,
biarlah ia menjadi rahsia,
antara saya,
dan dia.

:)

note : biarlah rahsia.

Comments

Cik Suria said…
ipah!!!
apakah ini??hehe~
umi Hamraa said…
atie!!!

teka..teka.. :)
M.I.A said…
tau siapa! org yg sy suke. kan? :P
Iman_Inside said…
salam iffah..
mcm tau sape..huu..
umi Hamraa said…
lisma, edah.

kenapa dh boleh teka ni?

hehe :)
Iman_Inside said…
iffah..

naluriku berkata..huhu..;p
acik said…
semua salah,
saya kenal,

angah,acik bgtau ye..
^____^
umi Hamraa said…
edah : naluriku berkata jawapan mu betul!

hehe.

mek cik : ngade eh.... :)
acik said…
haha,,acik share ye..
Cik Suria said…
bace ntah kali ke brape..
rase2 da dpt tgkap..
siapakah yg dmaksudkn..hehe~
umi Hamraa said…
atie, betul la tu atie teka. hehehehe ;)
Cik Suria said…
haha~
km slm boleh? =)
umi Hamraa said…
haa.. boleh2.. :)
InsyaAllah..

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

bulan 6, 2011