sacrifice

bismillahirrahmanirrahim

kita.

"ermm rasa nak makan kfc hotbox dengan zinger burger cheese lah" 
"jom!"

"lunch ni nak makan nasi arab kat the best cafe in uia, ever!"
 "jomm!"

"dah lama tak makan pizza pepperoni. jom keluar wiken ni makan pizza"
"jommm!"


nafsu perut menjadi keutamaan.
dari dulu sampailah sekarang.
asal 'rasa' je, mesti kena tunaikan

tak pernah nak kekang nafsu

manja!

"aku berkenan la dekat htc rama-rama tu. serius. ok aim lepas ni nak trade in yang ni, tambah duit sikit. ok! boleh la angkat satu"

"cun lah tengok samsung note baru tu. nak let go lah yang lama ni"

"penatlah jalan kaki. tahun depan nak mintak duit lebih nak beli kereta lah"

and the list goes on.

heh

sampai bila?

material menjadi keutamaan

kita,

tak pernah mahu berkorban,
tak boleh merasa susah walau sedikit

bila diuji, cepat benar melatah.

lembik!

tak pernah mahu bersyukur dengan apa yang ada,
tak pernah mahu berfikir consequences kononnya dah firm dengan keputusan,
tak pernah nak 'consult' dengan Allah terutama hal-hal dunia, kononnya dah serba serbi tahu apa yang terbaik.

come on lah!

kalau bab nafsu makan, nafsu material
bukan main kita nak ke depan.

tapi kenapa bila "Allah panggil seru pada kejayaan" pun
kita buat dengar tak dengar je?

"kalau dunia ini yang kau kejar, nescaya kau tidak akan pernah merasa cukup"
...

kita claim mahu jadi Khaulah milennia,
sedangkan jihad tuntut ilmu pun kita asyik kalah memanjang
dalam kelas bersembang,
lecturer bagi lecture, kita pun mula exercise tangan whatsapp dengan kawan
malas nak berusaha, macam ni ke nak pergi berperang lawan zionis sana?

kita claim mahu jadi sabar sehebat Maryam
tapi kenapa bila jammed sikit masa drive, mulut ringan je nak 'bertasbih'?
oh~

kita claim nak jadi hebat seperti mana Abu Dzar
tapi kenapa akhlak kita dengan adik beradik pun saling tak bertegur sapa?
dengan jiran kita buat tak tahu malas nak ambik cakna?
apatah lagi dengan class mate pun masih berkira nak ajak pegi majlis agama

dan yang ini juga,

kita claim mahu tinggalkan dunia seperti mana Mus'ab bin Umayr
tapi kenapa jihad lawan nafsu pun kita masih tak mampu lawan?
kita masih lagi tak merasa 'qanaah' dengan apa yang ada
sampai tak tahu nak beza yang mana kehendak dan keperluan
sanggup berikat perut demi nak nampak gah di mata kawan
tapi tak bersungguh nak nampak hebat di mata Tuhan

cukuplah

kita tak pernah mahu berkorban
yang kita bagi selalu alasan demi alasan
nafsu yang liar tak pernah kau mahu tawan

yang kau tahu -"aku mahu hidupku puas dengan kesenangan"

Allahu

astaghfirullah al azim

susahnya kita untuk 'tinggalkan' dunia

:(

balik lah kepada Allah
jangan sampai Allah sibukkan kita dengan hal-hal remeh dunia
kerana ianya satu tanda Dia semakin tidak peduli dengan kita.

banyakkan istighfar
baliklah,
kepada Dia



Siti Hajar berkorban demi agamanya
di padang pasir luas terbentang keseorangan membesarkan Ismail a.s tercinta

Ibrahim a.s berkorban demi agamanya
patuh perintah menyembelih anak demi suruhan Tuhan Azza wajalla

Ismail a.s berkorban demi agamanya
tiada rasa takut mahupun gentar kerana percaya dengan ketetapan sang Pencipta

dan kita?

fikirlah,

"apa pengorbanan kita sebenarnya, untuk capai syurga Allah sana?"

kadang kita rasa itu cinta, tapi kita ragu untuk berkorban keranaNya.

cintakah itu, namanya?
credit gambar :sumber


selamat hari raya eidul-adha buat semua,
moga jemaah haji mendapat haji yang mabrur dan di ampunkan segala dosa

taqabbalallahu minna waminkum
kullu am' waantum bi khayr!

:)

p.s : esok jangan lupa puasa sunat 9 Zulhijjah.

p.s.s : entri raya haji dulu dulu di sini ;p

Comments

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN