agenda menjadi solehah, bermula!

Assalamualykum :)

[agenda bermula, di sini]

kalau nak berubah luaran,
senang je kan?
tiba-tiba rasa nak pakai tudung labuh,
nak pakai handsock,
nak pakai stokin,
dah kurang rasa nak pakai seluar,
nak tutup aurat comel-comel,
alhamdulillah.

orang nampak macam smooth je.
tak ada masalah.

tapi sebenarnya,
lagi dah berubah camni,
lagi banyak pulak Allah uji

Allah uji dengan kerja,
Allah uji dengan kawan-kawan,
Allah uji dengan hati.

:(

sampai satu perasaan,
rasa nak lari dari semua ni.
malas nak fikir apa dah.

Allah.

...

awak,
jangan sedih, jangan give up lagi.
awak rasa, kenapa sampai boleh fikir camni?

sebab,
iman, ruhi kita dengan Allah masih tak kuat lagi.
kita tak betul-betul mendalami lagi apa reason kita dah berubah ni,
iman kita,
masih longgar lagi

:(

cuba renung balik,
kita berubah luaran,
dalam masa yang sama,
apa yang kita buat untuk cantikkan hati tu?

[sumber]


solat kita, inshaAllah dah cukup lima waktu, kan?
tapi, kita solat awal waktu tak?
ke masih berkira nak ambik wudhu sebab nak siapkan last paragraph assignment?

akhalak dan ibadah kita bila sorang-sorang,
masih ingat Allah lagi?
hati kita masih beristighfar
dan lidah masih basah dengan zikrullah?

bulatan gembira,
majlis-majlis ilmu,
alhamdulillah dah makin suka untuk pergi.
dah tak cari alasan nak lari,
tapi, pernah cuba untuk praktikkan ilmu?
pernah cuba untuk naikkan amal?

tengok balik,
banyak mana masa kita spend untuk akhirat,
dan banyak mana pulak masa kita spend untuk dunia
yang kita tahu hanya sementara ni?

:(

bacaan al-quran kita sehari-hari, macam mana?
malu sebenarnya,
kalau pagi-pagi kita boleh selamba saja online, duk update status, refresh news feed,
tanpa baca ayat-ayat Allah dulu
takde rasa nak bersyukur pada ALlah?


bila kita ada masalah tu,
pernah kita bangun malam,
doa sungguh-sungguh, minta kekuatan dari Allah
untuk hadapi ujian yang Allah bagi?

pernah?

Allah.
:'(

cari masa untuk kita 'isolate' seketika,
muhasabah sejauh mana,
kita cuba untuk cari redha Allah
untuk buat perkara yang Allah suka saja

banyak yang kita lupa,
sebab tu
Allah datangkan ujian
untuk kita ingat DIA balik.

perubahan luaran penting, tapi yang paling kita kena usahakan,
perubahan hati dulu.
betulkan iman dulu.
tambahkan cinta kepada Allah dulu.

inshaAllah, kefahaman-kefahaman,
dan kebaikan-kebaikan lain
akan datang kemudian

doa pada Allah.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan kami), Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik" (Al-Ankabut 29:69)

tak pe orang lain nak cakap apa,
sebab kita yang tentukan diri kita, kan?
kita nak jadi the best in front of Allah's eyes


awak,
pleaseeeee,

jangan give up lagi,
struggle untuk dunia ni,
kita sama-sama!
sebab kita nak redha Allah,
sebab kita nak dapat Syurga Allah
permanently,
di akhirat sana.

inshaAllah.


[sumber]
"Orang-orang yang mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahupun wanita, sedang ia orang yang beriman, mereka itu masuk ke dalam syurga, dan mereka tidak di aniaya sedikit pun" (An-Nisa' :124)


Comments

Fazreen Misbae said…
Macam tau2 je apa akak tgh alami. Sejak semalam tetiba terfikir pasal ni. Sebab iman tu turun naik. Ingat lagi time betul2 struggle nak jadi baik. Ckp kat diri sepjg masa aku nak jd baik. But, suddenly hilang. Rasa terhantuk. Ouch! Kena do something.

Allah masih sudi beri petunjuk dan hidayahnya. Alhamdulillah. :)

TQ.
Nur said…
:'(

tapi, bila dah terlalu selesa berada dalam comfort zone, nak buka langkah ke tapak baru itu payah; sangat.

T.T
saya said…
Silakan gadis berkaca mata :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia budak biasa, ke sekolah agama.

bangun, mencari diri