hujan dalam hati

assalamualaykum.

hujan turun merindukan bumi,
langkah mereka berempat diatur cepat-cepat ke sebuah gerai makanan
pesanan dipesan, 
dan dalam penantian
kakak yang disebelahnya bersuara,

"Allah tak jadikan neraka untuk manusia jadi bahan bakar dalam api tu, tapi Allah jadikan neraka sebab nak bagi kita manusia ni takut hanya pada Dia jaa"

dianggukkan kepala tanda setuju.
sebab Allah nak kita ikut perintah Dia,
tak buat apa yang Allah larang.
tak takut pada manusia,
kan?

"Awak ada masalah yang awak tengah fikir kenapa jadi macam ni, kenapa jadi macam tu tak?"

errmm.
neuron di kepala berputar ligat.
ahh bukan manusia kalau namanya tiada masalah.
eheh

"Awak tak yah runsing paa, doa jaa banyak-banyak pada Allah. InshaAllah Allah akan tunjukkan jawapan pada setiap persoalan tu. Allah takkan tunjuk se'gedebuk' macam tu, tapi melalui cara yang macam-macam. Bila baca Quran, kita akan terbaca tafsir yang rasa memang ditujukan untuk kita. Kadang-kadang melalui masalah-masalah orang lain, kita akan mula terfikir, kadang-kadang bila kita baca blog orang, atau pun tengah tengok youtube, then rasa nak klik mende lain. Allah bagi kita jawapan tu, cuma atas kita sedar atau tak je"

Allah.

"Masalah ni, kalau kita rasa besar mana pun, kena sentiasa ingat yang Allah tu Maha Besar. jadi 'bagitau' masalah, jangan risau, aku ada Allah yang Maha Besar"

Pipi terasa basah.

"Tak tahu nak cakap macam mana, tapi perasaan yang sangat syukur pada Allah, sebab Allah uji akak dengan ujian macam ni. Sebab dari sini, akak mula kenal dengan Allah. Selama ni, akak selalu doa nak dapat redha Allah, tapi apa akak balas tak sama dengan apa yang akak mintak. Jadi bila datang ujian macam ni, akak rasa syukur sangat-sangat"

...
[sumber]


Kadang-kadang
kita tak pernah minta untuk orang bagi 'taujihat' tengah-tengah hujan masa tunggu makanan makan malam,
kadang-kadang 
kita tak mintak orang share kat fb sama macam apa yang kita rasa sekarang,
kadang-kadang
kita tak mintak untuk jumpa orang yang boleh cerita masalah yang lebih kurang sama dengan kita,
kadang-kadang
kita tak mintak orang yang beza pendapat dengan kita untuk 'tegur' kita depan-depan.

tapi siapa yang gerakkan hati-hati mereka untuk lakukan itu semua
melainkan Allah?

Allah nak tegur kita.
Allah nak nasihat kita.
Allah nak bagi jawapan pada kita.
Allah sayang kan kita.

dan,

Allah nak suruh kita
balik pada Dia,
sujud pada Dia.

“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. (Al-Baqarah: 186)

...

dalam pekat dan gelap malam itu,
ditambah dengan gerimis di bumi,
dia juga,
'hujan dalam hati'

"Whenever you encounter hardships in life, remember that this is Allah's plan for you. The outcomes of his plans, will be a great blessing"



Comments

Fazreen Misbae said…
"Masalah ni, kalau kita rasa besar mana pun, kena sentiasa ingat yang Allah tu Maha Besar. jadi 'bagitau' masalah, jangan risau, aku ada Allah yang Maha Besar"

Penah dengar dari Prof. Muhaya. Dia pun ckp benda yg sama mcm ni. Allah maha besar. kena senyum dengan masalah baru kita boleh hadapi mslh dgn tenang. :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

dia, raya dan kakak penulis novel