dan akhawat itu.

Salam alykum.

[disklemer :ini adalah pandangan peribadi 5 sen saya selepas menulis post berkaitan ini di sini]

akhawat bila gembira, kita pasti akan turut gembira sama. paling tidak, pasti kita akan tersenyum. hatta kita tidak pernah kenal siapa ukhti N yang ber'walimah' apatah lagi tidak pernah bercipika-cipiki bersama, tapi, sementelah dia seorang akhawat dan merupakan kawan kepada usrah-mate kita contohnya, pasti kita akan teruja sama mendengar kisahnya. melihat pakaian yang menutup aurat, majlis yang penuh keberkatan dalam kesederhanaan, diserikan dengan tabung Syria dan mafla Palestin dan mengangkat empat jari bila bergambar bersama keluarga dan sedara mara, (ohh~) dan hati kita pasti turut sama berdoa, 

"moga bahagia sehingga ke SyurgaNya dan kekal tsabat di atas jalan dakwah"

aicehh. semangat naa bila intro bab naik tangga maratib amal nih.

;p

oh bukan sahaja gembira kerana isu walimah sahaja yaaa, tetapi bila ada akhawat yang ber'graduasi', dah dapat kerja, dah pindah rumah baru, jaulah ke mana-mana, even dapat makan makanan kegemaran ayam penyet wong solo juga kadang-kadang menyebabkan kita turut sama terhibur. 

hebatnya ukhuwwah kerana Allah.
kita merasa seperti mana akhawat yang lain merasa.

dan yang pasti, bila akhawat sedih, kita juga turut sama merasa kesedihan. walaupun kita tidak pernah kenal akhawat tersebut apatah lagi pernah makan sedulang dan tidur se'beg' (time mukhayyam takde bantal, jadi tidur atas beg ;p) dengannya. serius. yang ini memang cerita benar. mungkin yang lain punya pandangan tersendiri, tapi saya tetap berpegang teguh dengan hipotesis ini. eh. bila ada orang 'share' tentang kesedihan akhawat, ujian demi ujian yang Allah berikan, kesihatan diri dan ahli keluarga, ujian kewangan, ujian pelajaran, ujian dengan usrah dan seumpamanya, pasti kita akan turut terkesan. makan tidak berapa kenyang, buat kerja seharian seakan hilang seri mengingatkan ada dalam kalangan kita yang sedang gigih bertahan dengan ujian Allah dan mengharapkan pertolongan.

Allahu.

sama juga, bila mana 'perginya' ikhwah mahupun akhawat menemui Tuhannya, walau tidak pernah kenal siapa, pastinya tembakan doa dan alfatihah turut sama dikirimkan dan kita akan secara automatik, bermuhasabah. perginya mereka dalam usia yang muda, dan dalam keadaan iman mereka kemuncak dan dekat dengan ALlah. dan kita?

Allahu rabbi.

tarbiyah itu memang jalannya penuh duri.
pasti ujian di sana sini
kerana Allah itu Maha Adil
ada orang tidak diuji dengan 'liat bangun subuh' tapi diuji dengan ujian hati
ada orang tidak diuji dengan 'ujian mak-ayah tak bagi join usrah'  tapi diuji dengan ujian material
begitulah. 
kerana kita bergelar manusia.

"...dan tidak akan pernah manusia diuji, melainkan sesuai dengan kesanggupannya"  (Al-Baqarah)

tarbiyah itu memang susah.
tarbiyah itu pahit,

tapi Allah 'manis'kan dengan 

UKHUWWAH

dan dalam kepahitan liku-liku onak dan cubaan (ok macam lirik lagu dah ;p)
kita pasti tersenyum
walau penat, walau tahap ke-busy-an melampau, walau dan walau,
namun bila melihat tenangnya wajah akhawat,
ketulusan, keikhlasan tutur kata
pasti kita akan merasa tenteram
kerana,
adanya akhawat seperjuangan di sisi, menemani.

sama-sama saling berkongsi rasa
biar jarak antara kita mungkin antara dua benua
tapi yang pasti kita di'hubung'kan dengan ikatan doa

manisnya.

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah


iman kita saling bertaut mesra, kerana kita menuju matlamat yang sama
ustaziyatul alam di dunia, mencapai redha Allah dan menuju ke Syurga

bukankah di Syurga nanti kita bersama dengan orang yang kita cinta?

“Seseorang (di hari kiamat) akan bersama orang yang dicintainya, dan engkau akan bersama yang engkau cintai.” [maksud hadith]

mari kita terus memperbaiki diri, saling menguatkan, saling mengingatkan.

“Kita kadang merasa lebih benar, lebih baik, lebih tinggi, dan lebih suci dibanding mereka yang kita nasehati.

Hanya mengingatkan kembali kepada diri ini: jika kau merasa besar, periksa hatimu. Mungkin ia sedang bengkak.

Jika kau merasa suci, periksa jiwamu. Mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani.

Jika kau merasa tinggi, periksa batinmu. Mungkin ia sedang melayang kehilangan pajakan.

Jika kau merasa wangi, priksa ikhlasmu, mungkin itu asap dari amal shalihmu YANG HANGUS DIBAKAR RIYA'.” 
― Salim A. FillahDalam Dekapan Ukhuwah

astaghfirullah.

Tsabbit qulubana ala deenik, Ya Rabb


[sumber]

dan untuk ini juga, sebagai saham akhirat sana,
jom sama-sama kita doakan ukhti Khairun dan keluarga diberikan kekuatan dari Nya, diberi kesembuhan dan diampunkan segala dosa.
mudah-mudahan.

:')

mesej dari muka buku ;


Assalamu’alaikum wbt.



Semoga kalian sentiasa dalam perlindungan Allah.



Ibu kepada KHAIRUN NABILAH BT ABDUL GHAFFAR (Setiausaha Umum 1) Quranic Youth Club sedang berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Serdang selama hampir 2 minggu. Berita terbaru dimaklumkan bahawa ibunya kini diserang infeksi melalui virus yang masih belum dapat dikenalpasti sehingga menjejaskan buah pinggang, otak dan paru-paru. Sebelum ini beliau juga dikhabarkan menghidap denggi berdarah dan paru-paru berair yang teruk.


Sehubungan dengan itu, saya mewakili semua jawatankuasa QYC akan menjalankan kutipan derma “QYC Donation Drive” (QYCDD) bagi membantu meringankan kos rawatan pesakit. 


Sumbangan anda boleh disalurkan ke nombor akaun 2550020022705 (AmIslamic Bank) atas nama CIK NABILAH BINTI ABU SHUKOR.


“Wahai orang-orang yang beriman! Infaqkanlah sebahagian rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang tiada jual beli lagi dan tidak ada persahabatan dan tidak ada lagi syafa’at...” (al-Baqarah; 2:254)


100% dari sumbangan anda akan dihulurkan terus kepada keluarga pesakit. Saya juga dengan ini memohon kiriman doa yang tidak putus-putus dari kalian.
Terima kasih. Jazakumullahu khayran katsira.

NABILAH BT ABU SHUKOR (h/p no.: 013-2726457)
Bendahari
Quranic Youth Club (QYC)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Sesi 2012/2013



bila namanya akhawat,
kau pasti merasa apa yang ku rasa.


p.s.s ; moga Allah redha!

[update terbaru 19/10/2013] ;

Salam ikhwah dan akhawat, ibu kpd ukhti kte nabilah telah kmbali ke rahmatullah pg ni.sme2 kte doakn muge roh arwah dtmptkn dklangan yg soleh dan sme2 kte doakn muge keluarga nabilah dberi kekuatan dan ketabahan.

Al-Fatihah

Comments

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN