usrah itu sangat manis

bismillahirrahmanirrahim

langkah diatur cepat-cepat,
melewati kafe econs, keseorangan
jam menghampiri pukul sepuluh.

"maaf akak, lecturer extend kelasss :'("

sekeping mesej dihantar pada kakak naqibah barunya,
sudah 45 minit dia lewat, jika usrahnya bermula tepat pada waktu dijanjikan pukul sembilan
dalam pada berjalan,
kepala ligat berfikir, keadaan usrah barunya. skema-kah. malu-kah. hyper-kah. eh.

sudah lama dia tidak berusrah, secara formal begini.
maksudnya secara serius
di tempat kerja dahulu juga ada usrah, namun banyak musyaqqah yang menyebabkan usrah seringkali tergendala
dan hatinya semakin lama semakin,
kering
:(

...

dalam masjid, level 2.
salam diberikan.
matanya memandang seseorang. dia kenal akhawat itu.
hatinya, senyum.
Allah
kakak naqibah disapa, dipeluk, bercipiki-cipika sebentar.
kakak naqibah, akhawat comel, dan dia.
seakan ber-reunion semula.
kalau dulu ber'Ketika Cinta Berusrah' di Bayt Annur Shah Alam
lebih kurang dua tiga tahun dahulu
dan kali ini dipertemukan di tempat baru.

dan pastinya tiada kebetulan dalam takdir Allah

hari ini tadabbur ayat 9:111
ayat 'familiar' untuk para daie, penyuntik semangat untuk mereka yang mengejar syurga Allah
merindukan pertemuan dengan Allah
kalau jual beli kita dengan Allah, takkan mahu ambil mudah, buat amal bila ada masa saja?
persediaan kita setakat mana?
T___T
kena yakin dengan janji Allah
siapa lagi yang Maha Menepati Janji selain Allah?

syurga.
tak tergambar cantiknya,
tak terbayang indahnya
tak terlintas di fikiran
dan moga-moga
segala usaha kita di dunia, segala tindakan kita
semuanya menjurus ke arah syurga akhirnya
inshaAllah


"HE send you to us, in the right time and the right place" - M

merujuk kepada kakak naqibah.
dia dalam hati, memang meng'angguk' saja.

subhanallah
nothing else she wanna say more than Thank You Allah
for giving us all the countless ni'mah
alhamdulillah


usrahmates yang baru beberapa minit kenal
seolah sudah lama berjumpa
serius, rasa mahu sebarkan bahagia ini seluasnya

"kita tahu sunnah terbesar baginda SAW, adalah dakwah, tapi yang lain-lain kita tak nak ikut ke?macam mana kita dengan kawan, dalam bilik sebelum tidur ada kebas-kebas tempat tidur tak, dalam tren/lrt ada hormat orang tua ke tak, sepatutnya semua sekali kita kena ikut. kita kan nak jadi kekasih Allah jugak, jadi kena follow apa yang kekasih Allah buat" - kak A

aim kali ini
perlu lebih gigih 'bekerja'
menyucikan hati
perlu kerja kuat meng'islah' diri sendiri
akhlak dan qudwah yang mulia
supaya mampu memikat hati-hati di luar sana dengan indahnya agama

...

yang paling penting,
doa

doa sangat-sangat pada Allah
moga di'tsabat'kan hati
moga di'teguhkan' atas jalan ini

inshaAllah

"takkan sama rasa dan semangat orang yang dah lama tak ikut usrah dalam jangka masa yang panjang tiba-tiba dapat join usrah semula, dengan mereka yang ke usrah tiap-tiap minggu, tapi tak ada pembaharuan yang dilakukan dalam mutabaah amalnya" - dia


...

sampai di kafe mahallah
makanan ala-carte sudah ditutup ordernya
kedai nasi ayam sedap juga sudah bersih
booth makanan arab beratur panjang
sudahnya instant mee yang jadi pilihan
tak mengapalah
"yang bagi kenyang dan hilang dahaga itukan Allah" - kak A
hoho. tepat sekali Allah nak tarbiyah diri
mujurlah tauhu bakar sudah disentuh semasa usrah tadi.
makanan 'berat' berbuka puasa :)

"Akak ni bestlah" - A
"Semua yang akak cakap, memang semua kita terasa" - M

teringat respon usrah-mates tadi pada kakak naqibah
dia senyum sahaja
mahu saja dia menyampuk
kakak ini yang mula-mula sentuh hati dia masa dia mula-mula kenal jalan ini
masa mula-mula dia main tarik tali dengan usrah
masa dia rasa macam 'betul ke aku nak join geng ni?'

turning point kakak ini memang dia akan ingat sampai bila-bila
sebab itu yang menyebabkan kata-kata kak A memang zaaaaaappp menyentuh hati siapa saja yang mendengarnya
sebab kata-kata akak memang dari hati
dan yang dari hati, akan sampai ke hati juga.

"mana mungkin kita akan rasa bestnya 'cahaya' dan nak hargai 'cahaya' tu, kalau kita tak rasa 'gelapnya' pada zaman dulu" - kak A

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

tutur katanya, amalnya, tindak tanduknya, semua
kakak ini yang dia sayang kerana Allah
moga Allah merahmati :')

dia mungkin malu nak cakap depan-depan
tapi satu yang pasti
dia sayang usrah barunya
lillahi taala

moga kita saling meng'ingat'kan
moga kita saling menguatkan
moga kita saling berkasih sayang kerana Allah

jalan yang kita lalui sangat panjang
bukan enak
bukan empuk
bukan menjanjikan habuan duniawi
tapi penuh dengan kesusahan

namun selagi mana kita berpegang denganNya
inshaAllah kita pasti gembira
janji Allah Al-Haq itu semakin menghampiri
yakinlah
sama ada kita mahu menjadi pemerhati
atau sebahagian dari penolong agama Allah ini

bekerjalah!
berusahalah!
dengan nama Allah!

biidznillah
<3 p="">

nota usrah : handwriting student kaed, M ;p
-dia-
(kurang lebih sebulan di taman ilmu dan budi)


p.s ; jzkk usrah mate Q, S, I, A for the nice short tour and ride sampai depan gate mahallah yang jauh tu hihi

p.s.s : usrah ni, sebelum kenal bukan main nak tolak, tapi bila dah lama-lama eh bestnya, sweetnya, bukan main lagiii y'all! wahaha

p.s.s.s : jangan pernah lari dari usrah! nak join? jomm! you are most welcomed! 

Comments

Nur said…
'nota usrah : handwriting student kaed, M ;p'

adakah dia Mkay? :)
saya said…
absolutely!

err kenal mkay?

please jangan kata kita pernah jumpa sebelum ni or mungkin pernah ber'senyum' sapa? hihi... what a surpriseee! subhanallah.

:)

Nur said…
:)

dia kawan kepada kawan. so, nak kata betul kenal tu tak pun. tahu je orangnya macam mana -comel. ^.^

huhuu. entahlah. pernah eh? woooo~ :P

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

dia, raya dan kakak penulis novel

dia budak biasa, ke sekolah agama.