Kenapa perlu join bulatan gembira di tempat anda?

Assalamualaykum.

:)


*Disklaimer : ini adalah pandangan peribadi 2 sen saya dan menggunakan bahasa mudah yang senang difahami ;p*

*pembaca lelaki perlulah menukar term-term mengikut kesesuaian ayat*



Kenapa perlu join bulatan gembira?
selain dari cita-cita utama untuk mendekatkan diri dengan Allah, menggapai redha Allah, nak didik diri untuk jadi lebih baik mengikut 10 muwasafat tarbiyyah (seperti dalam video baru cik krun :D), nak improve bacaan Al-Quran, dan sebagainya,


ada 15 sebab tambahan kenapa perlu join usrah! 

1. akhwat yang sentiasa ada untuk disusahkan
hehe. ayat sangat kejam. hoho. maaf. bukan saya kata. mereka yang berkata. tak ada duit, orang first yang boleh dicari dan tidak akan pernah me'rejek' permohonan pinjaman anda..... akhwat! nak balik uni, tak ada bas time2 maghrib, call akhwat. InshaAllah mereka ada untuk hantar kita dengan kadar percuma. ;p dan akhwat tidak akan pernah kisah untuk menghabiskan tenaga dan wangnya hanya untuk muayashah (beramah mesra) dengan adik-adik. tak kisah kalau akhwat tak dapat makan nasi goreng ayam merah asalkan adik-adik dapat merasa.eh.  kenapa akhwat senang sangat nak bg pertolongan eh? jangan tanya. meh join dulu, baru dapat rasa perasaan tu hihi.tapi takkan lah nak mintak hantar ambik ke kelas pun , nak mintak tolong akhwat? eh, manja sangat tu! 

2. makan dalam talam
oh. ini bukanlah kerana tidak punya bajet untuk membeli pinggan ya. tapi perasaan makan berama-ramai ini terasa lebih dekat dan rapat antara satu sama lain. walaupun tak pernah kenal, tapi bila dah makan sekali ni, mesti sesi suai kenal bermula, chewwaahhh. ;p. baru lah dapat tahu, dia ni tak makan sayur rupanya (tettt). satu lagi, bila makan berjemaah ni, yang tak cukup akan jadi cukup. walaupun kadang-kadang ayam dua ketul dibahagi lima orang, rasa macam cukup je dibandingkan bila makan sorang-sorang. rezeki lebih berkat, Alhamdulillah. dan bila ayam atau daging dah tinggal seketul, atau nasi dah tinggal sejemput, semua dah mula main tolak-tolak (baca : pass) kat dalam talam tu. hehehe.
ha, dah penah cuba makan dalam talam? 



3.ber'jaulah' akan terasa kelainannya
ha, ini serius betul. bila kita berjaulah (berjalan) dengan usrah mates, pergi air terjun, pergi muzium (?), hatta pergi main ice skating pun, kita akan terasa lainnya, dibandingkan bila pergi sendiri. ya la, kita kadang-kadang pergi skating, sebab nak enjoy, tapi kita tak akan rasa ketenangan yang sepenuhnya. tapi bila pergi berjemaah dengan usrah mate, akan merasa sangat bernilai setiap perjalanan dan aktiviti yang dibuat. pastinya akan dikaitkan dengan Maha Pencipta, Allah azza wajalla. :)

4.solat atas batu
ini adalah rentetan dari jaulah dan rehlah tadi, dan termasuk time mukhayyam (camping) pun. bukan solat kat atas batu je. tapi kita akan belajar solat, bukan hanya di dalam surau atau masjid atau dalam rumah je, tapi solat itu di mana-mana. bumi ini kan milik Allah? dan, untuk perempuan, tak perlu untuk pakai telekung untuk solat asalkan pakaian yang kita pakai menutup aurat. mudahkan agama kita sebenarnya? dan lagi satu,  kita akan  dapat belajar berwudhu di tempat-tempat awam tanpa membuka aurat. ha, camane tu?

5. akan merasa tenang dengan biah (persekitaran) solehah
dengan kakak-kakak yang jernih matanya, tenang raut wajah, basah lidah dengan zikrullah, sangat tenang bila melihat mereka. pasti mahu melihat lagi dan lagi! (erkk, hiperbola-kah?) dan kita pasti akan berniat untuk jadi seperti mereka, bukan? secara tidak langsung, kita akan berusaha untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, dan baik lagi! 

6. kikis karat jahiliyyah
haa, nak say 'babai to jahiliyyah', sangat lah susah kan. tapi inshaAllah, dengan kefahaman melalui konferens riang (baca: daurah), kita akan rasa sangat lah perlu dan penting untuk berusaha tinggalkan karat jahiliyyah ni! dan ditambah dengan persekitaran kita, kakak-kakak yang selalu menegur dengan penuh kasih sayang, pasti akan membantu dalam memudahkan proses 'babai jahiliyyah'. inshaAllah.
sanggup ke bazirkan masa tengok cerita korea 16 episod, sedang kita tahu umat zaman ini yang semakin kritikal perlukan kita?

7. saling mengingatkan bila kita lupa
kita manusia, tak akan pernah lari dari masa-masa leka dan lalai. tiba-tiba rasa nak online lama-lama sebab nak release tension. tiba-tiba rasa nak bukak blog2 hiburan untuk tahu perkembangan retis2 (baca : artis) tanah air dan korea (sebab dulu kita kan peminat korea tegar ;p) tapi pastinya kakak-kakak tidak akan biarkan kita hanyut sendirian. mereka akan berusaha untuk ingatkan kita balik dan kalau tak jalan, mereka akan tampar pipi kita sekuatnya (ini sangat ekstrim. ada ke?) untuk kita sedar dan kembali ke alam realiti dan ingatkan tanggungjawab asal kita balik, sebagai abid dan khalifah *senyum*

8. naikkan semangat masa kita 'down'
beetttuuullll. kalau kita hadapi masalah, contoh assignment 25 pages tak sempat nak backup tiba-tiba blackout, orang first yang akan dicari selepas mengadu pada Allah dan mungkin mak kita, adalah...akhwat! memang kita akan rasa sedih, nak nangis guling-guling, tapi bila dapat mesej naqibah 'sabar, Allah rindu nak dengar rintihan iffah'. terus perasaan time tu rasa macam *undescribable. sila sambung sendiri* Alhamdulillah. sangat beza bila dibandingkan kita nak mengadu dekat buaya-fren kita la contohnya. habis buaya fren nak buat apa kalau dia tahu sekalipun. paling kurang pun, dia dengar dan lepas tu? hm. makin sakit hati adalah.(pesanan ikhlas : tak payah nak boyfren sangatlah. kawin je terus!)


*saya tidak pasti kenapa terpotong begini, tapi sumbernya di sini*





9. bersungguh-sungguh nak mujahadah, perjuangkan agama
bila kita sorang-sorang, seperti dalam video biri-biri 'baby Timmy' cik beah, kita akan mudah di makan serigala! tapi bila dalam jemaah (beramai-ramai) kita akan inshaAllah, rasa lebih selamat dan bersungguh-sungguh nak perbaiki diri dan ajak orang lain (islak nafsak, wad'u ghairak) kan islam agama yang sempurna dan selamat? :)


10. pengisian yang zaaapppp terus ke hati
kita pasti akan merasa setiap topik yang dibincangkan setiap kali perjumpaan, yang akan kena dengan hati. paling kurang, sedikit pun. pasti akan terasa. video-video yang ditunjukkan dan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan pasti akn buat kita rasa 'eh, ni macam kena kat batang hidung sendiri ni'
dan pengisian yang zappp terus ke hati ni tidak akan berkesan dan bernilai sekiranya kita masih lagi tidak me'reflect'kan melalui amal kita. apa usaha kita lepas dapat pengisian tu? angguk-angguk time usrah dan buat perkara yang sama juga-kah? errk.





11. ukhwah fillah yang sangat osemmmm
kita bukan sahaja dapat lebih ramai kenalan dari fakulti yang berbeza, malahan dari universiti yang berbeza dan dari negara yang berbeda! :) dah namanya pun akhwatt. bila jumpa, atau selisih mana-mana, walaupun tak kenal pasti akan senyum jugak. tu yang seghonok tu. dan bila dah kenal dengan ramai orang ni, kita akan  contohi sifat-sifat dia. macam mana tabahnya dia, macam mana sabarnya dalam menempuh ujian. dan secara tidak akan langsung akan balik pada diri kita. 'dah kalau dia boleh se-tabah itu, masakan tidak kita?'

12. aurat dan batasan dijaga sempurna
aurat, sedikit sebanyak kita akan start to change.dan batasan lelaki perempuan pun kita akan mula sedar dan taking care of. antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, yang ketiganya adalah : syaitan.
perlukan penjelasan lanjut kah? :)

13. belajar masak dan ekonomi rumah tangga ;p
ha, yang ni untuk gegirls dan boboyss sekali. dalam salah satu muwasafat(ciri peribadi muslim) pun ada 'mampu berdikari' kan? walaupun tak berapa nak sedap pada percubaan pertama, tak apa. kan ada percubaan yang kedua, ketiga, dan seterusnya? hihi. bila nak bukak puasa  (baca : iftar) ramai-ramai atau time camping, pasti kita akan dibiarkan untuk masak sendiri. time tu boleh la belajar dan tunjuk skills masing-masing.  :p



14. dalam usrah, naqibah bawak makanan!
apa lah. sebab ni pun masuk sekali ke? hehe. mestilah. sebab mengikut APG, 'dari perut, terus ke hati' hohoho. makan ni best, tambah-tambah kalau dapat mak usrah yang dah kerja kan. ;pp

15. suami soleh ?
erk. hmm. errkk lagi. sebab yang ni patutnya letak atas sekali kan? *koff koff*
sebab baitul muslim (rumah tangga muslim) kan asas untuk pembinaan ummah. nak dapat suami soleh, kita dulu yang kena 'solehah' kan diri kita. dan sama juga untuk ikhwah pun. so macam mana nak belajar jadi soleh dan solehah, join lah bulatan gembira!

16. ha, ada sebab tambahan lain? (akan di update kemudian, if any)

so, camane, teringin leteww nk join jugak. jom lah, jom lah! 
serooonoookkk join usrah a.k.a halaqah a.k.a smart group a.k.a bulatan gembira a.k.a love circle ni!
tak caya tanya la kawan-kawan yang dah penah join. pasti jawapan lebih atau kurang, begini juga! :)

tapi kena sentiasa ingat, kita join usrah bukan lah kerana naqibah dan sebab nak rasa diri hebat, (lebih baik dari orang lain).
tapi kita join, sebab kita nak sentiasa dekat dengan Allah, 
nak Allah sentiasa redha dengan kita,
sebab dunia ini adalah ladang bercucuk tanam untuk destinasi akhir kita, akhirat kekal abadi.
syurga atau jahannam?


bangun lah remaja! 
agama ini perlukan kamu! 


Moga kita semua kekal tsabat di atas jalan yang panjang dan sukar ini, InshaAllah.
Allahumma Ameen.

"Usrah ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah, mereka nampak pada zahirnya, namun mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina batas. Begitu juga usrah. Mereka nampak kita berhimpun, berbincang, tapi mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina semula Islam dalam hati-hati kita."



#Akhir kata, sudahkah anda men-'contact' usrah di tempat anda? *senyum lagi*

'Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubah diri mereka'
(Ar-Ra'du : 11)

-saya-

p,s: first time tulis panjang. ada orang nak baca ke? eh. maaf la kalau ayat berbelit-belit. hoho.

Comments

ima said…
This comment has been removed by the author.
ima said…
a'ah la ipah.baru nk ckp,first time ipah post pnjg2 gni..besenye mesti mcm 'puisi' ;)
tp xpe.saya suke bace! :D
sasalim said…
Assalamualaikum ukhti,
boleh saya tanya kenapa gambar pink tu dipotong ya? mesejnya pun terpotong kerana saya rasa gambar originalnya begini.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151171900502846&set=a.10151051907097846.532952.96332497845&type=3&theater

saya rasa pelukisnya lebih suka dan seronok kalau gambar originalnya; tanpa dipotong sumber digunakan. :)

jazakillah
saya said…
Waalykumussalam,

sasalim, jazakillah khayr atas teguran. sebenarnya, gambar tu ok2 saja. tapi tak pasti kenapa bila insert dalam blog jadi terpotong begitu.

maaf.dan maaf juga ambil gambar tanpa kebenaran. izin halalkan ya!

:)
saya said…
oh, saya dah letakkan sumber asal di bawah gambar pink tu.

:)
sasalim said…
semoga Allah berkati. :)
Anonymous said…
tringin sgt nk join..
tp kt uni saya xde sgt bnde2 mcm ni..=(
alhamdulillah...dh merasa nikmtnya usrah masa dkat matrik dulu...
saya said…
anonymous,

awak dekat uni mana ya? jom contact2 kat emel sy,
iffahnurul91@gmail.com

:)
saya said…
ohh dan sekarang hazyan join lagi tak?

moga kekal istiqamah!
aishah aneesa said…
eh macm kenal gambar di atas....hehhee..
M. said…
Salam.
I have so many things to tell.

Bila agaknya kita mampu dijodohkan?
tak puas di alam maya.
saya said…
Kak Aishahhh, :)

Lama tak jumpaaa. bila nk dtg shah alam?
saya said…
Maryam Kirana,

same goes to me.
miss you, a lot! inshaAllah. nanti kita calling2 :)
Nur said…
seronoknya :)

Popular posts from this blog

reflections: tesis dan viva

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

dia, raya dan kakak penulis novel