Saat hati berbicara (love story?)

Latar belakang : "Nah, masuk lagi, masuk lagi. wakaka... aku la yang paling puas kat sini. dah lama kot mengidam nak makan durian, blueberry cheese cake, grilled chicken rice, dengan coconut shake ni. Kali ni nak makan banyak-banyak. stress la lepas jawab exam td..."

Sad : (tersandar kekenyangan) wahh. best lah kalau hari-hari macam ni. Lepas makan, makan. makan dan makan lagi. 

Carl : untunglaah. ko asyik dapat makan je kan, aku ni nak jugak sesekali makan besar camtu.

Tee : alaa ko jangan nak buat-buat sedih pulak eh Carl, bukan tiga minggu kebelakangan ni, ko asyik makan jugak kan. last 4 months pun, ko makan jugak. cakap je nak tanya pasal apa, mesti ko boleh jawab punya-lah.
tp aku, lain lah. (uhuk uhuk : batuk) dah lama aku tak makan sedap-sedap. asyik-asyik korang dua je yang untung.

Sad : weh, ko ok tak ni? tu la, aku kadang-kadang pelik jugak. kenapa Tuan kita tak bagi makanan kat ko. nak offer aku nya makanan, ko tak boleh makan pulak.

Carl : haah, aku pun perasan, kalau setiap kali Tuan kita bagi makan terlebih kat Sad, mesti dah tak masuk nak bagi kat Tee. asal eh? entah-entah ko kan (sambil tunjuk Sad) yang hasut Tuan kita supaya jangan bagi makan kat Tee.

Sad : ko cakap baik-baik sikit. bila masa pulak ni? bukan ko ke yang selalu hasut Tuan kita ni bagi makan kat ko je. tambah-tambah bila tiga minggu terakhir ni. asyik mengadap buku je. naik bosan aku tengok.

Carl : helloooo, tak dela sampai 24 jam. ko jangan nak exaggerate pulak. eh eh, ter-speaking pulak. mesti kome dua tak faham kan? wahaha.... habis, yang Tuan kita layan running man, chatting kat facebook bila bosan mengadap buku tu, untuk bagi 'kepuasan' pada sapa ye?

Sad : err.. (kuis-kuis tanah)

Tee : dah-dah, ko dua jangan nak bising kat telinga aku pulak eh. tambah pening aku yang memang sedia pening ni. uhuk uhuk. aku bukan nak blame korang dua, tapi tu la.aku ni dah la tak berapa nak sihat, aku bimbang kalau lama sangat tak diberi makanan, bukan aku sorang je yang lemah, 'sek awok' pun akan berjangkit sekali.

(Tahan nangis, sambung cerita) ....aku bukan apa, kadang-kadang aku nak jugak rasa makan sedap-sedap. bukan maksud aku,  aku nak chocolate indulgence kat 'resipi rahsia'. sebab ye la kan, bukan makanan aku pun mende-mende camtu. Tp at least, ada la sikit walaupun istighfar. nak jugak aku rasa Tuan kita tu didik aku dengan zikir-zikir, solat sunat, baca Al-Quran, puasa sunat. dah lama sangat aku nak teringin nak rasa semua tu. takpe la kalau tak dapat yang best-best enak berkhasiat camtu pun, paling kurang buat lah benda baik,solat wajib tak tinggal, tutup aurat, jaga pandangan... 

(dalam hati : eh, asal mata aku berair ni?)

Sad : aku pulak yang naik sebak tengok ko Tee. banyak-banyak sabar tau.

Carl : aah, betul. kitorang nak tolong pun, tak boleh jugak. dah kitorang pun tak mampu nak bg makan sendiri.

Tee : eh eh, takpe. korang jangan risau aku. biasalah, dah lama pendam sebenarnya. tak tahu nak luah pada siapa. tu yang dah berair semua ni. (kesat air mata). aku rasa Tuan kita tu tak sedar lagi, sebenarnya bagi makan pada aku lah yang boleh buat dia berjaya dunia akhirat. 

Carl dan Sad : (Muka tak puas hati)

Tee : Sabar dulu, sabar dulu. korang tau tak yang Tuan kita tu sebenarnya diciptakan jugak? maksudnya, ada TUHAN yang menciptakan kita semua ni. ciptakan Tuan kita, ciptakan aku, ciptakan ko dua, ciptakan makanan-makanan kita. ciptakan segala-galanya lah. tapi tuan kita tak nampak TUHAN, tapi tuan kita wajib beriman pada Allah, TUHAN kita tu. dan manusia ni akan ada kehidupan satu lagi yang kekal abadi, bukan terbatas kat dunia je, macam sesetengah orang fikir. ada dua tempat tinggal kekal abadi, Syurga yang indah, dan Neraka yang membakar.

Carl : eh ngeri pulak aku dengar ko cakap bakar-bakar ni. 

Sad : ha tu la, abis ko nak cakap apa sebenarnya ni?

Tee : peranan aku kat situ lah. kalau bagi makanan best-best pada aku, lagi buat manusia makin dekat dengan Allah, TUHAN kita. dan bila dekat dengan Allah, taat perintah Allah, Syurga lah ganjaran tempat tinggal yang kekal abadi lepas ni. kiranya, aku ni macam sort of 'penghubung kepercayaan' manusia dengan Pencipta tu. faham tak ni?

Carl dan Sad : Habis, nak cakap yang kita dua tak penting lah? (pandang sinis)

Tee : eh eh,aku belum habis cakap lagi lah. . bukan nak kata korang dua tak kena bagi makan langsung, takkkkkk. tapi kat dunia ni, kita sama-sama penting. macam ko Sad. penting untuk bagi kesihatan fizikal pada Tuan kita, supaya dia boleh beribadah dengan sempurna. ha, macam Carl pulak, sebab boleh Tuan kita tu bezakan yang mana baik, yang mana buruk. yang mana benar, yang mana batil. yang mana halal, yang mana haram. kesimpulannya, kita tiga-tiga pentinggggg! sebab tu Tuan kita kena bagi makan kita dengan seimbang. yang untungnya, Tuan kita jugak!

Carl dan Sad : (senyum, tak perlu kata apa-apa)

Tee : tapi bila fikir keadaan aku sekarang... uhuk uhuk.. korang dua je dapat makan lebih. sedang aku tak. makin kurus, makin letih, makin lemah....  Sad, aku mintak ko bagi hint-hint sikit  bila tengok Tuan kita makan 'ter'lebih ke, berhibur 'ter'lebih ke. muntahkan balik makanan yang ko makan ke, buat Tuan kita tu sakit perut ke apa. mesti time sakit, dia akan ingat pada Pencipta dia. dan time tu jugak, mesti Tuan kita bagi makanan kat aku sikit-sikit. sikit pun jadi dahh. 

Sad : eh, ko ni. tengok la dulu camane.

Tee : ha ko pun sama Carl, guna rasional sikit. ko jangan nak rosakkan Tuan kita yang memang dah nak rosak tu tau.

Carl : Ayy. ayy. tapi Tuan kita still perlukan ko. kan kita tiga sama-sama penting. kena seimbang. macam ko cakap tadi.

Tee : Betul. tp aku sendiri pun tak leh nak buat apa. semua ni atas Tuan kita. sekarang dan dari lagi dulu dah, si Man dengan si Naf duk berebut kan aku. aku suka dekat Man dan  menyampah dengan si Naf tu. tapi nampak gaya macam si Naf je yang dapat duduk dalam aku ni. tak best. aku tak nak. tak kena langsung dengan jiwa aku.

Carl : untunglaa dah ada orang suka. ;p

Tee : ko jangan nak mengarut sangat boleh tak? grrrr. dah la. naik menyampah aku tengok korang dua. dah la gemuk-gemuk depan mata aku ni. blah aaa. blaahh blaah.

Sad : weh, sejak bila ko cakap cenggini ni?

Tee : (Raup-raup muka) eh. sorry la. tengok. pengaruh Naf dah mula sebati dengan aku (sob sob = sedih). Thanks tau korang sudi dengar masalah aku.

Sad dan Carl : Tee, sabar eh. no worries. tak jadi masalah pun. kitorang akan sentiasa ada dengan ko.sebab kalau ko rosak, kitorang pun rosak jugak. tak best la macam tu.

Tee : eh, impressive! ko hafal ke hadis tu? (kenyit mata) dah la. g la sambung aktiviti korang. aku nak berehat jap. letih pulak cakap panjang-panjang.

Sad : zaman dah berubah. IT savvy kot. semua maklumat di hujung jari. ewaahhhh. 

Tee : haha. ok ok. babai. 

[antara Carl dan Sad]
Sad : hehe. jom jalankan operasi.

Carl jommmm.

Latar belakang : Tuan tercekik biji durian, dan lantas kedengaran "Allah, sakitnya tekak aku". dan saat itu, Tee dengan riak tak disangka-sangka, mengucapkan syukur.

...
Hati : Rebutan antara iman dan shytan. pilih mahu yang mana?


 'Logik akal itu perlu dipandu dengan "percaya"

'Banyak makan dan berbuat maksiat itu menggelapkan hati'

'Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan (Yusuf :53)'

'Tiap manusia terdiri dari 3 elemen, dan setiap satunya perlukan 'makanan', seimbangkan lah dalam memberinya'


yang punya jasad, roh(hati) dan 'aqal,
-saya-
idea dari : tafsir an-nas

'mari sama-sama jaga hati!'

'Ketahuilah, dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu, baik lah keseluruhannya. 
Bila rosak daging itu, rosaklah seluruhnya. dan daging itu adalah? Hati.'
(HR Bukhari dan Muslim)

Comments

fnma said…
best. sangat. serius! barakallahu fiik, tuan punya cerita! :D
huhu..lucu dan bermakna! thanks ipah. buat rs nak senyum dan nangis pulak..hee..

=)

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN